15

54 14 2
                                    

Cikgu Sunan membelai misainya lama. Buntu dia memikirkan perkara yang berlaku. Perbualannya dengan Syasya masih lagi terngiang-ngiang dikepalanya.

flashback

"Syasya ceritakan pada saya apa yang berlaku selepas Hani tinggalkan kamu berdua didalam bilik ?" tiada secalit senyuman pun terbit dibibirnya.Mukanya seperti nak makan orang.

Syasya menunduk lalu menangis.

"Kenapa kamu menangis ?"soalnya tegas

Ustazah Aini memujuk Syasya supaya berjujur dengan mereka. Akhirnya , Syasya terpaksa menceritakan perkara sebenar.

"Selepas beberapa minit Hani keluar , saya pergi toilet..Then saya dengar Aireen meraung kuat sangat..Dia cakap sakit.. Saya bimbang jadi saya terus keluar dari toilet.. Saya keluar je terus tengok badan Aireen dipenuhi dengan darah..Saya takut dan saya buat keputusan untuk telefon Cik Ani , mak Aireen..Tapi belum sempat saya telefon , saya dapat satu mesej ugutan.."dia terhenti disitu. Masih dia ingat saat-saat gentir itu.

"Mesej apa ?"soal Cikgu Sunan menginginkan jawapan.

Syasya tidak membalas , dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan mesej itu kepada gurunya.

"Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati ! Kalau kau sayangkan keluarga kau.. Aku nak kau diam , tutup mulut pasal hal ni !
***************************" Cikgu Sunan membaca ayat pelik yang tertera ditelefon itu.

"Itu jampi"suara Ustaz Adam. Cikgu Sunan memandangnya pelik.

"Apabila seseorang membacanya , dia akan terasuk oleh jin..Badannya seolah-olah dikawal oleh makhluk halus..Tapi sebenarnya orang yang menghantar mesej itulah yang mengawalnya.."jelas Ustaz Adam

Syasya mengangguk. "Betul tu sir..Selepas saya baca ayat tu..Saya seolah-olah dikawal oleh seseorang..Saya yang cederakan Aireen dan saya yang tikam dia ditangan..Maafkan saya.."luahnya seraya air mata bercucuran jatuh

"Bukan salah awak Syasya..Bukan awak yang bunuh dia..Awak kena rasuk..Time tu pula awak dalam keadaan tidak bersuci.. Memang mudah untuk kena rasuk.." jelas Ustaz Adam menenangkan

"Kita kena cari empunya nombor !"getus Cikgu Sunan geram

Ustaz Adam dan Ustazah Aini mengangguk faham.

"Aireen biar saya yang jaga.."Cikgu Sunan mengangguk sebagai balasan

end flashback.

Air kopi dimejanya dihirup seketika.Otak nya ligat memikirkan siapakah yang mungkin mengugut anak muridnya. Dia selaku guru disiplin perlu menitikberatkan hal ini kerana ia dapat menjejaskan reputasi akademik dan kokurikulum muridnya.

Tok Tok Tok

Ketukan pintu menyedarkannya dari lamunan. Dia mengalihkan anak matanya ke arah figura dihadapannya.

"Cikgu busy ke ?"soal ustaz Adam. Cikgu Sunan menggeleng lalu memberi isyarat supaya dia duduk.

"Kenapa ustaz ?"Cikgu Sunan memandangnya penuh tanda tanya.

"Saya ada tanya pada rakan-rakannya yang lain..Alif , Haris , Hani dan Rafi tahu tentang ugutan tu..Bukan itu sahaja , Rafi juga pernah dapat mesej ugutan begitu..Dia juga guna ayat yg sama 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !.. Saya syak dia orang yang sama.."jelas Ustaz Adam panjang lebar.

"Ada apa-apa lagi ke yang mereka cakap ?" cikgu Sunan memandang ustaz Adam serius

"Alif ada beritahu saya yang Aireen kena buat oleh orang..Tapi tak tahu siapa.. Mungkin sebelum dia kena pukul atau tikam , sihir tu datang serang.."sambung Ustaz Adam lagi

Cikgu Sunan mengangguk faham.

♡♡♡♡♡

Matanya terpinar-pinar oleh satu cahaya. Dia membuka matanya yang terasa berat. Dia memandang figura manusia di sebelahnya.

"Alhamdulillah , Aireen dah sedar.."ucap ustazah Aini seraya menguntum senyuman syukur.

"Saya ada dekat mana ni ustazah?"soalnya sambil memandang sekelilingnya.

"Kamu ada dekat dalam bilik rawatan.. Aireen okey ?"dia memandang muridnya sayu

Aireen mengangguk lemah.

Tok Tok Tok

Terpacul wajah Syasya dan Hani.

"Alhamdulillah reen kau dah sedar.."ucap Syasya seraya air matanya bercucuran jatuh
Aireen menepis Syasya supaya jauh darinya

"Reen..Aku tak pernah berniat sikit pun nak buat kau macamtu..Aku tak sedar masatu reen..Aku..Aku kena rasuk..Percayalah cakap aku reen.." pinta Syasya didalam tangisan

Aireen hanya diam membisu. Dia sayangkan Syasya namun pada masa yang sama dia sangsi dengan gadis itu.

"Syaa..Biarlah Aireen rehat dulu..Dia perlu rehat..Insyaallah nanti dia okey.."pujuk Hani lalu menarik tangan Syasya untuk keluar dari situ.

dont forget to vote and share ! ♡

    

ANGKARA ! Where stories live. Discover now