29

46 10 5
                                    

TOK Tok Tok

"Abang bangun ! Matahari dah tegak atas kepala ni ! Hang bangun sekarang !" kejut ibunya di luar pintu.

"Nanti abang bangun lah bu..5 minit , 5 minit.."suara Rafi malas-malas.

"Takde ! Bangun sekarang !"degus ibunya lagi. Ketukan di pintu semakin kuat.

"Yerlah-yerlah..Abang bangun..Sekejap.. Nanti abang turun.."balasnya lalu bergegas menuju ke bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri , Rafi turun dari biliknya menuju ke dapur untuk bersarapan.

"Wahh ! Nasi lemak ! Dah lama tak makan.." omel Rafi seraya menceduk nasi kedalam pinggan.

"Mengada , baru minggu lepas ibu masakkan nasi lemak.."ejek Puan Rabiah

"Yeke..Abang lupa laa...Hehe.."sengaja dia buat-buat lupa. Itulah cara dia mengambil hati ibunya.

💕💕💕💕💕

Kopi dihirupnya perlahan.Fikirannya jauh melayang. Perasaannya bercampur baur , sedih , gembira , bersalah semua hadir tatkala itu.

Berita tentang pemergian NekMilah  membuatkan dia tidak tenang.

"Huh.."keluhan kasar dilepaskan. Tangannya naik mengurut kepala. Pening kepala memikirkannya.

"Mama okey tak ?"soal Fathia sebaik sahaja tiba disitu.

Puan Indah mengukirkan segaris senyuman.

"Mama okey..Cuma pening sikit jee.." bohongnya

"Penyakit mama datang balik ke ? Mama , makanlah ubat..Tia risaulah.."pesannya seraya membantu ibunya memicit kepala.

"Takdelah..Biasalah , umur dah semakin meningkat ni.."bohongnya lagi seraya tersenyum kelat.

"Abang mana ?"sengaja dia mengubah topik seketika matanya meliar-liar mencari Harris.

"Assalamualaikum.."ucap Harris yang baru sahaja sampai di rumah.

"Waalaikummussalam..Panjang umur.." omel Fathia.

"Kenapa ? Mengumpat abang ehh.."kening dijongketkan sebelah , matanya sinis memandang Fathia dan ibunya.

"Takde maknanya nak mengumpat abang.." sinis Fathia mengejek.

"Harris dari mana ?"soal ibunya. Jarang anak lelakinya itu keluar tanpa meminta izin.

"Harris dari kubur.."ada sedikit getaran pada suaranya.Bimbang jika ibunya memarahi dia menziarahi kubur arwah ayahnya.

"Kubur ? Buat apa ?"soal Puan Indah tergagap. Fathia dan ibunya memandang menginginkan jawapan.

"Ziarah kubur papa.."jujurnya memberitahu. Puan Indah mengangguk faham.

"Mama" panggil Harris lambat-lambat.

"Kenapa ?"wajah polos anaknya dipandang lama.

"Mama kenal tak kawan Harris , nama dia Hani ?"soal Harris tergagap-gagap. Bimbang jika ibunya bakal memarahinya kerana menyebut nama 'Hani' dihadapannya. Entah mengapa ibunya melarangnya berkawan dengan Hani.

"Kenapa dengan dia ?"

"Nenek dia..Dah meninggal.."tutur Harris perlahan.

"Ouh..Innalillah.."balas Puan Indah tergagap-gagap.

"Okeylah mama nak masuk bilik dulu.. Harris jgn lupa mandi , solat sebelum tidur.."pesan si ibu lalu melangkah masuk ke bilik.

💕💕💕💕💕

Sekejap badannya teralih ke kiri , sekejap badannya teralih ke kanan. Fikirannya melayang memikirkan perkara yang berlaku perkara petang tadi.

flashback.

Haji Ismail menghampiri cucunya , wajah polos cucunya dipandang lama.

"Ayah..Apa yang sebenarnya berlaku ? Apa yang Alif dah buat ? Saya tak faham ayah.." suara Haji Sulaiman gugup. Dia memandang anak dan ayahnya bersilih ganti.

"Angah sabar..Ini ujian dari Allah..Ayah pun tak dapat tafsir apa yang ganggu Alif..Pasal saka tu , ayah memang tak dapat nak tafsir.. Tapi pasal sihir tu , ayah cuma tahu yang penghantar sihir tu marahkan Alif sebab bantu seseorang.." jelas Haji Sulaiman panjang lebar.Wajah cucunya dipandang lama. Entah siapa yang sanggup buat begitu pada cucunya.

Uhuk ! Uhuk !

Alif terbatuk lalu segelas air mineral yang telah dibaca Al-Fatihah 7kali diminumnya.

"Alif dah sedar ? Alhamdulillah.."suara ibunya pula. Dia memeluk erat anaknya.

"Apa yang jadi ibu ? Baba ?"soal Alif tidak faham akan apa yang berlaku. Seingatnya selesai sahaja solat , Alya memanggilnya untuk turun , apa yang berlaku selepas itu dia tidak ingat.

"Abang kena rasuk..Baba nak tanya along.. Along ada buat salah dengan orang ke ?" tegang sahaja wajahnya saat itu.

Alif menelan air liur , takut melihat wajah 'garang' ayahnya.Seingatnya dia tidak pernah mencari musuh mahupun bergaduh dengan sesiapa.

Alif menggeleng sebagai jawapan.

"Betulkah ? Dan lagi satu..Abang ada tolong mana-mana kawan abang ke ?"soal ayahnya bertubi-tubi.Semua mata memandangnya inginkan jawapan.

Keluhan berat dilepaskan.

"Abang ada tolong Aireen haritu..Dia kena buatan orang..Abang yang tolong Aireen dan Cik Ani selesaikan perkara yang menganggu rumah Cik Ani.."jujurnya menceritakan.

Semua mengangguk faham.

"Siapa yang hantar ?"suara atoknya pula.

"Tak tahu..Ustaz yang tolong Aireen tu tak dapat nak tafsir..Tapi dia cakap orang yang hantar tu rapat dengan Aireen.."cerita Alif lagi.

"Subhanallah..Kesian budak tu..Baik hati abang tolong Aireen tu..Tapi..Betulkah abang tak tahu siapa yang letakkan benda tak elok dalam makanan abang ?"soal ibunya risau.
Alif menggeleng sebagai balasan.

"Ada tak kawan-kawan abang yang ada saka ?"soal atoknya tegang.Gelengan kali kedua Alif berikan.

"Angah , Yana..Korang takde jumpa benda-benda pelik dekat dalam rumah ke ? Macam barang yg berbalut warna kuning , atau apa-apa yang pelik ?"wajah anak dan menantunya dipandang bersilih ganti.

"Haritu Yana ada jumpa seutas tali warna kuning terlekat pada pintu bilik Alif..Yana buang dan bakar..Keesokannya , Yana jumpa pisau yang dipenuhi darah dekat atas meja dapur , dekat pisau tu ada satu nota tertulis , 'Sayangkan anak-anak kau ? Huh , dasar anak dengan mak sama ! Sekali lagi , kau cabar aku ! Aku tak teragak-agak untuk bunuh Alif !'selepas tu..Yana kerap kena ganggu..Dan Yana kerap jumpa tali kuning tu dekat sekeliling rumah..Cuma Yana tak berani nak buang.."jujur Yana menceritakan panjang lebar.

"Allahuakbar..Kenapa Yana tak beritahu abang awal-awal.."Haji Sulaiman meraup wajahnya kasar.

"Maafkan Alif..Sebab Alif , mama, baba , adik , atok semua tempias.."wajahnya ditundukkan kebawah.Perasaan bersalah menyerbu dirinya.

end flashback.

"YaAllah..Sampai bila aku kena hadap semua ni..Siapa kau ? Kenapa kau ganggu aku ?"Alif meraup wajahnya kasar.Tanpa dia sedar air mata jantannya jatuh satu persatu.

Semuanya bakal terungkai..Nantikan🤭
Dont forget to vote and share ! 💕

ANGKARA ! Where stories live. Discover now