Hujan lebat itu automatis membuatkan seisi kelas 5 BRAVE 1 hening. Pembelajaran
Matematik itu sedikit tidak menarik minat mereka. Padang luas disebelahnya ditenung lama. Entah apa yang ditenungnya pun tak tahu."Rafi apakah formula bagi kecerunan ?" soal Cikgu Amri mengejut.
Rafi terkebil-kebil memandang gurunya . "Wehh Alif apa jawapan dia?"bisiknya pada Alif perlahan.
Alif menjegilkan matanya ke arah papan putih.Rafi terkebil-kebil memandang Alif tanda tidak faham.
"Benda dah ada depan mata pun tak nampak lagi ke !" protes Cikgu Amri.
"Err.. y2 tolak..." belum sempat Rafi menghabiskan ayatnya , Cikgu Amri menyampuk ,
"Rafi berdiri atas kerusi !" getus Cikgu Amri.
Seisi kelas 5 Brave menjadi bising dengan ejekan dan gelakan.
"Yang lain diam ! Jangan sampai saya denda sekelas !" protes Cikgu Amri.
"Hani apakah formula kecerunan ?" soalnya mengejut
" y2 tolak y1 per x2 tolak x1" balasnya tenang.
Cikgu Amri mengulum senyuman mendengar jawapan Hani. "Bagus" ujarnya senang.
Kringgg !!
"Baiklah kelas kita berakhir disini..Ingat siapkan kerja yang saya bagi !" pesannya lalu melangkah keluar dari kelas.
"Relakss laaa brader..Kau macam tak kenal cikgu Amri tu macam mana.." sinis Alif apabila melihat Rafi yang sudah mula protes.
Syasya dan Aireen bergelak sakan melihat rakannya yang sedang protes itu.
"Suka ehh korang tengok aku kena denda.." sindirnya geram.
"Alahhh relaks laa Fi..Kitaorang gurau jee.." sinis Syasya.
"Dah-dah jom rehat.."sampuk Hani pula.
💕💕💕💕💕
Nasi lemak didalam pinggan tidak lalu dijamahnya.
"Reen asal kau tak makan?"soalan dari Syasya menyedarkan Aireen dari lamunan ,
"Takde selera"balasnya ringkas.
"Tak payah tipu aku lah Reen..Kita dah lama kawan..Aku tahu kau ada masalah..Cerita lah kenapa ?" soal Syasya lagi.
"Sejak dua menjak ni..Aku kerap kena ganggu.." jujurnya meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Kena ganggu ? Apa maksud kau ?" soal Alif hairan.
"Maksud kau kena ganggu dengan makhluk halus?" teka Syasya.
"Entahlah..sejak dua menjak ni , setiap kali aku balik sekolah mesti aku rasa macam ada orang ikut aku..And setiap kali aku keluar rumah mesti aku rasa macam diperhati.." jelas Aireen pasrah.
"Kau ada cerita dekat parents kau tak ?" soal Hani risau.
Aireen hanya membalas dengan gelengan.
"Takpe kau jangan risau..Lepas ni setiap kali kita balik sekolah..Kita orang hantar kau sampai kat rumah.."kata Haris menenangkan Aireen.
Aireen mengangguk lemah.
"Aku kena siasat siapa yang ganggu Aireen!" desis Alif didalam hati.
"Rafi asal kau diam ?"suara Syasya pula.
"Ishh aku takde mood lah.." balasnya moody
"Sudah-sudah lah tu..Cikgu denda sikit jee..Badmood..Biasalah dunia sekolah..." bebel Syasya lagi.
"Aku bukan badmood sebabtu lah ! " degus Rafi.
"Habistu sebab apa ?" soal Alif hairan.
"Pagi tadi..Aku dapat satu nota dalam meja aku.."dia terhenti disitu.
"Nota ? Apa yang tertulis dekat nota tu ?" soal Alif lagi.
Rafi tidak membalas . Dia mengeluarkan sehelai kertas didalam koceknya lalu diserahkan kepada Alif.
Alif membuka lalu membaca nota yang tertulis disitu. "Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati . Kalau kau sayang kawan-kawan kau , jumpa aku di Taman Gelora petang ni"
Mereka mula tak keruan dan takut .
"Kau ada musuh ke Fi ?" soal Haris membuka mulut.
"Setahu aku takde.." balas Rafi pasrah.
"Takpe..Kau ikut je cakap dia..Petang ni kita pergi Taman Gelora..Don't worry aku ada plan..." kata Alif lalu membisikkan plannya dari A sampai Z.
"Tapi..Aku takutlah.."rengek Syasya.
"Boleh tak kalau aku taknak ikut..Aku takut lah.." rungut Aireen.
"Aku pun rasa aku takleh join korang.. Sorry.." kata Hani pula.
"Takpelah kalau macamtu..Haris kau mesti ikut aku.." ajak Alif.
Haris mengangguk lalu segaris senyuman dilemparnya.
Dont forget to vote and share ! 💕
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...