AKHIR

76 14 1
                                    

Kereta diparking elok berhadapan sebuah bangunan lama.Insepktor Hisham iaitu sepupu kepada Harris memberitahu bahawa Harris , Alif , Aireen , Syasya , Hani dan Rafi berada disini.Harris sempat menghantar pesanan mesej kepadanya untuk datang kesini , jika dia tak pulang setelah 12 jam.

"Makngah jangan risau..Biar Hisham, kawan Hisham dan ustaz Adam masuk dahulu..."katanya menenangkan ibu saudaranya begitu juga dengan mereka yang lain.

Mereka melangkah masuk dengan lafaz bismillah.

"Arghhh !"jerit seseorang dari tingkat atas. Mereka bergegas menuju ke tingkat atas.

Mereka melihat disebalik dinding.

"Aku takkan lepaskan kau Aireen ! Huh ! Kau yang paling rapat dengan Rafiqah ! Tapi..Kau jugalah yang dah musnahkan hidup dia !"Rafi mencerlung memandang Aireen.

"Rafi..Ingat Allah..Kau takkan dapat apa-apa buat semua ni..Kau dah cederakan kawan-kawan kau Fi..Mereka ada disaat kau susah dan senang..Fi , sedarlah Fi..Kau dah cederakan Alif dengan Harris..."kata Aireen lemah.

"Susah dan senang ? Hahahah ! Ehh ! Mereka ni cuma tempat untuk aku hilangkan bosan je lah ! Mereka tak pernah ada saat aku susah..Aku taknak bunuh kau Reen sebab Rafiqah cakap dia sayang sangat dekat kau..Tapi kau , selalu rampas apa yang dia nak !"Rafi terhenti disitu. Dadanya turun naik menahan amarah.

Hani memandang sekelilingnya pelik. Dia dapat rasakan ada seseorang yang sedang menruqyah bangunan ini.

"Ergh ! Tak guna !"Hani terkumat-kamit membaca jampi. Angin kencang mula memasuki segenap bangunan itu.

Rafi memandang Hani aneh begitu juga dengan Aireen dan Syasya.

"Hani kenapa ni ?"soal Rafi pelik.

"Ada orang ruqyah tempat ni..Kau cari sekarang ! Dia pasti ada dekat sini !"arah Hani lalu menyambung baca jampi.

Rafi mengorak langkah ke hujung tangga sambil memegang pisau yang berlumuran darah.

Hisham dan rakannya yang lain tidak dapat bergerak.Kaku di posisi yang sama. Ustaz Adam memandang Hisham dan rakannya yang kini sudah disihir oleh Hani.

"Allahulailahaillahuwalhayyulqayyum..." ustaz Adam keluar dari dinding lalu berjalan ke arah Hani.

"Tak guna !"Hani menghentak tangannya pada lantai.Jampinya dikuatkan.

"Allahuakbar ! Allah..hu..ak..bar.." kerongkong ustaz Adam bagaikan disekat oleh sesuatu , menyukarkannya untuk meneruskan bacaan.

"Hahahaha !"Hani bagaikan dirasuk syaitan. Ngilaian menghantui dirinya.

"Aireen ! Syasya ! Tolong bacakan 3 qul..." arah ustaz Adam tersekat-sekat.

"Auzubillahiminassyaitanirrajim..."Aireen dan Syasya memulakan dengan bacaan surah An-Nas.

"Kau diam ! Kau diam perempuan ! Aku cakap diam ! "jerkah Hani kepanasan.

Aireen dan Syasya hanya menghiraukan Hani dan meneruskan bacaan mereka.

Rafi menuju ke arah Aireen dan Syasya. Pisau diletakkan pada tengkuk Syasya.

"Aku suruh kau diam Aireen ! Syasya ! Diam ! Kalau tak aku bunuh kau !"jerkah Rafi bagaikan cacing kepanasan.

"Abang ! Jangan bunuh mereka abang ! Ibu merayu dekat abang ! Jangan buat macamtu..Berdosa nak..."pujuk Puan Rabiah teresak-esak.Dia membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas setelah berminit-minit menanti diluar.

"Tak ! Ibu..Kalini abang takkan lepaskan mereka ! Diaorang dah bunuh Rafiqah bu..." balas Rafi bagaikan dirasuk syaitan.

Ustaz Adam bangun dari rebah.Dengan izin Allah , dia dapat melaungkan azan di segenap bangunan itu.

ANGKARA ! Where stories live. Discover now