Hampir seminggu Aireen dan Alif berubat bersama ustaz Adam. Akhirnya mereka berdua telah sembuh , namun belum sepenuhnya.Ustaz Adam juga turut terkena tempias kerana mengubati mereka. Ustaz Adam sentiasa mengingati mereka untuk tidak meninggalkan solat 5 waktu , dan Al-Quran.Semakin kuat iman kita , semakin susah benda sebegini masuk kedalam badan kita.
"Alhamdulillah..Aireen dan Alif makin sihat.."ucap Puan Mariani bersyukur begitu juga dengan Puan Ilyana.
"Rumah kak Ani nanti saya pagar semula.." tutur Ustaz Adam mesra.Sememangnya gangguan dirumah Aireen ini masih ada.Firasat hatinya kuat mengatakan , ada sesuatu yang disimpan atau diletakkan didalam rumah ini , oleh kerana itu , rumah ini sentiasa diganggu.
"Kak Ani..Boleh saya tengok dapur kak Ani sekejap ?"pinta ustaz Adam. Puan Mariani mengangguk sebagai balasan.
"Kenapa ustaz nak tengok dapur ?"soal Puan Ilyana aneh.
"Saya rasa ada sesuatu yang disimpan atau diletakkan didalam rumah ni..Sebabtu , setiap kali kami pagar ataupun ubati pasti ada sahaja gangguan..Kerana benda itu menetap didalam rumah ini.."jelas ustaz Adam. Puan Mariani mengangguk faham , namun pada masa yang sama dia turut takut dan cemas.Bermakna selama ini , mereka bukan tinggal berdua.
"Allahuakbar..Ustaz macam mana ni ?..Saya tak sanggup ustaz..Cukuplah tengok Aireen merana macamtu.."air matanya mula menitik satu persatu.Puan Ilyana memeluk erat rakannya.Dia mengerti perasaan Mariani.Dia juga ditimpa ujian yang sama.
"Sabar kak Ani..Ini semua ujian dari Allah.. Allah uji kerana dia sayang dan dia tahu kak sekeluarga mampu hadapinya..Buat masa sekarang kak banyak-banyaklah berdoa.. Doa orang yang dizalimi sentiasa makbul.. Akak pula seorang ibu , InsyaAllah Allah mudahkan urusan akak sekeluarga.." pesan ustaz Adam. Selagi dia mampu menolong , dia akan tolong.Aireen dan Alif itu dia sudah anggap seperti anaknya sendiri.
Tiba-tiba hidung ustaz Adam tertancap suatu bau.Dia menuju ke arah bau itu.Rak yang diletakkan pinggan mangkuk disebelah singki didekatinya. Suatu patung yang diikkat tali kuning terletak elok di sebelah pasu bunga. Ya , mungkin sebelum ini Puan Mariani dan Aireen tidak perasan akan kehadiran patung itu oleh kerana hijabnya yang belum terbuka. Dengan izin Allah , ustaz Adam mampu melihat patung itu diletakkan disebelah pasu bunga. Tanpa membuang masa ustaz Adam mengambil patung itu dan bergegas membuangnya. Dia memasukkan patung tadi kedalam sebuah botol lalu dibacakan ayat ruqyah padanya.
"Alhamdulillah..Saya dah dapat jumpa benda yang menetap didalam rumah akak ni.."botol tadi ditunjukkan kepada Puan Mariani dan Puan Ilyana.Mereka sendiri terkejut memandang sebuah patung dilekatkan kain kuning didalam botol.
"Kenapa saya tak pernah nampak benda ni ustaz ?"soalnya aneh.
"Kerana hijab akak dan Aireen serta semua yang pernah masuk kerumah ni ditutup.. Alhamdulillah , dengan izin Allah , Allah bantu saya untuk jumpa benda khurafat ni.."jelasnya menerangkan.
"Pasal botol ni akak jangan risau..Nanti saya akak buang dengan Haji Sulaiman.." mereka mengangguk pasrah.
💕💕💕💕💕
Sebuah rumah usang dipandangnya lama.Dia mendapat maklumat daripada orang kampung Seberang Jaya mengatakan bahawa dahulu ada seorang dukun yang tinggal bersama seorang cucunya disini. Dia pada mulanya ragu-ragu untuk datang kesitu. Namun hatinya tetap ingin tahu , siapa pemilik rumah itu.
"Assalamualaikum !"jeritnya memberi salam.Namun tiada sahutan , begitu juga dengan salam kedua dan salam ketiga , masih sama tiada sahutan.
Seorang pakcik tua menghampiri Harris.
"Nak..Buat apa kat sini ?"soal seorang pakcik yang berusia dalam 60-an.
"Err pakcik..Boleh saya tahu ni rumah siapa ?"soal Harris gugup.Mungkin pakcik ni jiran sebelah rumah kot.
"Rumah ni dah lama takde orang..Mereka dah lama pindah ke luar kota.."jelasnya tenang.Harris mengangguk faham.
"Pakcik kalau tak keberatan..Boleh saya tahu siapa pemilik rumah ini ?"Harris memandang wajah pakcik itu inginkan jawapan.
Pakcik itu hanya menarik tangannya menuju ke suatu tempat. Ingin berjauhan sedikit dari rumah usang itu.
"Pakcik kenapa pakcik tarik saya kesini ?" aneh-aneh kelakuan orang kampung disini. Bila disoal tentang rumah usang itu , semuanya seakan takut sesuatu.
"Tak nyaman menceritakannya disana.. Nak duduk dahulu.."Harris melabuhkan punggung di atas bangku lusuh.
"Suri ! Tolong buatkan air..Kita ada tetamu.."laung pakcik itu dari luar. Dia melabukan punggung diatas bangku bersebelahan Harris.
"Kalau kamu nak tahu..Dulu , rumah tu.. Ada seorang dukun.. Setiap kali orang kampung ni sakit..Pasti orang kampung disini akan pergi dekat rumah dukun tu untuk berubat.."
"Nama dukun tu tak silap pakcik.. Dukun Melati..Melati ni seorang gadis yang sangat cantik..Dari dia muda sampailah dia tua.. Wajahnya tetap cantik jelita.. Sehinggalah anak Melati ni balik semula ke kampung ni..Namanya Milah.. Melati dikatakan sakit tua..Umurnya sudah mencecah 89..Milah seorang anak yang baik.. Anak yang taat pada ibunya..Walaupun dia sendiri tidak suka akan pekerjaan ibunya..Namun dia tidak pernah membantah.."
"Nak dijadikan cerita..Suatu malam , Milah keluar kerana ingin cari daun Binahong.. Ibunya mengalami luka yang teruk dibahagian mukanya..Pakcik dengar cerita.. Melati pakai susuk..Disebabkan Melati ni sudah lama tidak memberi 'benda' belaan dia makan..'Benda' tu mula meliar..Dia menganggu semua penduduk kampung disini..Dan penduduk kampung semua mula menyalahkan Melati..Sehinggakan ketua kampung membuat keputusan untuk menghalau Melati dari kampung ini.." dia terhenti disitu. Suri datang membawa talang berisikan segelas cawan lalu dituang kepada Harris dan berlalu pergi.
"Lepastu pakcik apa yang berlaku ? Mana Melati dan anak dia sekarang ?"soal Harris semakin teruja.
"Melati mati malam selepas sehari penduduk kampung serang dan halau dia.. Ada yang kata dia bunuh diri..Ada yang kata dia mati sebab luka dekat muka dia terlalu teruk..Malam saat Melati diserang..Anaknya Milah tak balik ke rumah sehinggalah sekarang..Dan sampailah sekarang takde sesiapa berani sentuh ataupun pergi dekat rumah tu.." Harris mengangguk faham. Milah adalah nenek kepada adik tirinya. Tapi..Siapa adik tiri aku ? Siapa nenek Milah ? Kat mana mereka sekarang ? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Dia perlu merungkaikan semua ini segera yang mungkin.
Canne this chapter ? Hihi , korang agak-agak siapa keluarga tiri Harris ? Huhu , sabar..Satu persatu rahsia bakal terbongkar 👻😆.Dont forget to vote and share ! ✨
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...