Fikirannya melayang jauh . Pembelajaran Pendidikan Islam sedikit tidak menarik minatnya. Otaknya ligat memikirkan cara untuk membantu Aireen.
"Alif ! Siapakah sahabat yang membantu Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiah ?" soalnya mengejut .
"Errr.." Alif terkebil-kebil mencari jawapan. Buku teks diatas meja dibelek-beleknya.
"Soalan tadi tajuk tingkatan tiga ! Tak perlu awak belek buku teks !" tegasnya .
Inilah cikgu , tajuk lain yang diajar , tajuk lain yang ditanya.
"Sudah duduk" Alif melabuhkan punggung di atas kerusi.
Setelah hampir 30 minit berlalu.Sesi pembelajaran Pendidikan Islam telahpun selesai.
Seisi kelas 5 Brave 1 mulai bising . Ustazah Aini mendekati meja Alif . "Alif saya nak jumpa kamu selepas rehat nanti.. Di bilik saya" jelasnya lalu melangkah keluar dari kelas itu.
"Lif kau okey tak ?"soalan dari Hani menyedarkannya dari lamunan
"Aku okey , kenapa ?" katanya berbohong
"Kau ada masalah ke ? Ceritalah dekat aku.." teka Hani seperti tahu sahaja apa yang terbuku di hati lelaki itu
"Takdelah , aku okey" bohongnya lagi.
"Alif aku kenal kau..Kau kenapa ?" desak Hani lagi
"Hani tolonglah ! Aku okey , dont worry" bentak Alif lalu bangun dari duduknya dan pergi meninggalkan Hani sendirian disitu.
Hani melepaskan keluhan kasar.
💕💕💕💕💕
Keriuhan kelas 5 Brave 1 menyedarkannya dari lena. Matanya terpinar-pinar oleh sinaran cahaya matahari. Dia mengalihkan anak mata ke arah meja sebelahnya.
Kosong .
"Mana pula si Alif ni pergi ?"matanya meliar-liar mencari Alif.
Argh !
Dia membetulkan urat-urat sendinya dengan mengeliat.
"Tak sangka lena juga aku tidur dalam kelas PI tadi.." sinisnya sendirian.
Kakinya menuju ke arah meja Hani dan Syasya.
"Wehh korang tahu tak mana Alif ?" soalnya sambil memandang kedua-dua rakannya itu
"Entahlah , maybe toilet kot.." balas Syasya
Hani hanya diam seribu bahasa.Hatinya masih lagi sakit dengan sikap Alif tadi.
"Kau kenapa ni ?"dia memandang pula wajah Hani yang masam mencuka
"Takde apalah.."getusnya geram
"Aku ada buat salah dekat kau ke ?"Rafi memandang Hani menginginkan jawapan.
"Takdelah , aku bukan marahkan kau.." balasnya mendatar
Rafi hanya mengangguk senang. "Okeylah aku nak keluar rehat kejap , korang taknak rehat ke?" Hani hanya membalas dengan gelengan , manakala Syasya pula memberi alasan sedang diet.
💕💕💕💕💕
Rafi dan Haris melepaskan keluhan lega. "Kat sini rupanya kau Lif..Penat tau aku dengan Haris cari kau satu sekolah.." rungut Rafi tercungap-cungap
"Kau kenapa Lif ? Ada masalah ke ?" suara Haris pula
Haris mengambil tempat untuk duduk di sebelah Alif. Bahu Alif dipegangnya erat.
"If you need a listener , I can be" kata Haris mendatar.
"Ceritalah wehh , asal ?"sampuk Rafi pula
"Okey-ii aku cerita , semalam..." dia menceritakan semua peristiwa yang berlaku di rumah Aireen kelmarin.
"So kau syak siapa ?"soal Rafi lagi
"Entahlah aku pun tak tahu..Susah aku nak percaya..Aireen tu sangatlah baik , pijak semut pun tak mati..Siapalah yang berdengki dengan dia sampai sanggup guna cara kotor.." getus Alif sedikit geram .
"Kesian Aireen.." suara Alif sayu
Mereka hanya mampu berdiam diri saat mengenangkan nasib rakan mereka itu.
💕💕💕💕💕
Syafiq selaku ketua kelas mengedarkan surat penyertaan kem 9A pada kelas 5 Brave 1. "Syasya kau tolong bagi pada Aireen boleh ?" soal Syafiq
Syasya membalas dengan anggukan.
"Fiq , cikgu Khairul dah masuk tu !" bisik Rafi. Syafiq bergegas menuju ke mejanya.
"Bangun ! Assalamualaikum cikgu !" laung nya memberi salam
"Waalaikummussalam , semua boleh duduk" tegang sahaja wajahnya
"Baiklah kelas , ada seorang pelajar baharu yang akan masuk kelas kamu" mendatar sahaja suaranya
"Masuk" sambungnya.
Seisi kelas 5 Brave 1 kaku melihat ketampanan pelajar baharu itu.
Uishhh , sekali pandang macam Taehyung.
Dua kali pandang macam Eunwoo.
Tiga kali pandang macam jodoh aku. Erkk tiber !Hani dan Syasya tak berkelip mata memandang pelajar itu. Rafi hanya melemparkan jelingan benci. Lelaki ke , perempuan ke sama je. Pantang nampak hensem , lawa sikit. Bebel Rafi didalam hati.
"Hai , nama aku Muhd Zafrel Haikal , boleh panggil aku Zafrel atau Arel" lagaknya memperkenalkan diri.
"Kamu boleh duduk dekat kerusi belakang sana" tegas Cikgu Khairul memberi arahan
"Haishh , aku rasa aku dah jatuh cinta laa.." omel Syasya tersengih-sengih. Dah macam kerang busuk.
"Hensem siakk" seloroh Hani pula
"Aii jeles ke tu ? Relaks laa fi..Mula-ii je macam tu..Nanti okey laaa tu.." kata Alif menenangkan.
Rafi hanya membalas dengan jelingan.
Don't forget to vote and share okey ! ♡
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...