5

97 24 13
                                    

Tok Tok Tok

"Assalamualaikum" lantang suaranya memberi salam

Puan Mariani bergegas menuju ke pintu utama , "Waalaikummussalam" balasnya lalu membuka pintu.

"Ouh Alif , meh laaa masuk..Sorang je ke ?" soal Puan Mariani hairan

Alif mengangguk sebagai balasan.

"Alif duduklah dulu..Kejap cik Ani panggilkan Aireen.." dia mengatur langkah menuju ke bilik anaknya

Tok Tok Tok

Ketukan pintu menyedarkannya dari lamunan. Dia mengalihkan anak mata ke arah figura manusia di muka pintu.

"Kenapa bu?"soalnya sebaik sahaja melihat wajah ibunya di muka pintu.

"Alif datang nak jumpa kamu..Dia ada dekat bawah.." jelas ibunya lalu mengatur langkah turun dari tangga.

"Okey"balasnya ringkas lalu menyarung tudung bawal dikepalanya.

Aireen turun dari tangga lalu mengorak langkah menuju ke ruang tamu.

Puan Mariani datang membawa secawan air teh untuk Alif.

"Ehh macam mana Reen tahu Alif datang ?" soal ibunya pelik.

"Hah ? Bukan ke tadi ibu cakap dengan Reen Alif ada dekat bawah ?" tegang sahaja wajahnya

"Tak. Ibu tak naik lagi kat atas" dia memandang pelik anak gadisnya.

"Mungkin Aireen salah pandang kut bu.. Takpelah" katanya cuba menukar topik. Dia malas ingin memanjangkan cerita.

Aireen melabuhkan punggung di atas sofa. Puan Mariani meninggalkan mereka berdua disitu. Alif memandang gadis dihadapannya pelik.

"Kau okey tak reen ?" dia perasan akan perubahan riak wajah rakannya

"Entahlah lif.."keluhnya resah

"Kau masih kena ganggu ?" teka Alif

Aireen mengangguk lemah.

Belum sempat Alif mengatakan apa-apa , tiba-tiba anak matanya teralih ke arah kaki Aireen yang sedang berbalut.

"Kaki kau kenapa reen ?"soalnya risau

Aireen tidak membalas.

"Aku tanya ni kenapa ?" soalnya dengan nada meninggi

"Semalam , aku kena kacau lagi..Aku dengar bunyi orang ketuk pintu....."ceritanya panjang lebar

"Ishh siapalah yang tak habis-habis ganggu kau dengan Rafi ni !?" sudah semalaman dia memikirkan tentang perkara ini

"So esok kau tak pergi sekolah ke ?"soalnya sayu

"Tak kot.."balasnya lemah

"Takpe..Kau rest betul-betul kat rumah.. Pasal ni kau tak payah risau..Aku akan cuba siasat.." kata Alif cuba menenangkan sahabatnya

"Thankyou lif"ucapnya mesra

Alif hanya membalas dengan senyuman.

💕💕💕💕💕

Rancangan 'Running Man' yang tersiar di televisyen sedikit tidak menarik minatnya . Otaknya ligat memikirkan cara untuk melunaskan hutang arwah ayahnya.

"Lepas satu-satu masalah datang.."keluhnya sendirian

Srrreeettttt...

Bunyi tapak kaki berjalan.

Matanya meliar-liar memandang sekitar rumahnya.

Matanya tertancap pada satu figura di hadapannya.

Hani mendekati figura itu dengan berhati- hati.

"Ya Allah opah buat apa kat sini ? Terkejut Hani.." tegurnya lalu membantu opahnya berjalan

"Opah lapar.." suara wanita tua itu

"Opah duduk dekat depan dulu..Biar Hani masak untuk opah okey ? Opah nak makan apa ?" soalnya sambil memimpin opahnya menuju ke ruang tamu

"Apa-apa je lah"balasnya dengan suara serak basah

Hani hanya membalas dengan senyuman lalu menuju ke dapur untuk memasak.

💕💕💕💕💕

Rakaman CCTV dikomputer dipandangnya lama.

"Topi hitam , hoodie hitam , spek hitam , mask hitam , kasut hitam.. Lelaki " dia meraup wajah kasarnya . Buntu dia memikirkan masalah yang menimpa dua sahabatnya itu.

"Terimakasih bang Epul.."ucap Alif lalu meminta diri untuk pulang.

Seketika matanya meliar-liar memandang sekeliling rumah Aireen. "kau memang licik , siapa kau , dan apa yang kau nak dari mereka !" getusnya perlahan.

Tiba-tiba
_________

Satu tangan menyentuh bahunya . Hatinya saat itu jangan dikatakan berdebar , hendak pecah pun ada. Alif memusingkan badannya ke belakang.

"Kau buat apa dekat sini ?" tegur Alif dengan riak wajah terkejut

"Wowowowow , kau okey tak ? Asal muka kau macam baru lepas nampak hantu ni ?" soal Haris pelik

"Aku okeylah..Takde apa..Kau buat apa kat sini ?" segaris senyuman paksa diukirnya

"Ouh , aku dari rumah Rafi tadi..Kebetulan aku lalu kat sini , nampak kau duk tenung rumah Aireen..Kenapa ?" soal Haris pelik

"Ouh , takde apalah..Aku baru je lepas lawat Aireen tadi.." jelasnya mesra

"Lawat Aireen kenapa ? Dia sakit ke ?" bertubi-tubi soalan keluar dari bibirnya

"Haah..Dia cerita dekat aku , semalam dia kena ganggu lagi.." jelas Alif lalu memandang rumah Aireen sayu

"Ishh , siapa yang tak habis-habis nak ganggu dia ? Aku tak faham lah ! Apa dia nak sebenarnya ?" getus Haris geram

"Aku pun tak tahu..Tapi takpe kau jangan risau..Aku dah cuba tengok CCTV , dah dapat banyak bukti . Cuma belum kenal pasti jee siapa.." jelasnya menenangkan

Haris mengangguk lemah lalu segaris senyuman diukirnya.

Hmmm semakin suspen 👻 Agak-agak siapalah yang diam-diam bersembunyi ?
Dont forget to vote and share ! Thankyou 💕

ANGKARA ! Where stories live. Discover now