Matanya menjeling meja barisan hadapan.
Entah mengapa dia terasa sunyi tanpa kehadiran gadis itu. Pembelajaran Sejarah tidak menarik minatnya sama sekali."Alif ! Siapakah bapa perpaduan kita ?" soal Cikgu Jamil mengejut.
"Errrr.." tajuk lain yang diajar , tajuk lain yang dipetik.
"Tun Hussein Onn" bisik Rafi perlahan
"Kamu ni dah kenapa Alif ?! Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab !" degus Cikgu Jamil geram . Entah apa kena dengan pelajarnya sendiri pun dia tak tahu.
"Tun Hussein Onn" balasnya gugup
Cikgu Jamil mengangguk lemah lalu menyuruhnya duduk.
"Sebelum saya lupa , siapa yang tak hadir ?" soalnya sebelum beransur keluar dari kelas
"Syafiq siapa tak hadir ?" soal Cikgu Jamil lalu membuka telefon bimbitnya.
"Nur Aireen Natasya dan Muhd Haris Naqi" lantang suaranya menjelaskan
"Haris tak datang ? Dia sakit ke ?" Hani memandang Alif dan Rafi menginginkan jawapan.
"Entah , semalam aku jumpa dia okey jee.. Maybe ada masalah kut.."kata Alif teragak- agak
"Korang tahu kan Aireen sakit ?"sambung Alif lagi
"Sakit ? Kenapa ? Dia masih kena ganggu ke ?" bertubi-tubi soalan diajukan pada Alif
Alif membalas dengan anggukan.
"Ishh , kesian Aireen..Petang ni kita lawat dia nak ?" ajak Syasya
Mereka mengangguk lalu senyuman diukir.
💕💕💕💕💕
"Assalamualaikum" lantang suaranya memberi salam
"Waalaikummussalam" Puan Mariani menarik tombol pintu untuk dibuka.
"Ehh masuklah.." pelawa Puan Mariani
Mereka melangkah masuk lalu melabuhkan punggung di atas sofa.
"Kami datang sini nak melawat Aireen" jelas Syasya
"Ouh , sekejap ya cik Ani panggilkan Aireen" kata Puan Mariani lalu mengatur langkah ke bilik anaknya.
Mata Hani meliar-liar memandang sekeliling rumah rakannya itu. Untung Aireen hidup hanya berdua bersama ibunya , namun rumah yang dimiliki sebesar banglo , omelnya didalam hati.
"Ya Allah reen ! Kenapa dengan kaki kau ?!" suara Syasya lalu bergegas membantu Puan Mariani memimpin Aireen
"Korang tunggu sekejap ya , cik Ani buatkan air" Puan Mariani mengatur langkah menuju ke ruangan dapur
"Reen kenapa dengan kaki kau ?"soal Syasya risau
"Panjang ceritanya Sya.." dalih Aireen malas ingin menceritakan hal sebenar
"Kau masih kena kacau ke ?" teka Syasya
Aireen hanya mengangguk lalu senyuman palsu diukirnya.
"Ya Allah reen..Kau taknak ke buat report polis ? Or kau jumpa ustaz , manalah tahu kut-kut kau kena buat orang ke ?" omel Syasya lagi
"Tak perlu kut buat report polis..Taknak lah aku besar-besarkan.." itulah Aireen Natasya seorang yang degil dan takut untuk mengambil risiko
"Lif kau dah tengok ke rakaman CCTV tu ?" sambungnya lagi
"Dah , tapi aku tak kenal pasti siapa , yang aku dapat tahu dia seorang lelaki" jelas Alif menceritakan
"Pakaian yang dia pakai semuanya hitam. Sebabtulah susah untuk kita kenal dia" sambung Alif lagi
"Reen buatlah report polis , aku risau lah.." bebel Syasya
"No , aku rasa kita tak perlu buat report" suara Hani pula
"Nanti bila sabitkan polis , benda ni jadi makin besar.. Tak pasal-pasal kita semua jadi suspek polis ? Kau nak ke ?" tegas Hani
"Aku tak kisah lah polis nak suspek aku ke apa , janji kes ni selesai..Kau tak lalui apa yang aku dan Aireen lalui Hani.." suara Rafi pula
"Tak perlu fi , betul apa yang Hani cakap.. Nanti bila sabitkan polis , bukan setakat kita yang jadi suspek , semua jiran-jiran Aireen , keluarga Aireen , semua akan terkena sama juga nanti..Jadi aku rasa baik kita selesaikan dengan cara kita ! Lelaki ni licik !" getus Alif
"Esok kau boleh datang sekolah tak ?"soal Syasya pada Aireen
"Tak lagi kot..Kenapa ?" Aireen memandang aneh sahabatnya itu
"Boring lahh takde kau.." rengek Syasya manja
"Eee mengadanya.." sinis Aireen lalu senyuman manis diukirnya
Auch !
Semua memandang Hani pelik. Hani menyentuh-nyentuh perutnya yang terasa sakit.
"Kau okey tak ni ?" tampak wajah risau Aireen
"Reen aku nak pinjam toilet jap boleh tak ?" soal Hani yang kini kesakitan.
"Pergilah , dekat sebelah dapur tu ada toilet" jelas Aireen sambil menunjukkan jari ke arah tandas di dapur
Puan Mariani datang membawa talang yang dipenuhi dengan cawan dan satu jug air.
"Jemputlah minum"pelawa Aireen pada rakannya
Mereka mengangguk lalu meminum air teh boekk daripada cik Ani
"Sorry buat korang tunggu lama.." kata Hani memohon maaf
"Ehh takde apalah.." balas mereka sambil segaris senyuman diukir
Cuba korang komen , korang agak-agak siapalah dalang semua ni ? 🤔 Dont forget to vote and share okeasss , Thankyouu💘
![](https://img.wattpad.com/cover/248694947-288-k138814.jpg)
YOU ARE READING
ANGKARA !
Misteri / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...