16

51 15 2
                                    

Hujan renyai automatis membuatkan seisi bilik itu sunyi sepi. Seketika matanya meliar-liar memandang ke luar tingkap.

"Kesian Aireen..Aku tak sangka sampai macamtu sekali Syasya berdendam dengan Aireen.."suara Haris memecahkan kesunyian

"Apa kau ni ris..Syasya tak buat macam tu.. Kan ustaz Adam dah cakap , dia kena rasuk.. That time dia tak sedar..Kita jangan tuduh melulu.."suara Rafi membela Syasya

"Tapi siapa ? Aku tak faham kenapa dia tak habis-habis nak buat hidup Aireen merana.." getus Haris sedikit geram. Rafi menjungkit bahu sebagai balasan.Dia  mengalihkan pula anak matanya ke arah Alif yang sedang termenung.

"Lif kau okey tak ?"tegurnya. Alif hanya diam membisu.

"Weyy kau okey ak ?"tegur Haris pula . Alif hanya mengangguk sebagai balasan.

Ting !

Notification masuk.

Haris membuka mesej yang baru masuk. "Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati..Kalau kau taknak nasib kau sama macam Aireen..Kau jangan berani buka mulut !" bacanya didalam hati. Tangannya terketar-ketar kerana takut dan terkejut.
Rafi dan Alif memandangnya pelik.

"Kau kenapa ?"soal Rafi memandangnya aneh. Haris menyerahkan telefon bimbitnya kepada Rafi. Alif dan Rafi membaca mesej yang tertera.

Tiba-tiba ,

"Arghhh !!!"

Mereka terkejut namun pada masa yang sama takut.

Tok Tok Tok

Alif membuka pintu. "Alif ! Aireen ! Aireen !" Isya tercungap-cungap mencari nafas.

Alif , Haris dan Rafi bergegas ke suatu tempat. Sampai sahaja disana , mereka melihat Syasya teresak-esak menangis , manakala Hani memegang Aireen yang sedang dirasuk.

"Ustaz kenapa ni ?"soal Alif pada ustaz Adam

"Aireen kena rasuk"jelasnya ringkas lalu perlahan-lahan menuju ke arah Aireen.

"Auzubillahimissyaitanirrajim..Bissmillahirahmanirrahim.." Ustaz Adam mengambil langkah berjaga-jaga

"Kenapa kau ganggu gadis ini?"soal ustaz Adam pada makhluk halus yang merasuk Aireen

"Hahaha ! Aku diseru untuk datang kesini dan merasuk gadis ini !" sinisnya seraya ngilaian menguasai dirinya.

"Siapa yang seru kau datang sini ?"soal ustaz Adam lagi.Semua memandang Aireen menginginkan jawapan.

Aireen menghalakan jarinya pada Syasya yang sedang menangis teresak-esak. "Dia" katanya seraya senyuman jahat diukirnya.

Semua mata memandang Syasya.Ada yang mula mengata dan mengutuk Syasya. Ada juga yang memandang sinis padanya.

"Sekarang kau keluar dari tubuh gadis ini ! Dia tak bersalah ! Keluar sekarang !" tengking Ustaz Adam lalu membaca ayatul kursi dan ayat ruqyah.

"Arghhh ! Sakit !"jerit Aireen lalu pengsan didalam pangkuan Ustazah Aini.

"Alhamdulillah.."ucap Ustaz Adam syukur lalu menuju ke arah Aireen. Dia membacakan ayat ruqyah ditelinga Aireen dan dibacakan Al-Fatihah pada air mineral.

"Nanti Aireen sedar , bagi dia minum air ni.."pesannya pada ustazah Aini.

"Semua boleh masuk ke bilik..Jangan lupa basuh kaki dan solat Isyak..Banyakkan berdoa semoga semuanya dipermudahkan.." pesan Ustaz Adam pada murid-muridnya. Mereka mengangguk lalu beransur pulang ke bilik masing-masing.

Syasya yang masih menangis teresak-esak  ditatapnya sayu. Dia mendekati gadis itu.

"Syasya sudahlah..Jangan menangis lagi.. Boleh ustaz cakap dengan kamu ?"pintanya lembut.

Syasya hanya mengangguk sebagai balasan. Ustaz Adam melabuhkan kerusi berhadapan dengannya.

"Syasya tolong jujur dengan ustaz boleh ?" pintanya lagi

Syasya hanya mengangguk lemah. Mungkin ustaz Adam sahaja yang mampu membantu dan mempercayainya.

"Ustaz bukan nak tuduh kamu.."belum sempat ustaz Adam menyambung ayatnya , Syasya menyampuk "Ustaz tolonglah percayakan saya..Saya tak buat semua tu.. Saya kena fitnah ustaz..Percayalah ustaz.." rintihnya meluahkan

Ustaz Adam mengangguk lemah. "Saya percayakan kamu..Tapi ustaz nak tanya kamu beberapa soalan.."tampak wajah seriusnya

"Kamu ada buat perkara yang bukan-bukan ke sebelum ni ?"soal ustaz Adam memandangnya serius

"Maksud ustaz ?"Syasya memandang ustaz Adam aneh

"Saya dapat rasakan benda ni berpunca sebab ada seseorang yang menyeru memanggilnya.." balas ustaz Adam menjelaskan

"Ustaz saya tak pernah buat perkara syirik macamtu..Tapi sejak dua menjak ni , saya kerap dapat mesej pelik-pelik dan selalu mimpi buruk pasal Aireen.."luahnya sayu

"Mesej macam mana ?"ustaz Adam memandangnya penuh tanya. Syasya mengeluarkan telefon bimbitnya , lalu menunjukkan semua mesej-mesej pada gurunya. Ustaz Adam melihat semua mesej-mesej yang dihantar.

"Sejak bila kamu dapat mesej macam ni ?" soal ustaz Adam lagi

"Sejak saya beritahu kawan-kawan rapat saya tentang Aireen terkena buatan orang.." jelasnya lalu mengeluh resah

"Siapa yang kamu beritahu ?"ustaz Adam semakin tertarik dengan agenda yang berlaku.

"Alif , Haris , Rafi dan Hani.." sebutnya satu persatu. Ustaz Adam hanya mengangguk faham.

"Terimakasih Syasya untuk maklumat..Saya percayakan awak , saya harap awak tak khianati kepercayaan saya terhadap awak.." segaris senyuman diukirnya

"Saya jujur ustaz..Saya tak buat semua tu.." dia menunduk lemah. "Boleh saya tanya sesuatu ustaz ?" soalnya lemah.

"Apadia ?"ustaz Adam memandang muridnya aneh.

"Macam mana saya nak elakkan daripada kejahatan manusia ustaz ? Saya penat dengan semua ni..Kadang-kadang saya keliru , kawan yang mana patut saya percaya , kawan mana yang tak.."luahnya sayu.

"Syasya dalam hidup ni..Kita jangan mudah sangat percayakan orang..Kadang-kadang yang terlihat paling baik itulah yang sebenarnya paling jahat..Sebabtu , lepas solat selalulah minta pada Allah supaya dikelilingi oleh orang-orang yang baik.. InsyaAllah Allah lindungi kita dari orang yang ada niat buruk pada kita.." pesan ustaz Adam panjang lebar. Syasya hanya mengangguk sebagai balasan.

                      vote and share ! ♡

ANGKARA ! Where stories live. Discover now