8

67 17 1
                                    

Wajah Aireen ditatap sayu. Tidak sanggup dia melihat gadis itu sakit teruk sebegini.
"Aku akan bongkarkan segala-galanya.. kau kena kuat reen , aku sayang kau.." getus Alif didalam hati

Syasya memegang erat tangan Aireen. "Cik Ani telefon lah ustaz ataupun doktor..Saya bimbanglah cik Ani.." suara Syasya setelah sekian lama berdiam diri

"Cik Ani dah cuba telefon pak saudara Aireen.. InsyaAllah nanti dia datang.." balas Puan Mariani sambil memandang anaknya kasihan.

💕💕💕💕💕

Makanan yang siap terhidang di atas meja dipandangnya senang.

"Haris ! Meh turun makan !" laung ibunya dari bawah

"Okey ma , kejap !" lantang suaranya membalas . Dia mengatur langkah turun dari tangga .

"Haris..." dia memusingkan kepalanya ke arah belakang

Kosong.

Tiada sesiapa.

"Fikiran aku je kot.."nafinya cuba menenangkan diri

Dia mengatur langkah ke dapur.

"Haris..." dia memusingkan lagi kepalanya ke arah belakang namun hampa , kosong.

Saat dia pusing kehadapan

"Warghh !" dia terlihat satu wajah buruk dihadapannya.

"Apa masalah kau sebenarnya hah ?" rupa- rupanya Fathia , adik kepada Haris .

"Ishh abang ni , Tia sajeje nak bergurau , tak boleh bergurau langsung!"jelingan tajam diberinya

"Along dengan acik ni kalau tak gaduh tak sah ! Dah meh makan !" bebel ibunya

"Abang ni ha , tak boleh langsung bergurau" Fathia memeluk tubuh lalu memuncungkan mulut tanda merajuk

Haris hanya membalas dengan jelingan padu.

Padu bhai. Pedas.

💕💕💕💕💕

Kereta Myvi berhenti dihadapan rumah agam milik arwah abangnya. Dia mematikan enjin lalu bergegas keluar dari kereta dan mengorak langkah menuju ke pintu utama.

Seketika matanya meliar-liar memandang sekeliling rumah itu. Dia merasakan ada suatu aura yang pelik di kawasan luar rumah itu.

"Bismillahirrahmanirrahim.."ucapnya seraya melangkah masuk ke rumah itu

"Kenapa ni Ani ?"soal Razak

"Tak tahulah zak..Sejak dua menjak ni , Aireen kuat meracau , dia selalu kena kacau..Aku tak tahu dah nak buat macam mana zak..Tolong anak aku boleh ?" pintanya sayu

"InsyaAllah saya akan tolong semampu saya" ucapnya seraya segaris senyuman diukirnya

"Mana Aireen ?" soalnya lagi. Puan Mariani membawanya ke bilik Aireen yang berada tidak jauh dari situ.

Pintu bilik Aireen dikuak perlahan. Kelihatan Aireen yang sedang terlantar di atas katil.

"Bilik ni dah teruk" desisnya perlahan

"Teruk ?"Puan Mariani memandang Razak pelik begitu juga dengan Alif dan Syasya.

"Ada orang sihir Aireen" jelasnya malas ingin berkias

"Ya Allah.."Puan Mariani terdorong ke belakang . Terkejut dan sedih dengan perkara yang menimpa anaknya.

"Untuk buang semuanya tak mudah.Tapi insyaAllah saya akan cuba buang sedikit demi sedikit.." dapat dia lihat wajah adik iparnya yang penuh pengharapan padanya.

"Untuk harini , saya akan cuba buang dekat dalam bilik dulu.."tenangnya menjelaskan

"Maksud pakcik ? Dekat tempat lain pun ada ?" teka Alif

Razak membalas dengan anggukan.

"Pakcik boleh Syasya tahu siapa yang buat Aireen macamni?"soal Syasya lalu membelai lembut kepala Aireen yang berlapikkan tudung

"Maaf Syasya..Pakcik tak dapat nak tafsir siapa yang hantar sihir pada Aireen.. Pakcik pun manusia biasa yang lemah.. Mungkin boleh minta tolong pada yang lebih pakar dalam perubatan Islam..Pakcik cuma boleh buang benda-benda tak elok kat rumah ni je.." jelasnya panjang lebar

Syasya mengangguk tanda faham. Siapalah yang sanggup buat Aireen begitu.Dia kenal Aireen Natasya seorang yang sangatlah baik , pijak semut pun tak mati.

"Kak Ani ada limau purut tak ?"soalnya lagi

Puan Mariani mengangguk sebagai balasan lalu mengatur langkah menuju ke dapur .

"Kamu boleh tolong ambilkan air mineral untuk pakcik ?"pintanya pada Alif . Alif mengangguk sebagai balasan.

Puan Mariani dan Alif sampai di bilik beserta apa yang diminta.

Razak memegang limau purut tadi lalu membaca bismillah 5 dan ayatul kursi. Dia meletakkan limau purut tadi pada belakang almari Aireen.

"Petang esok saya datang lagi InsyaAllah.. Kita tengok limau purut tu memburuk ke tak.."jelasnya tenang

"Kalau buruk kenapa ?"soal Syasya tidak mengerti

"Esok pakcik jelaskan...Dan air ni tolong bagi Aireen minum setiap kali selepas Subuh dan Maghrib..Bagi selepas makan pun takpe.." ujarnya menerangkan

"Dan satu lagi kak , saya minta pada kak Ani..Banyakkan mengaji dan selalu lah pasang ayat Al-Quran dalam rumah.." sambungnya lagi

Puan Mariani mengangguk seraya segaris senyuman diukirnya.

Dont forget to vote and share okey ! Thankyouu ! 💕

ANGKARA ! Where stories live. Discover now