37

40 9 2
                                    

CafeRia menjadi port mereka untuk berjumpa. Cappucino dihirupnya perlahan.
Matanya meliar-liar mencari rakannya. Alif memanggil Syasya untuk duduk dihadapannya. Syasya melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Kenapa kau nak jumpa aku Lif ?"soalnya aneh.

"Aku malas nak berkias , so aku just straight to the point..Kau ada buat sesuatu ke belakang kitaorang yang kitaorang tak tahu ?"dia memandang gadis itu serius.

"Buat apa ?"Syasya masih tidak mengerti apa yang ingin cuba disampaikan oleh Alif.

"Kau sebenarnya yang hantar sihir dekat Aireen kan ?"Alif cuba menyoal dengan cara baik.

"Hah ? Apa kau cakap ni ? Takkan lah aku nak buat kerja terkutuk macam tu ! Sampai hati kau Alif , cakap aku macamtu.."kenapalah susah sangat semua orang nak percaya yang dia tak buat semua itu.Ini dah kali kedua dia dituduh.

"Kalau betullah bukan kau..Habistu siapa ? Aku bukan main tuduh je laa Sya.. Pagi tadi Aireen kena rasuk lagi..Then sihir tu cakap kau yang tanam benda khurafat dekat tepi rumah Aireen.."dia bertegas ingin tahukan kebenaran.

"Habistu kau mati-mati percaya cakap benda tu ? Weyy Alif , kau tahu tak betapa sayangnya aku dekat Aireen..Aku takkan khianati dia..Ustaz sendiri cakap, jangan percaya pada benda tu..Dia sengaja memutar belitkan cerita sebab dia nak kita putus sahabat.."ujar Syasya tersedu-sedan.

Alif hanya mengangguk pasrah.Tak mahu lagi dia mendesak atau bertegas dengan gadis itu.

💕💕💕💕💕

Taman yang luas ditenungnya lama. Fikiran nya jauh melayang memikirkan perkara yang menimpa keluarganya semalam.

flashback.

"Ustaz boleh saya tahu kenapa saka tu menganggu keluarga saya ?"soal Harris perlahan.Tak ingin ibu dan adiknya mendengar.

Ustaz Arfan menariknya untuk bercakap diluar rumah. "Ustaz sendiri pun tak dapat nak tafsir..Tapi firasat hati ustaz , saka tu ada kena mengena dengan keluarga kamu..Dia sedang mencari waris seterusnya.."jelas ustaz Arfan. Harris mengangguk faham.

Buntu juga dia memikirkan perkara yang menimpa keluarganya. Setahunya ibu dan ayahnya tiada yang membela. Tetapi kalau nenek dan datuknya dia tak pasti.

"Boleh ustaz tahu sesuatu ?"soalan ustaz Arfan menyedarkannya dari lamunan. Dia mengangguk sebagai balasan.

"Ahli keluarga kamu ada yang membela ke ?" ustaz Arfan teragak-agak untuk mengutarakan soalan itu.Bimbang jika mengguris hati lelaki itu.

"Mak dengan arwah ayah saya takde yang membela ustaz..Tapi kalau atuk dan nenek saya tak tau.."jelasnya jujur.Ustaz Arfan mengangguk faham.

"Datuk dan nenek kamu masih ada ?"soal ustaz itu lagi. Haris mengangguk sebagai jawapan.

"Pelik..Kalau atuk dan nenek awak masih hidup kenapa saka tu ganggu keluarga awak ? Saka ni takkan ganggu keturunan dia kalau tuannya masih hidup.."Haris sendiri aneh dengan perkara yang berlaku.

"Saka yang mengganggu keluarga kamu ni , memang tak bertuan..Ustaz yakin..Dia ganggu keluarga kamu ini pun kerana dia nak cari waris seterusnya..Sebab tuan dia dah meninggal.."jelas ustaz Arfan panjang lebar.Haris semakin pelik dan aneh. Atuk dan nenek sebelah ibu dan ayahnya kedua-dua masih hidup. Tak logik dan tak mungkin saka itu keturunan keluarganya.

"Buntulah saya ustaz..Tapi saya jujur dengan ustaz , keluarga atuk dan nenek sebelah mak dan ayah saya kedua-duanya masih hidup.." Harris masih lagi cuba menegakkan kenyataan.

"Takpelah Harris..Ustaz akan cuba tafsir dan bantu keluarga kamu..Nanti bagi ibu dan adik kamu termasuk kamu minum air ni.. Untuk kuatkan semangat.."ustaz Arfan menyerahkan sebotol air mineral yang telah dibacakan bismillah 5 dan Al-Fatihah 7 kali kepada Harris lalu pamit pulang.

end flashback.

Dia meraup wajahnya kasar. Ya Allah , kau kuatkanlah hambamu ini. Doanya didalam hati.

"Aku kena cari keluarga adik tiri aku..Aku kena cari dia.."Harris bertekad untuk menyelamatkan kembali keluarganya. Dia tahu adik tirinya pasti dalam kesusahan sekarang.Kalau bukan kerana ibunya , mereka pasti hidup bahagia sekarang. Namun nasi telahpun menjadi bubur. Yang dia mampu lakukan sekarang hanyalah berdoa semoga Allah pertemukan dia dengan adik tirinya. Dia percaya ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini.

💕💕💕💕💕

Sekeping gambar dipandangnya lama. Senyuman sinis diukirnya.

"Bila kau nak tamatkan semua ni ? Aku takut nanti kita terkantoi lambat laun.."suara seseorang dihadapannya.

"Kita akan tamatkan benda ni tak lama lagi.. Kau cuma ikut je apa yang aku cakap.." tenangnya berbicara. Tiba-tiba telinganya seakan berdesing. Matanya berpinar-pinar. Ini pasti gangguan di rumah Harris kembali ke sini. Tangan dihentak ke dinding. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Woii kau kenapa ?"tiba-tiba tubuhnya seakan seram sejuk.Dia memandang sekeliling bangunan itu aneh.

"Arghh !"suara seorang wanita sedang menjerit menyapa pendengarannya. Dia cemas namun pada masa yang sama , dia cuba untuk lari dari bilik itu.

"Jangan lari !"jerit rakan disebelahnya. Langkahnya terhenti.

"Kalau kau cuba lari ! Nasib kau akan jadi sama macam mana diaorang semua kena !" gertaknya memberi arahan.Langkahnya diundurkan ke belakang , berselindung dibelakang dinding.

Dia hanya memandang ketakutan rakannya yang sedang terkumat-kamit membaca jampi.Tangannya pula seolah-olah sedang memuja sesuatu.

"Jangan kau kembali padaku jika kau tidak menghancurkan keturunan itu !"suara rakannya yang terkumat-kamit membaca jampi tadi.Lembaga hitam yang muncul di pandangannya mula menghilang dan keadaan disitu kembali reda.Tiada lagi angin kencang.

"Cayalah kau ! Mewarisi nenek betul kau ni !"pujinya senang.

"Sekarang ni kita dah tak banyak masa ! Kita perlu habiskan permainan ni secepat yang mungkin ! Aku pun dah tak sabar nak tengok muka bengis mereka semua !" ngilaian menguasai segenap bilik itu.

Amacam this chapter ? So maksudnya yang jahat duaorang bukan seorang 😨 Hihihi , lagi sikit je kebenaran akan terbongkar..Korang rasa siapa punya Angkara ? 👻

ANGKARA ! Where stories live. Discover now