Hujan lebat seakan mengerti perasaannya. Sekeping gambar dipandangnya penuh benci.
"Kau tunggu ! Satu persatu nyawa bakal melayang ! Hahahaha !" tangan dihentak pada dinding melepaskan amarah.
Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat jampi.Sekeping gambar digantung pada patung lalu ditusuk dengan jarum. Senyuman jahat diukirnya.
"Puas hati aku ! Hahahaha ! Rasakan !" gambar ditangannya tadi dilemparkan kedalam api.
💕💕💕💕💕
Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Sejuk sekali cuaca pada malam itu. Dentuman guruh membuatkan dia ketakutan.
"Uuuu sejukk.." badannya terketar-ketar kesejukan.
Prakkk !
Pintu Almari terbuka.
Dia menghiraukannya.
Tiba-tiba ,
"Hehehehe , cu..Kenapa tak tidur lagi cu.. Nak beli tak karipap nenek ? Belilah cu.. Nenek bagi percuma..Makanlah cu.." suara seorang nenek disebelahnya.
Haris terkejut melihat seorang nenek tua disebelahnya. Entah datang dari mana. Rambutnya yang menggerbang menyukarkan Haris untuk melihat wajah nenek itu dengan jelas. Ditangannya pula memegang sebekas bakul dan tongkat. Pakaiannya lusuh sekali.
"Nenek macam mana boleh masuk ke sini ?" ada getaran pada suaranya. Dia memandang pintu biliknya , terkunci. Macam mana nenek tu boleh masuk ? Pelbagai soalan bermain di mindanya.
Dia mengalihkan kembali anak matanya ke arah nenek tua itu berada sebentar tadi. Tapi ,
Kosong .
Dia menampar pipinya berkali-kali. Sakit. Ini bermakna dia bukan bermimpi. Dia yakin nenek tua tadi memang benar-benar ada disebelahnya.
"Aku yakin aku nampak tadi.."dia bangun dari baringan lalu mengatur langkah ke almari yang terbuka luas. Dia menutup almari itu , tiba-tiba
Prakkk...!
Terbuka semula.
Dia menutup kembali dan terbuka semula. Haris yang mula protes membiarkan sahaja pintu almari itu terbuka.
"Kenapa tak tutup cu..?"suara seorang nenek. Langkah Haris terhenti serta-merta. Dia perlahan-lahan memandang ke belakangnya.Dia menutup matanya , ketakutan.
Dia perlahan-lahan membuka mata ,
"Heheheh"nenek itu menyeringai memandangnya . Senyuman meleret terbit dibibirnya. Nenek itu terbang mendekatinya.
Haris terkejut dan ketakutan . Nenek itu bukanlah manusia , namun makhluk halus.
"Allahuakbar ! Aku berlindung dengan namaMu Ya Allah.." disaat gentir itu dia hanya mampu berlindung pada dia Yang Maha Esa.
Nenek kebayan itu mendekatinya lalu melanggar Haris. Dia tersungkur jatuh ke lantai.Haris menutup mata , mulut dan hatinya tak henti-henti membaca ayat Al-Quran.
"Heheheh cu..Kau lemah cu.."Haris hanya mengabaikan nenek itu. Apa yang penting bagi dirinya sekarang ialah , berserah dan berlindung atas nama Allah.
"Kurang ajar kau cu !"nenek tua itu sudah mula naik angin apabila Haris menguatkan bacaan ayatul kursi.
"Arghhh ! Dasar tak guna manusia ! Arghh !" nenek tua tadi menghilang dari pandangan Haris.Ucapan syukur diucapnya.
Dia meraup wajah kasarnya.💕💕💕💕💕
Drama Legend of the blue sea menjadi pilihannya untuk ditonton pada malam itu.
Aireen terkekek ketawa dengan watak comel Jun Ji Hyun. Puan Mariani tersenyum senang melihat anaknya gembira. Dia bersyukur kerana adik iparnya sudi membantu mereka . Kini mereka lebih selamat dari gangguan makhluk halus."Ibu suka tengok adik happy macam ni.." dia mengusap elus rambut anaknya.
Aireen membalas dengan senyuman manja.
Dengan tiba-tiba ,Lampu terpadam.
Aireen terkejut namun dia memberanikan diri mendekati ibunya.
"Ibu kenapa ni ? Takde elektrik ke ?"soal Aireen sambil memeluk lengan ibunya erat.
"Entah , ibu baru bayar bil elektrik..Sekejap ibu pergi tengok.."Puan Mariani meninggalkan anak gadisnya disitu.
Puan Mariani menekan tombol di meter elektrik.
Pap ! Lampu menyala
Dengan tiba-tiba Aireen tertancap satu figura di atas sofa ,
Pap ! Lampu terpadam
Sekali lagi lampu terbuka dan figura yang dia lihat tadi
____________Hilang .
Aireen menghiraukannya , mungkin bayangan dia sendiri. Maybe laa kan ? kan ?
Dia mengambil tempat semula untuk duduk di atas sofa.Matanya meliar-liar mencari remote TV namun hampeh tiada.
"Mana pula remote ni ?"monolognya sendirian seraya tangannya ligat mencari remote controller.
Tiba-tiba , Aireen terpijak sekeping kertas. Tanpa membuang masa , dia mengambil kertas tadi dan terbaca ,
'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati ! 1 April 2018 , kau masih ingat saat ni ?'dihadapan mata Aireen sendiri , ada sebilah pisau yang berlumuran darah di atas meja , dia takut dan mengambil kertas yang terselit di hujung pisau itu.
'Inilah pisau yang hampir membunuh diri kau ! Hehehe ! Sayang kan perempuan ni ? Hati-hati , takut nanti dia yang mati !' Aireen terketar ketakutan. Air matanya bercucuran jatuh.
"Adik kenapa ni ?"soal Puan Mariani risau. Aireen menunjukkan segala surat dan gambar yang dia jumpa sebentar tadi. Puan Mariani membaca setiap ayat ugutan yang tertulis disitu. Siapa kau ! Kenapa kau tak habis-habis nak ganggu anak aku ! Getus Puan Mariani didalam hati. Dia memeluk Aireen erat. Dia berjanji dia sendiri yang akan membantu anaknya menyelesaikan masalah ini.
Hehehe , semakin misteri 👻 Dont forget to vote and share ! ♡
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...