Matanya terpinar-pinar oleh satu cahaya. Dia membuka matanya yang terasa amat berat. Badannya kini terasa lebih ringan dari semalam. Dia bangun dari baringan lalu mengerling jam di dinding.
"Dah pukul 1.30 ? Ya Allah aku dah terlepas Zohor" Aireen bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhu.
Dari jauh ada sepasang mata yang sedang memerhati Aireen . Senyuman meleret terbit dibibirnya. "Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !" getusnya perlahan
Dari jauh kedengaran suara dua lelaki sedang bergelak ketawa.
"Hahaha , relakss laa wehh , chill..Tu lah kau aku suruh kau confess taknak.." bebel Alif lalu ketawa terbahak-bahak."Diam lah kau"protes Rafi , tanpa sengaja matanya tertancap satu figura manusia yang sedang memerhati rumah Aireen dari jauh. Dia menarik tangan Alif untuk menyorok pada satu sudut sembunyi.
"Kau ni dah kenapa ?" getus Alif sambil memandang rakannya pelik. Rafi menutup mulut Alif supaya diam. "Shhh"
"Tadi aku nampak seseorang , pakaian serba serbi hitam..Dia perhati rumah Aireen.. Maybe dia yang kacau Aireen?"teka Rafi dengan nada berbisik
"Mana ?"Alif bergegas keluar dari sudut sembunyi itu lalu mencari figura lelaki itu.
"Kau memang licik !"getusnya geram apabila lelaki yang dicarinya sudahpun selamat melarikan diri.
"Jumpa tak ?"soal Rafi terketar-ketar
"Tak , dia dah lari..Mungkin dia nampak kita.. Tak guna !" Alif menghentak tangannya pada dinding. Protes.
💕💕💕💕💕
"Assalamualaikumwarahmatullah" selesai sahaja solat , dia menadah tangan untuk berdoa.
"Ya Allah Ya Tuhanku , kau lindungilah hamba sekeluarga daripada kejahatan manusia..Berilah hamba kekuatan untuk hadapi segala ujianMu ini Ya Allah.. Lapangkanlah hamba dari segala kejahatan di dunia ini..Permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga Ya rabb..Aamin Ya Rabbal Alamin.."rintihnya seraya mengaminkan bacaan doa
"Assalamualaikum !"laungnya memberi salam
"Waalaikummussalam !" balas Aireen lalu bergegas turun dari tangga menuju ke pintu utama. Dia menarik tombol pintu perlahan- lahan.
"Ehh Syasya , masuklah"ujar Aireen mesra
Syasya melabuhkan punggung di atas sofa."Kau macam mana ? Feel better ?"soal Syasya risau
"Alhamdulillah aku dah makin okey..Terima kasih sya tak henti-henti doakan aku.." katanya berterima kasih
"Alhamdulillah..Kau kawan baik aku reen.. Nama kau sentiasa ada dalam doa aku.." dia memeluk erat rakannya itu.
"Ehh tak sampai lagi ke Alif ? Dia cakap dia nak datang sini jenguk kau.." seketika matanya meliar-liar menjenguk ke luar rumah
"Dah lama tak nampak Hani.." ujarnya sayu
"Hmm,kau kenal kan Hani tu macam mana.. Dia bukannya taknak lawat kau , tapi dia sibuk sangat..Habis je sekolah dia terus pergi latihan bola jaring then pergi kerja part time..Aku kadang-kadang kesian dekat Hani tu..Ye lah ada family tapi family buang..Hutang arwah ayah dia pun , dia yang kena tanggung..Dengan nak jaga nenek dia yang sakit lagi..Kalau aku , memang aku tak sanggup dah.." sedih saat dia mengenangkan nasib rakannya itu.
Aireen mengangguk faham.
"But kau jangan risau..Hani tiap-tiap hari tanya pasal kau..Dia cakap dia rindu kau.." omel Syasya manja.
Mereka bergelak ketawa bersama.
💕💕💕💕💕
Rekod fail murid dibelek-beleknya.
"Nur Hani Saffiya binti Razlan" terpacul nama itu dibibirnya.Dia membaca dengan lebih terperinci tentang maklumat gadis itu.
"Kesian budak ni , ada keluarga tapi keluarga buang.." monolognya sendirian.
Tiba-tiba Cikgu Siti menyampuk , "Tak silap saya dia ada abang kat sekolah ni , sama umur tapi lain mak.." jelasnya sambil menanda buku muridnya.
"Apa maksud cikgu ?"soal Ustazah Aini tidak mengerti
"Macam yang ustazah cakap tadi laaa..Ada keluarga tapi keluarga buang..Saya dengar cerita keluarga tiri dia buang dia..Sebab arwah ayah dia banyak sangat berhutang.. Habis semua hutang arwah ayahnya dia yang kena tanggung..Kesian budak tu.." omel Cikgu Siti jujur.
"Siapa abang tiri dia ?" perasaan ingin tahu semakin meningkat dalam dirinya.
"Entah , takde sorang pun tahu siapa abang tiri dia dekat sekolah ni..Tanye nenek dia pun , nenek dia rahsiakan..Hani pun tak kenal abang tiri dia siapa.." jelasnya bersungguh
"Ouh" dia mengangguk faham
Don't forget to vote and share 💕
![](https://img.wattpad.com/cover/248694947-288-k138814.jpg)
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...