36

41 11 4
                                    

Kotak hitam diletakkan di atas meja.Puan Mariani dan Aireen hanya memandang dari jauh.

"Benda ni lah yang selalu mengganggu kamu sekeluarga..Walaupun rumah kamu dah kena pagar..Tapi mesti ada je gangguan lain di luar rumah kan ?"teka Haji Sulaiman. Aireen dan ibunya mengangguk sebagai balasan.

"Macam mana kita nak buang benda ni pakcik ?"suara Aireen menyoal.

"Nanti pakcik akan buang dengan ayah pakcik..Sebab benda ni tak boleh main buang jee..Dia kena ruqyah dulu , baru boleh buang dekat tempat sepatutnya.."mereka mengangguk faham.

Tiba-tiba ,

Angin kencang memasuki rumah itu ,
__________

"Hehehe.."Aireen tergelak sendirian.

Semua mata memandangnya. Sah itu bukan Aireen , namun makhluk lain.

Haji Sulaiman terkumat-kamit membaca ayat Al-Quran. Aireen merangkak mendekati Haji Sulaiman dan Alif. Gadis itu menyeringai memandang mereka.

"Alif baca surah-surah yang kamu ingat ! Begitu juga dengan yang lain !"tegasnya memberi langkah berjaga-jaga.

"Siapa kau ?!"soal Haji Sulaiman tegas.

"Hahaha ! Aku sihir ! Aku jin dari kotak tu !" suara Aireen kasar.

"Siapa yang bawa dan tanam kau kesini ?"

"Tak tahu !"dalihnya tak ingin menceritakan hal sebenar.

"Bohong ! Siapa yang bawa dan tanam kau kesini ?!"nada suaranya naik seoktaf.

"Arghh ! Aku tak tahu ! Aku takkan beritahu  !"dia masih berkeras tak ingin menceritakan hal sebenar.

Haji Sulaiman terpaksa menggunakan kekerasan.Dia menguatkan lagi bacaan ruqyah.

"Arghhh ! Baiklah ! Aku beritahu ! Diam kau diam !"jerit Aireen seraya menekup telinganya.

"Syasya ! Dia yang bawa aku ke sini ! Arghh !"Aireen tersungkur pengsan diatas lantai. Alif dan Puan Mariani terkejut mendengar pernyataan yang keluar dari mulut Aireen. Mereka menghampiri Aireen.

💕💕💕💕💕

Senyuman meleret diukirnya. Ini yang aku mahukan !

"Padan muka kau Syasya ! Hahahaha !" dia ketawa sepuas-puasnya.

Satu nombor didailnya.

"Hello..Plan A kita berhasil.."dia mengulum senyuman manis.

"Bagus ! Teruskan dengan plan B.."dia mengangguk faham.

💕💕💕💕💕

Matanya yang terasa berat dipaksa untuk dibuka.Puan Mariani memeluk erat anak gadisnya.

"Mak..Aireen takut.."rintihnya didalam pelukan.Semua yang berada disitu hanya mampu memandang. Mereka sendiri masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Sampai hati kau Syasya.."gumam Alif didalam hati.

"Aireen minum air ni.."segelas air dihulur padanya.Aireen hanya meminum tanpa membantah.

"Mak..Apa yang jadi pada Aireen ?"dia memandang wajah ibunya inginkan jawapan.

Puan Mariani teragak-agak untuk menceritakan hal sebenar.Dia takut Aireen akan kecewa jika dia mengetahui bahawa dalang semua ini adalah Syasya.

"Errr.."belum sempat Puan Mariani ingin bersuara , Alif menyampuk

"Kau kena rasuk.."dia malas ingin merahsiakan semua ini dari Aireen , kerana dia tahu lambat laun Aireen akan tahu juga.

"Rasuk ?"ibunya mengangguk pasrah.

"Aireen kena berehat..Pergilah berehat dulu..Pasal kotak ni jangan risau , nanti suami makcik akan selesaikan.."suara Ilyana pula.Bukannya dia tak mahu menceritakan perkara sebenar , namun biarlah keadaan reda seperti sedia kala dulu.

💕💕💕💕💕

Krack ! 

Pintu tingkap terbuka. Harris menarik untuk menutupnya semula. Dentuman guruh menambahkan debaran di dada.

Arghh !

Satu suara jeritan dari dapur. Harris bergegas menuju ke arah suara.

Dia terkejut melihat dapur mereka berselerak , dan lantai yang dipenuhi dengan darah.

"Kenapa Thia ?"soal Harris aneh melihat adiknya menangis teresak-esak.

Fathia menunjukkan jarinya pada suatu susuk tubuh di tepi pintu.Fathia bergegas memeluk abangnya.Harris hanya memandang dari jauh.

Susuk tubuh seorang nenek tua semakin kelihatan.

"Allahuakbar !"beristighfar panjang Harris saat melihat wajah nenek tua tadi bertukar menjadi ngeri.

"Jangan sentuh anak-anak aku !"jerit Puan Indah gugup. Harris dan Fathia mengalihkan anak mata mereka kepada ibunya. Mereka menghampiri Puan Indah.

"Keluar ! Kau jangan ganggu keluarga aku ! Kau keluar ! Keluar !"jerkah Puan Indah gugup. Angin kencang mula masuk menyapa segenap rumah itu.

"Hahaha !"nenek tua itu menyeringai memandang mereka.

"Harris pergi panggil ustaz Arfan dekat rumah sebelah ! Cepat !"arah ibunya.Harris hanya menurut tanpa membantah.

Sebaik sahaja ustaz Arfan tiba di rumah mereka.Pintu dan tingkap saling berlawanan.Lampu pula berkedip-kedip. Sekejap hidup, sekejap mati.

"Allahulahaillahuwalhayyulqayyum.."ustaz Arfan memulakan dengan ayatul kursi

"Arghhh !"ngilaian menyerbu rumah itu.

"Siapa kau ?! Dan kenapa kau ganggu keluarga ini ?!" tegas ustaz Arfan menyoal.

"Aku saka ! Aku diperintahkan oleh tuan aku untuk mengganggu keluarga ini !" Harris dan Puan Indah hanya memandang dari jauh.

"Sebelum aku hancurkan kau ! Baik kau pergi dari rumah ini ! Dan jangan datang kembali kesini ! Kalau tak , aku bunuh kau !"gertaknya memberi amaran.

Susuk nenek tua tadi mula menghilang.

"Alhamdulillah"ucapan syukur diucapnya. Rumah yang tadi berselerak dan kotor , kini bersih dengan sekelip mata. Semuanya berlaku dengan kekuasaan Allah S.W.T.

"Terimakasih ustaz.."tutur Puan Indah berterima kasih.Ustaz Arfan memberi nasihat supaya sentiasa memasang ayat- ayat Al-Quran didalam rumah. Begitu juga dengan solat , jangan tinggal. Selesai sahaja menyelesaikan apa yang patut , dia meminta untuk pamit pulang.

👻Mereka mula diganggu kembali ! Angkara siapa sebenarnya ? Siapa dalang semua ini ? Hehehe , semuanya akan terungkai tak lama lagii.. 🙊 Dont forget to vote and share ✨

ANGKARA ! Where stories live. Discover now