Milo ais dihirupnya.Matanya meliar-liar mencari seseorang.
"Sorry lambat.."tutur Alif seraya melabuhkan punggung.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni ?"soalnya aneh.Jarang sekali gadis itu ingin berjumpanya berdua.
"Aku ada sesuatu nak beritahu kau.." jelas Hani gugup.Sudah lama dia memikiran waktu yang terbaik untuk dia luahkan semuanya.Dan hari ini adalah waktu yang tepat.
"Beritahu apa ?"dia memandang rakannya pelik.
"Aku tak tahu sama ada patut ke tak aku beritahu semua ni..Tapi..Aku rasa aku tetap kena beritahu kau.."Alif berkerut dahi memandang Hani.Suspen dengan apa yang bakal diutarakan oleh rakannya itu.
"Aku..Aku suka kau.."akhirnya terluah juga segala yang dipendamnya selama ini. Alif tersentak mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Hani.Tak sangka selama ini gadis itu menyimpan perasaan terhadapnya.
"Err..Tapi..Aku cuma anggap kau sebagai kawan je Hani..Tak lebih dari tu.."dia tak mahu Hani terus menaruh harapan padanya.
"Tapi kita masih boleh cuba kan ? Kau boleh ambil masa.."Hani masih lagi mencuba nasib.Bukan sekejap dia pendam benda ni seorang diri , tiga tahun dia menyimpan perasaan terhadap Alif.
"Sorry Hani..Tapi perasaan tak boleh dipaksa..Aku.."Alif terhenti disitu.
"Sebab perasaan kau untuk orang lain kan ?"dia dah agak pasti Alif menyimpan perasaan terhadap orang lain.
Alif hanya menunduk lemah.Dia berasa bersalah.Namun , itulah hakikatnya.
"Siapa perempuan tu ?"dia memandang Alif inginkan jawapan. Alif masih lagi menunduk wajah.
"Aireen ?"terpacul nama itu dibibirnya. Alif mengangkat wajah sebaik sahaja nama Aireen disebut.
"Aku dah agak dah.."senyuman kelat diukirnya. Benar firasat hatinya selama ini. Alif memendam perasaan terhadap Aireen.
"Maafkan aku..Tapi..Aku lebih selesa kalau kita berkawan macam biasa.."jujurnya memberitahu.Dia tak mahu memberi harapan palsu pada gadis itu.
"Tapi aku sayang kau !"dia masih lagi bertegas , ingin juga dapatkan cinta Alif.
"Aku pun sayang kau Hani..Tapi sebagai seorang kawan..Tolonglah Hani..Aku taknak bagi kau harapan palsu..Jangan siksa diri kau..Maafkan aku.."tutur Alif lalu pergi meninggalkan Hani sendirian disitu.
💕💕💕💕💕
Puan Mariani sudah dibenarkan pulang tetapi masih perlu dipantau. Tiba sahaja dirumah , mereka melabuhkan punggung pada sofa.Penat dua minggu terperap di hospital.
"Terimakasih pakcik..Maafkan Aireen dah banyak menyusahkan pakcik sekeluarga.." dia tetap merasa bersalah.Dari ibunya sakit sampailah sekarang semakin pulih , semuanya berkat keluarga Alif. Akan dia balas segala jasa keluarga Alif suatu hari nanti.
"Takde apalah Aireen..Lagipun pakcik bersyukur sebab Alif ada kawan yang baik macam kamu..Kamu dah banyak bantu dia selama ni..Kalini biarlah kami pula yang balas segala jasa kamu.."tutur Haji Sulaiman mesra.Aireen hanya membalas dengan senyuman.
"Yana marilah masuk dulu..Aireen pergi buatkan air.."Aireen hanya mengangguk tanpa membantah.
Ilyana dan suaminya melangkah masuk ke dalam rumah Aireen.Dapat Haji Sulaiman rasakan , aura yang pelik dirumah itu. Dia merasakan seolah-olah diperhati namun dia hanya menghiraukannya , tak ingin makhluk itu mengganggu mereka semua.
Aireen menuang air teh panas kedalam cawan lalu diserahkan kepada kedua-dua orang tua Alif.
"Terimakasih Aireen.."ucap Ilyana seraya mengulum senyuman.
Kring !
Aireen mengangkat panggilan daripada Rafi.
"Hello Reen..Kau kat mana ? Alif..Alif..Dia kena rasuk..Sekarang kitaorang ada dekat rumah Ustaz Adam..Kau beritahu parents dia sekali.."pesan Rafi lalu terputus panggilan.
Semua mata memandangnya.
"Kenapa ?"soal ibunya risau.
"Pakcik , makcik..Alif..Rafi beritahu saya dia kena rasuk dekat rumah ustaz Adam.." jelas Aireen terketar-ketar.
"Alya tolong jagakan Cik Ani sekejap ya.. Aireen jom tunjukkan kami kat mana rumah ustaz Adam.."mereka bergegas masuk kedalam kereta.
Tiba sahaja dirumah ustaz Adam , bau kemenyan sampai di hidung mereka.Bau yang teramat kuat.
"Aireen jangan tegur..Nampak apa-apa.. Jangan tegur.."pesan Haji Sulaiman sebagai langkah berjaga-jaga.
Mereka berjaya masuk setelah Haji Sulaiman meruqyah tombol pintu yang berkunci. Sampai sahaja didalam , mereka terkejut melihat rumah ustaz Adam yang berselerakan. Mereka menghampiri ustaz Adam.
"Tolong jauhkan diri daripada Alif !" pesan ustaz Adam.'Benda' yang merasuk Alif ini bukan sebarang jin , namun jin yang kuat.
"Sekali lagi aku bertanya kenapa kau ganggu budak ini ?!"jerkah ustaz Adam. Penat , dari tadi hanya dia sahaja yang berbicara.
"Heheheh..Aku sudah berjanji pada tuan aku , sesiapa yang membuat keturunan ku sedih..Akan ku hapuskan dia.."dapat mereka dengar suara seorang nenek bercakap.
"Kau saka ? Siapa keturunan kau ? Apa yang budak ni dah buat pada dia ? Beritahu aku !" semua memandang Alif inginkan jawapan.
"Aku takkan beritahu ! Hahahaha !" ngilain menguasai segenap ruang tamu rumah itu.
"Kau memang degil ! Sebelum kau hapuskan dia , aku akan hapuskan kau dahulu !"ustaz Adam membaca ayat ruqyah sekuatnya.
Alif menekup telinga. "Diamlah ! Celaka kau manusia ! Diam ! Arghh !"saka itu telah selamat dikurung didalam botol.
"Alhamdulillah.."tuturnya bersyukur.
Yana menghampiri Alif.Begitu juga dengan Aireen dan Rafi.
"Terimakasih ustaz.."mereka bersalaman. Ustaz Adam menjelaskan semuanya kepada Haji Sulaiman.
"Ustaz boleh saya tahu saka tadi , saka keturunan siapa ?"soal Aireen.Semua memandang ustaz Adam inginkan jawapan.
"Saka Hani..Dulu opah dia dah buang dah saka tu..Tapi bila opah dia sakit , saka tu datang balik..Then bila opah dia dah takde , hanya tinggal Hani seorang sahaja waris yang tinggal..Sebabtu , semua orang yang dah buat Hani sedih dan marah..Saka tu akan ganggu semua orang yg terlibat.." jelasnya panjang lebar.Sudah lama dia tahu akan perkara ini , sejak kes di Pulau Redang itulah , dia banyak mendapat mimpi tentang mereka berenam. Dia cuba mentafsir setiap mimpi.Ada yang dapat ditafsir dan ada yang tidak.
"Rafi , Aireen.."dia memandang kedua-dua anak muridnya bersilih ganti.
"Ustaz sebenarnya dah lama dapat mimpi buruk tentang korang berenam..Apa yang ustaz dapat tafsir dari mimpi tu adalah.. Ada seseorang yang berniat buruk pada kamu berenam..Ustaz tak tahu sama ada orang luar , ataupun dikalangan kamu berenam..Apa yang ustaz dapat beritahu , hati-hati..Ustaz takut , makin lama dia boleh membawa maut..Ustaz tahu setiap dari kamu berenam dah pernah kena kacau kan ?" Aireen mengangguk sebagai balasan.
Siapalah yang busuk hati pada persahabatan mereka.Kesian budak-budak tu.
"Ustaz pesan pada kamu Aireen dan Rafi.. Walau apa pun yang berlaku jangan putus persahabatan..Sebab itulah yang dia nak.. Dia nak korang berpecah belah.."pesan ustaz Adam lagi.Mereka mengangguk faham.
Korang agak-agak laaa an.. Siapa ? Cuba komen..Manalah tahu kut-ii betul.. 😝 We still have a few chapter more ✨❤️Don't forget to vote and share ! ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...