Pengebumian opah Hani berjalan dengan lancar. Tiada dia sangka semalam adalah saat terakhir dia bersama opahnya. Hatinya sakit , sakit dan sakit. Kenapa dia perlu lalui semua ini. Selepas seorang-seorang pergi meninggalkannya. Kini dia kesunyian.Tiada ibu , tiada ayah , tiada adik beradik , tiada keluarga.
Matanya tak lekang dek tangisan.Air mata tak henti-henti jatuh membasahi pipinya.
"Hani salam takziah..Kau sabar ya..Aku ada untuk kau.."tutur Aireen seraya memeluk Hani.
"Kau kena kuat Ni..Kitaorang semua ada untuk kau.."suara Haris pula. Sedih dia mengenangkan nasib rakannya itu.
"Kenapa..Kenapa aku kena lalui semua ni.. Aku..Aku tak kuat..Aku belum bersedia untuk semua ni.."rintih Hani didalam pelukan.
"Hani kau kena kuat..Allah uji kau sebab dia sayang kau..Aku ada untuk kau..Kitaorang semua ada untuk kau.."pujuk Syasya seraya mengelus lembut tangan Hani.
"Hani..Hari dah nak malam..Jomlah kita balik.."suara Alif pula. Dia memandang rakan-rakannya silih berganti.
"Taknak..Aku taknak balik..Aku nak teman opah aku..Aku taknak balik ! Tak guna aku balik..kalau semua kenangan aku dan opah ada dekat dalam rumah tu.." rintihnya didalam tangisan.
"Yaallah Hani..Kau tak boleh macamni.. Kalau macamtu , kau ikut aku balik... Okey ?"pujuk Aireen bersungguh. Hani mengukirkan senyuman.
"Okey..Terimakasih.."dia memeluk Aireen erat. Senyuman meleret diukirnya.
💕💕💕💕💕
Teh panas dihirupnya. Dia tersenyum kelat memandang Aireen , dan rakan-rakannya.
"Cik Ani terimakasih sudi tumpangkan Hani dekat sini.."ucap Hani berterima kasih.
"Takde apalah Hani..Kamu tu dah macam anak cik Ani dah..Semoga Hani kuat hadapi semua ni.."balasnya mesra.
"InsyaAllah" senyuman paksa diukirnya.
"Kitaorang minta diri dulu cik Ani..Dah pukul 7.30 dah..Takut nanti mama membebel pula.."suara Haris setelah kian lama berdiam diri.
Puan Mariani mengangguk sebagai balasan. Mereka bergegas keluar lalu pulang ke rumah masing-masing.
"Aku balik dulu , Reen , Hani..Jumpa esok.. Hani kau kena kuat tau.."ujar Syasya lalu pamit pulang.
"Hani kau rehatlah dulu..Sebelah bilik aku tu bilik kau..Kau pergilah rehat dulu..Nanti makanan siap aku panggil.."ujar Aireen seraya segaris senyuman diukirnya. Hani mengangguk sebagai balasan.
💕💕💕💕💕
Bam !
Tangan dihentak pada dinding melepaskan amarah.
"Tak guna ! sepatutnya mak engkau yang mampus betina ! Aku..Aku benci kau ! Kau tunggu ! Aku akan balas dengan cara aku sendiri !"senyuman meleret diukirnya.
Ngilaian menghantui dirinya.
💕💕💕💕💕
Sekejap dia pusing ke kiri , sekejap dia pusing ke kanan. Kenapa aku tak boleh tidur ni ?
KRACK !
Tingkap terbuka. Dentuman guruh sedikit sebanyak membuatnya takut.
Alif bangun dari baringan lalu menutup tingkap. Krack ! Terbuka semula. Alif sudah malas melayan karenah makhluk itu. Matanya mengerling jam di dinding. Pukul 3 pagi. Ayahnya pernah berpesan , jangan dilayan makhluk yang ingin bermain-main dengan kita , kerana makin dilayan dia semakin suka dengan kita.
"Allahulailaahaillahuwalhayyulqayyum.." lunak suaranya membaca ayatul kursi.
"Hehehehe !"satu makhluk Allah yang ngeri menyeringai memandangnya.
"Allahukabar !"jeritnya lalu menyambung baca ayatul kursi.Matanya dikatup sekemas - kemasnya.
"Wahuwalaliyyyulazim.."selesai sahaja membaca ayatul kursi dia memberanikan diri untuk membuka matanya.
Matanya meliar-liar memandang sekitar biliknya. Kosong .
Keluhan lega dilepaskan. Fuhh. Alhamdulillah.
Dia menuju ke bilik air untuk berwudhu. Selesai berwudhu , dia menunaikan solat sunat tahajjud.Mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya.
Don't forget to vote and share ! ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...