27

43 10 2
                                    

Matanya mengerling jam di dinding. Jam 10.50 pagi. Perutnya sudah berkeroncong berbunyi. Pembelajaran Matematik sedikit tidak menarik minatnya. Mood seratus peratus hilang , begitu juga dengan fokusnya.

"Cepatlah pukul 11 , aku lapar ni.."gumam nya sendirian. Mata dialih ke arah meja Hani.Entah mengapa dia berasa sunyi tanpa kehadiran gadis itu.

Kringgg ! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi Tingkatan 4 dan 5.

Fuhh akhirnya.

"Korang jom rehat..Aku lapar ni..Jomlah.." rengek Aireen seraya menarik tangan Syasya.

"Kau pergilah..Aku tak lapar.."jawab Alif ringkas. Haris dan Rafi memandangnya aneh , pelik dengan kelakuannya.

"Kau ni dah kenapa ?"suara Rafi pula. Jarang lelaki itu menolak permintaan Aireen. Ini bukan Alif yang mereka kenal.

"Takde apalah..Cuma aku tak lapar jee.." bohongnya seraya bangun dari kerusi lalu keluar dari kelas.

"Apa kena dengan mamat tu ? Pelik semacam.."gumam Haris sendirian. Mereka membuat keputusan untuk rehat didalam kelas sahaja , entah mengapa tiada mood untuk rehat di kantin.

💕💕💕💕💕

Pintu bilik Hani dikuak sedikit.Gadis itu masih lagi dalam baringan.Puan Mariani melepaskan keluhan lega.

Seingatnya tadi dia mendengar suara jeritan dari tingkat atas. Namun diabaikan semua itu , mungkin dia tersalah dengar.

"Hehehehe"satu suara menyapa telinganya.

Matanya dialihkan semula ke arah Hani. Gadis itu sedang duduk mengcangkung di atas katil. Puan Mariani terkejut dengan kelakuan pelik Hani.

"Hani ? Hani okey ke ?"dengan teragak-agak Puan Mariani menghampirinya.

Dengan lafaz bismillah , Puan Mariani menyentuh tangannya.

"Cik Ani..Tolong Hani..Tolong Hani.."suara Hani didalam esakan.

"Hani kenapa ni..Beritahu cik Ani kenapa ?" dia mengusap rambut yang menutupi muka Hani.

Hani mengangkat mukanya lalu mengcengkik tengkuk Puan Mariani sekuat hatinya.

"Ya Allah Hani..Tolong jangan buat cik Ani macamni.."pinta Puan Mariani tergagap-gagap.

"Allahh...Allahuakbar..Lailahaillah.." ucapnya setakat yang mampu. Dia tahu itu bukanlah Hani , namun makhluk lain.

"Ya Allah..Cik Ani !"Fiona yang baru sahaja tiba di rumah itu segera naik ke atas.

"Ya Allah..Hani kau gila ke ? Lepaskan Cik Ani !"dia menarik tangan Hani sedaya upaya.

"Fiona..Tolong pasangkan ayat Al-Quran dibawah..Tekan sahaja on.."Fiona menurut tanpa membantah.

Sebaik sahaja , ayat suci Al-Quran dipasang , Hani menjerit kesakitan.

"Arghhh !"tangan yang mencengkik tengkuk tadi segera dilepaskan.Tangannya menekup kedua-dua telinga.

Puan Mariani tersungkur jatuh ke lantai. Nyawanya bagaikan nyawa-nyawa ikan. Dia menyentuh tengkuknya , sakit. Ini adalah kali kedua dia dicengkik sebegitu rupa. Kali pertama dicengkik oleh arwah suaminya , kerana inginkan duit.

"Aku akan kembali ! Aku akan kembali ! Kau tunggu !" jerit Hani seraya terjatuh pengsan.

Fiona mendekati Hani. Dia mengangkat gadis itu lalu diletakkan di atas katil.

Mujur sahajalah Fiona datang pada waktu yang tepat , kalau tidak mungkin sekarang Cik Ani sudah tidak bernyawa.

Fiona membantu pula Cik Ani berjalan sehingga ke ruang tamu. Fiona tahu apa yang berlaku kepada Hani.Dia sememangnya sangat rapat dengan Hani.

"Cik Ani , saya minta maaf bagi pihak Hani.."walau bagaimanapun dia tetap rasa bersalah. Dia tidak boleh membiarkan Hani dan Puan Mariani tinggal berdua lagi. Dia perlu menemani mereka.

"Hani masih belum pulih sepenuhnya.. Saya nak minta izin Cik Ani untuk jaga Hani disini..Saya bimbang 'benda' tu akan terus ganggu Hani.."wajah wanita itu dipandangnya sayu.

Puan Mariani mengerutkan dahi ,

"Benda ? Maksud Fiona apa ?"soalnya tidak mengerti.

"Hani ada saka..Saka arwah opah dia..Dulu dah macam-macam cara opah Hani buat untuk buang saka tu..Namun ustaz cakap ini saka keturunan , yang nenek moyang Hani dulu.. Susah untuk buang..Hani sahaja satu-satunya waris yang tinggal.."sayu saat mengenangkan nasib rakannya itu. Sudahlah keluarga tiri buang , satu-satunya keluarga yang dia ada adalah opah juga telah meninggalkannya.

"Ouh..Kesian budak tu..Ada apa Fiona datang kemari ?" wajah manis gadis itu ditatapnya inginkan jawapan.

"Saya datang nak melawat Hani..Kami berkawan dah lama..Sejak dia bekerja dengan abang saya lagi.."ujarnya membuka cerita

"Ouh..Abang Fiona kerja apa ?"ingin juga dia tahu kerja apa yang Hani buat.

"Err.."Fiona teragak-agak untuk memberitahu. Aduhh macam mana boleh terlepas ni.. Takkanlah aku nak beritahu bahawa Hani bekerja sebagai GRO di kelab malam abangnya. Getus suara hatinya.

"Assalamualaikum !"laung Aireen dan Syasya dari luar.

"Waalaikummussalam.."balas Fiona lalu bangun menuju ke pintu untuk membukanya.

Keluhan lega dilepaskan. Nasib baik Aireen dah balik , kalau tak entah apa yang perlu dia beritahu.

"Ehh , kak Fiona..Buat apa kat sini ?"soal Aireen lalu bersalaman dengan Fiona.

"Akak datang melawat Hani.."mereka mengangguk faham.

"Cik Ani , Aireen , Fiona minta diri dulu ya.. Ada hal mendadak.."bohongnya lalu pamit pulang.

dont forget to vote and share ! ❤️

ANGKARA ! Where stories live. Discover now