Suasana hening di Taman Gelora menambahkan lagi debaran di dadanya. Bangku dibawah pokok redup itu menjadi pilihannya untuk diduduki.
Haris dan Alif pula memerhati di suatu sudut sembunyi.
Ting ! (Notification masuk)
Rafi segera membuka telefonnya lalu menekan mesej yang baru sahaja masuk
"Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati. Hahahahah ! Kau memang bodoh !" bacanya didalam hati. Setelah itu sekeping gambar tertera di telefonnya.
Tiba-tiba dia mendapat satu call dari unknown number. Tanpa membuang masa dia mengangkat panggilan itu.
"Aku tahu kau sukakan perempuan ni ! Nurul Syasya Qistina . Cantik nama tu.." sinisnya.
"Apa kau nak hah ?! Kau jangan berani sentuh dia !" gertak Rafi
"Woww takutnya.. Kau fikir aku bodoh ! Kau fikir aku tak tahu kau bawa kawan-kawan kau sekali ?!"getusnya.
"Dasar pengecut ! Kalau kau berani tunjukkan diri kau yang sebenar ! Siapa kau ! Apa yang kau nak dari aku ?!" ugut Rafi.
"Hahaha ! Aku tak perlu buang masa aku dengan jumpa kau ! Aku cuma nak kau mati ! Kau dah buat hidup aku menderita.." jelasnya lalu tangisan menghantui dirinya.
Tet..Tet..
Panggilan mati.
Rafi kaku. "Dasar pengecut!"sinisnya sendirian
💕💕💕💕💕
Drama Korea bertajuk Fight For My Way menjadi pilihannya untuk ditonton.
"Adik sekolah macam mana okey ?"soal ibunya sambil melipat kain.
"Alhamdulillah okey bu"balasnya senang.
"Tapi kan bu.."dia terhenti disitu.
"Kenapa reen ?" Puan Mariani memandang pelik anak gadisnya
"Sejak dua menjak ni..Badan adik kerap sangat sakit..Lagi-lagi dekat pinggang adik.." luahnya resah.
"Mungkin adik penat.."kata ibunya menenangkan
"Bukan tu je bu..Setiap kali adik balik sekolah mesti adik rasa macam ada orang ikut adik..Tapi bila adik pandang belakang takde orang..Sama juga kalau adik keluar rumah , mesti rasa macam diperhati.." ceritanya panjang lebar.
"Ya Allah betul ke ni dik ?" soal ibunya risau.
Aireen mengangguk lemah.
"Kalau macamtu , lepas ni setiap kali adik balik janganlah balik sorang-sorang.. Biar berteman..Bimbang lah ibu.." pesannya pada Aireen.
"Alhamdulillah harini adik balik dengan Syasya dan Hani..Takde pula adik rasa macam diperhati.." katanya menenangkan ibunya.
"Alhamdulillah.."ucapnya tenang
"Ibu..."panggil Aireen meleret
"Apa lagi ?"
"Adik tak rasa lah yang sakit adik ni cuma penat..." katanya mengutarakan pendapat.
"Habistu ?" soalnya pelik.
"Entahlah. Sebab sakit adik ni , dia datang mengejut.Waktu yang paling sakit adalah waktu maghrib dan subuh..Kadang-kadang adik rasa nak pitam.."luahnya menceritakan segalanya.
"Malam ni kita pergi klinik..Ibu risaulah adik.." hatinya mula risau memikirkan anak gadisnya
💕💕💕💕💕
Ice lemon tea tidak lalu diminumnya. Dia masih lagi buntu memikirkan kejadian tadi.
"Macam mana dia tahu aku dengan Alif datang ?" soal Haris memecahkan kesunyian.
"Entah" Rafi sudah buntu memikirkan segala yang berlaku.
"Mesti salah seorang daripada kita yang buka mulut.."suara Alif pula.
"Ishhh takkanlah..Aku percaya Syasya , Aireen dan Hani bukan macam tu.." bela Haris.
"Cuba korang fikir betul-betul..Kenapa Aireen , Syasya dan Hani tarik diri..Kenapa dia orang tarik diri awal-awal ? Mesti ada udang disebalik batu.." kata Alif lagi.
"Aku tak rasa Syasya buat semua ni..Kalau betul Syasya dalang semua ni..Kenapa orang tu send gambar Syasya dekat aku ? Dia ugut aku guna gambar Syasya?" jelasnya ingin membela Syasya.
"Tak mungkin Hani..Dia cakap dekat aku dia ada latihan bola jaring petang ni , sebabtu dia tak ikut.." jelas Haris pula.
"Aireen"terpacul nama itu dibibir Alif
Rafi dan Haris mengalihkan anak matanya kepada Alif yang sedang tersenyum sinis
Don't forget to vote and share 💘
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...