Air kopi dihirupnya lama. Dia memandang anak-anaknya bersilih ganti.
"Adik pergi masuk bilik , baba nak cakap dengan abang.." Alya mengangguk tanpa membantah.
Alif memandang ayahnya pelik . "Kenapa ba ?" ada sedikit getaran pada suaranya.
"Alif ada buat perkara tak elok ke ?"tegang sahaja wajah ayahnya saat itu.
"Yaallah ba , takkan abang nak buat macamtu.." jujurnya membalas.
"Kenapa baba tanya macamtu?"dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku
"Abang ada makan makanan dari sesiapa tanpa baca bismillah tak ?"soal ayahnya lagi tanpa membalas soalan anaknya.
Alif berkerut kening memikirkan persoalan itu , setahunya tidak. Tapi , ya dia ingat saat Hani , Aireen , Rafi dan Haris membawa bekalan makanan pada sambutan hari jadi Syasya utk berkongsi bersama.
"Hani , Aireen , Rafi dan Haris.."terpacul nama-nama itu dibirnya
"Salah seorang kawan abang letakkan benda tak elok..Dan benda tu dah ikut abang sampai kesini.."jelas ayahnya.
"Tak mungkinlah ba..Abang percaya semua kawan-kawan abang.."dalih Alif membela rakan-rakannya.
"Baba beritahu abang macamni taknak abang salah pilih kawan..Hati-hati..Kadang - kadang yang kita nampak paling baik tu lahh yang paling jahat..Lepasni , baba nak abang bijak pilih kawan.."pesan Haji Sulaiman seraya menepuk bahu Alif lalu bangun meninggalkan anaknya sendirian.
💕💕💕💕💕
Suasana hening buat seketika.Haris memandang aneh rakannya.
"Kau dah kenapa fi ?"soal Haris lalu menghirup ais lemon tea.
"Aku ada benda nak beritahu kau.."ada getaran pada suaranya.
"Benda apa ?"Haris memandang aneh lelaki itu.
"Lepas balik sekolah tadi..Aku dapat satu kotak.."dia terhenti disitu.Masih dia ingat saat-saat gentir itu.
"Apa ada dalam kotak tu ?"soal Haris lagi. Perasaan ingin tahu semakin melonjak dalam dirinya.
Rafi menarik nafas sedalamnya.Dia mengeluarkan sekeping gambar dan diletakkan diatas meja.
"Aku dapat gambar ni..Dekat belakang gambar ni..Ada satu nota tertulis macam ni.."Haris membaca setiap bait nota yang tertulis disitu.
"Fi aku rasa lebih baik kita buat report polis jee..Aku risaulah..Sekarang nyawa kawan- kawan kita semua dalam bahaya..Aireen hampir terbunuh..Syasya mangsa keadaan.. Kau kena ugut..Lepasni aku , Hani , Alif pula.."Haris mendengus kasar
"Entahlah ris..Aku buntu.."Rafi meraup wajahnya kasar.
"Aku pun ada benda juga nak cakap dekat kau.."ada sedikit getaran pada suaranya. Rafi memandang Haris aneh.
"Aku pun pernah kena kacau..Minggu lepas.. Aku tidur lewat sebab layan bola sorang-sorang..Then dalam pukul 1.30 pagi macamtu..Aku dengar bunyi macam ada orang dekat dapur..Aku fikirkan mak atau adik aku..Tapi bila aku pergi dapur , kosong..Lampu dapur pun tak buka..Bila aku datang balik ke ruang tamu..Tv tertutup.."dia terhenti disitu.
"Lepastu apa jadi ?"soal Rafi semakin berminat dengan cerita Haris.
"Dekat atas meja..Aku dapat nota sama macam kau..Bila aku jerkah siapa yang hantar..Diam..Takde sahutan..Bila aku nak sambung layan bola , ada satu suara perempuan ketawa..Aku dah kecut perut time tu..Aku terus tutup tv naik bilik.. Alhamdulillah..Waktu aku tidur takde apa-apa berlaku.."jujur Haris menceritakan.
"Aku syak Hani dalang semua ni.."kata Rafi mengutarakan pendapat
"Ishh kau tak boleh tuduh tanpa asal usul periksa..."suara Haris pula.
"Tak , aku tak tuduh..Aku dah lama perasan yang Hani ni dia lain sikit tau..Cuba kau fikir kenapa setiap kali kita ajak dia keluar , pergi melawat Aireen , mesti dia ada alasan..Then bila kita tanya kenapa dia bagi alasan kerja..Aku tak rasa lah dia pergi kerja..Aku rasa dia ni ada udang disebalik batu.."getus Rafi panjang lebar.
"Tak mungkinlah..Hani bukan macamtu.." dalih Haris membela Hani
"Suka hati kau lah nak percaya ke tak... Aku cuma nak pesan dekat kau..Hati-hati dengan Hani..Aku dapat rasakan Hani tu ada niat tak baik dekat kita.."jelas Rafi memberi nasihat.
Don't forget to vote and share ! ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...