32

50 10 7
                                    

Aireen tetap hadir ke sekolah walaupun ibunya masih di hospital.Dia terpaksa akur dengan arahan ibunya.Puan Mariani sudah sedar semalam , tapi masih lagi belum dibenarkan pulang oleh pihak hospital , oleh kerana keadaannya yang masih lagi belum stabil.Aireen juga sudah diberitahu oleh Cik Hasnah bahawa dia yang akan menjaga ibunya selama Aireen tiada.

Kring !

"Baiklah , seperti yang cikgu dah pesan pada kamu ! Do the best for your SPM ! Kamu semua adalah harapan sekolah , harapan cikgu-cikgu..Banggakan parents kamu..Kamu masih berbaki 10 hari lagi..Ada apa yang tak faham masih boleh tanya cikgu-cikgu kamu..Ingat , 5 tahun kamu belajar..Jangan sia-siakan segala ilmu yang kamu dapat !"pesan Sir Sunan pada murid- muridnya.Dia pasti akan merindui segala telatah murid 5 Brave 1.Dia melangkah keluar dari kelas itu.

"Korang jom rehat.."ajak Rafi. Perutnya sudah berkeroncong berbunyi.Dah buat konsert dalam perut aku.

"Korang pergilah..Aku takde mood nak makan.."balas Aireen ringkas.Bukannya dia tak ingin rehat bersama-sama namun , dia tiada mood.Banyak perkara yang perlu dia fikirkan.

"Kau serius ke ni taknak makan ? Nanti perut kau masuk angin Reen..Makanlah sikit..Kitaorang risau , nanti kalau kau sakit macam mana ?"suara Hani pula.Dia tahu Aireen pasti sedih memikirkan perkara yang menimpa ibunya.Namun , kesihatan perlu dijaga.Disaat-saat terakhir begini kesihatan diri amatlah penting.

"Takpe..Aku ada bawa roti..Nanti aku makan.."tolaknya lagi.Harap-harap kalini alasannya menjadi.Dia betul-betul tiada mood untuk keluar rehat.

"Okeylah kalau kau cakap macamtu.. Takecare tau..Nanti kitaorang datang balik sini.."gumam Syasya lalu melangkah keluar dari kelas.

Tiba sahaja di kantin , mereka duduk di meja hujung , seperti biasa. Saat mereka sedang menjamu selera.Alif memberi alasan untuk pergi ke perpustakaan , konon - kononnya ingin mencari bahan rujukan.
Selesai membeli nasi lemak dan air sirap , Alif mengorak langkah ke suatu tempat.

Saat dia sampai kedalam kelas 5 Brave 1 , dia melihat Aireen sedang menangis. Dia kasihan namun pada masa yang sama , berasa bersalah kerana tak dapat membantu rakannya itu.

Aireen membaringkan kepalanya ke arah tingkap , air matanya satu-persatu jatuh. Dia sedih kerana tiada saat ibunya terkena serangan jantung.Kalau diikutkan hati , dia ingin menjaga ibunya.Namun dia terpaksa akur , tak ingin ibunya sedih.

Alif menghampiri meja Aireen.Makanan tadi diletakkan diatas meja.Aireen tersentak melihat figura Alif disitu.Dia segera mengesat air matanya.

"Kau buat apa kat sini ?"soal Aireen tanpa memandang wajah lelaki itu.Bimbang jika Alif nampak wajah sembabnya yang baru sahaja lepas menangis.

Alif menghulur satu sapu tangan kepadanya.Soalan gadis itu sengaja tidak dijawab. Aireen mengambil sapu tangan itu.

"Thanks"ucapnya sepatah.

"Kau ada masalah apa ? Share lah dengan aku..Aku ada untuk kau luahkan.."dia memandang wajah rakannya sayu. Dia tahu Aireen pasti inginkan seseorang untuk menjadi pendengar dan tempat untuk dia luahkan segala-segalanya.

"Mak aku..Doktor cakap mak aku cuma ada peluang yang tipis untuk hidup.. Berkemungkinan hanya 50/50..Alif..Aku tak tahu..Apa yang aku dapat buat untuk tolong mak aku..Aku cuma ada dia sahaja Alif..Aku tak sanggup kehilangan dia.."air matanya mula jatuh satu-persatu.Alif terkejut mendengar pernyataan yang keluar dari mulut gadis itu.Dia juga terkesan dan turut sedih dengan perkara yang menimpa Aireen.Makcik Mariani itu dia anggap seperti ibunya sendiri.

"Reen kau kena sabar..InsyaAllah aku akan tolong kau..Aku akan tolong kau sampailah cik Ani pulih..Kau jangan risau..Aku ada.." ucapnya menenangkan.Walaupun hakikat , dia sendiri sedih dengan berita itu namun dia perlu kuatkan diri demi membantu Aireen.

Aireen hanya mengangguk pasrah. Dia bersyukur dianugerahkan seorang sahabat yang baik seperti Alif.

"Dah sekarang kau kena makan..Kesihatan diri kau tetap kena jaga..SPM dah nak dekat Reen..Kau jangan cari penyakit.."bebel Alif. Bungkusan makanan tadi diletakkan dihadapan Aireen.

💕💕💕💕💕

Doktor Arif iaitu ayah saudara Alif telahpun membuat keputusan untuk merawat Puan Mariani.Dia adalah seorang doktor pakar sakit jantung.Dia juga sudah diberitahu oleh abangnya Haji Sulaiman untuk lakukan yang terbaik , pembayaran semua dibawah tanggungannya.

Sudah banyak kali Aireen menghalang Alif. Dia tak mahu menyusahkan orang lain. Aireen merupakan seorang yang tak suka berhutang budi. Kalau boleh biarlah semua dia yang selesaikan.Namun , apakan daya , dia terpaksa akur.Alif tetap bertegas ingin membantunya.

Peperiksaan SPM juga telah berlangsung. Syukur Alhamdulillah , semuanya dipermudahkan.Hanya perlu menunggu result keluar sahaja.Mereka juga sudah lama tidak diganggu.

Mereka membuat keputusan untuk celebrate bersama-sama.

"Korang nak order apa ?"soal Harris sambil melihat-lihat menu.

"Pizza Hawaii Chicken satu , pizza cheese berdebah satu..Ermm..Satu set A..Tambah sup cendawan enam.."suara Rafi memesan makanan pada pekerja disitu.

"Air ?"

"Pepsi 3 , Milo 3"sambung Rafi.Pekerja itu mengangguk faham lalu melangkah pergi dari situ.

"Apa plan korang untuk sementara waktu ni ?"soal Syasya sambil memandang wajah rakannya satu persatu.

"Ermm aku nak cari kerja dulu kot.. Simpan duit untuk masuk U nanti.."gumam Harris.

"Aku pun sama.."sampuk Rafi.

"Kau Lif ?"semua mata memandang kearahnya.

"Err..Aku mungkin akan tolong bisnes ayah aku ? Maybe ?"sebenarnya dia sendiri pun tiada plan lagj apa yang ingin dia buat sementara menunggu result SPM keluar.
Mereka mengangguk faham.

"Kau ?"Syasya menyoal pula kepada Hani.

"Errr..Aku mungkin sambung kerja..Yerlah sebelum ni aku just kerja part time..Kalini mungkin aku kerja lebih masa..Untuk tanggung kehidupan aku.."jelasnya gugup.

"Kau pula ?"semua mata memandang Syasya pula.

"Aku.."Syasya tersenyum malu untuk menceritakan perkara sebenar.Semua memandangnya aneh.Apa kena dengan si Syasya ni ?

"Aku dapat tawaran jadi MUA part time.." senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Wahh , congrats babe !"ucap Aireen teruja. Bangga dengan sahabatnya.

"Kau Reen?"soal Harris pula.

"Aku nak jaga mak aku dulu..Sementara waktu masih ada..Aku nak dia sihat macam biasa.."tutur Aireen lemah.

"InsyaAllah..Semoga mak kau sihat macam biasa.."mereka mengaminkan doa dari Syasya itu.

Don't forget to vote and share ! ❤️

ANGKARA ! Where stories live. Discover now