Matanya terpinar-pinar oleh sinaran matahari.Dia membuka matanya lalu mengerling jam di dinding. Pukul 6.50 pagi.
"Aduh, aku dah terlambat nak ke sekolah !" Hani bergegas bangun dari baringan lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Selesai memakai seragam sekolah , dia turun ke dapur untuk bersarapan.Matanya meliar-liar mencari opahnya.
"Opah ! Opah kat mana ?! Hani ada siapkan sarapan untuk opah ! Opahh !"sahutnya dari dapur namun hampa, tiada sahutan.
"Mana pula opah ni ? Takkan tak bangun lagi kot.."Hani mengorak langkah ke bilik opahnya. Pintu bilik opahnya dikuak sedikit.
"Ya Allah opah !"Hani mendekati opahnya yang terlantar di atas lantai.
"Opah bangun opah ! Opah kenapa ni ?" air matanya bercucuran jatuh. Hani mengambil telefon bimbit di atas meja desk opahnya. Hani mendail satu nombor.
"Hello Fiona , aku nak minta tolong ! Kau datang rumah aku sekarang , opah aku pengsan.."jelas Hani dicorong telefon.
"Okey kau sabar jap beb , nanti aku datang" panggilan terputus.
💕💕💕💕💕
Pembelajaran Pendidikan Islam sedikit tidak menarik minatnya.Fikirannya jauh melayang memikirkan peristiwa semalam.
"Baiklah murid-murid , jangan lupa siapkan kerja khusus..Dan jangan lupa solat..Terima kasih kelas.."ujar Ustazah Aini lemah lembut.
Kringg !
Seperti biasa , berbunyi sahaja loceng rehat pasti bangunan di tingkat atas akan bising dan heboh bagai nak pecah bangunan. Well , tingkat atas tingkatan 1 dan 2. Memang poning laaa kepala den.
"Korang jom rehat.."ajak Syasya sambil memandang wajah rakannya satu persatu.
Haris melepaskan keluhan berat.
Alif , Rafi dan Aireen pula hanya termenung jauh.Entah apa yang ditenungkan pun dia tak tahu.
"Korang...Kenapa ni ? Aku ada buat salah ke ?"soal Syasya bimbang jika dia mengguris hati sahabatnya tanpa dia sedar.
"Takdelah..Kau takde buat salah apapun.. Aku cuma takde mood..Semalam..Aku kena kacau lagi.."suara Aireen setelah sekian lama berdiam diri. Syasya mengangguk faham.
"Aku pun kena kacau teruk semalam.."suara Haris pula.
"Kitaorang pun.."sampuk Alif dan Rafi pula.
"Ya Allah..Sampai bila lah benda ni akan habis..Aku pun penat..Tiap-tiap hari dapat mesej pelik-pelik , mesej ugutan..Aku tak tahan.."ujar Syasya sayu. Suasana disitu hening buat seketika. Tiba-tiba ,
KRACK !
Pintu hadapan tertutup.Angin sejuk mula mendiami seisi kelas itu.
DUM !
Bunyi guruh sedikit sebanyak membuatkan mereka ketakutan.
"Heheheh.."satu suara menyapa telinga mereka. Mata mereka meliar-liar mencari arah bunyi itu.
"Nenek nenek si bongkok tiga , siang mengantuk malam berjaga , mencari cucu dimana ada..Nenek..kahwin..dengan..anak.." dia terhenti disitu.
"Allahulailahaillahuwalhayyulqayyum..." lunak suara Alif membaca ayatul kursi.
Tiba-tiba ,
"Hahahah !"Syasya menyeringai memandang mereka. Ya , dia kerasukan hantu.
"Arghhh !"jerit Aireen apabila Syasya mencekik tengkuknya sekuat hati.
"Ya Allah Syasya ! Kau gila ke nak bunuh kawan kau sendiri !"tengking Haris seraya menarik tangan Syasya.
"Rafi tolonglah ! Takkan kau nak Aireen mati dulu baru kau nak tolong !"jerkah Haris protes.
Alif pula tak henti-henti membaca ayat ruqyah dan ayat pelindung diri dari makhluk halus. Semua itu dia pelajari dari ayahnya.
"Syasya sedar Syasya..Jangan terhasut dengan makhluk terkutuk..Aku kawan kau Syasya..Allahuakbar.."suara Aireen sekadar yang mampu.
"Aku benci kau !"jerkah Syasya.
"Apa yang aku dah buat pada kau ?"soalnya serak-serak.
"Kau rampas segala-galanya dari aku ! Kau rampas jawatan penolong ketua pengawas ! Kau rampas Zafrel dari aku ! Kau memang perampas ! Aku benci kau !"tengking Syasya sekuat hati.
Haris dan Rafi terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut gadis itu.
"Jangan percaya cakap dia Reen..Itu bukan Syasya..Makhluk tu cuma nak pisahkan kau dan Syasya..Rafi tolong panggilkan ustaz Adam..Haris dan Aireen tolong berzikir sebaik yang boleh.."pesan Alif , hatinya tak henti-henti mengatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Rafi tergopoh-gapah berlari ke bilik guru lelaki. Dia tercungap-cungap mencari nafas.
"Ustaz ! Syasya ! Syasya kena rasuk !" jelasnya tercungap-cungap.
"Ya Allah..Jom !"Rafi dan Ustaz Adam bergegas menuju ke kelas 5 Brave 1. Suasana diluar kelas itu sangat bising dan heboh dengan tujahan dan jeritan dari pelajar-pelajar lain.
Saat ustaz Adam ingin masuk tiba-tiba ,
Pakk !
Pintu kelas belakang dan depan kedua-duanya terkunci.
"Ustaz macam mana ni ?"soal Rafi yang mula risau.
"Jangan risau , saya akan selesaikan..Minta semua yang berada disini berundur ke belakang beberapa langkah.."tutur ustaz Adam memberi arahan berjaga-jaga.
Mulut ustaz Adam terkumat-kamit membaca ayat ruqyah dan ayat Al-Quran.
"Hahahahaha ! Kau baca salah !" sinis Syasya , senyuman meleret diukirnya. Dia melepaskan tangannya dari mencekik Aireen lalu merangkak menuju ke arah Alif.
"Woii budak ! Kau lemah ! Hahahahah !" dia memandang pula ke arah Aireen yang longlai pengsan ditangan Haris.
Dia merangkak ke arah ustaz Adam berada.
"Woii diamlah ! Bising !"suara Syasya yang lembut mula bertukar menjadi suara seorang nenek tua.
"Kenapa kau ganggu gadis itu ! Dia tak bersalah !"jerkah ustaz Adam. Dia memegang tombol pintu untuk dibuka , dengan izin Allah pintu itu terbuka.
"Tak guna !"Syasya bangun lalu berbongkok berjalan ke arah ustaz Adam.
Ustaz Adam menyentuh ubun-ubun Syasya berlapikkan sarung tangan ,
"Bismillahirrahmanirrahim..Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ! Pulanglah kau ke tempat asalmu dan jangan kau ganggu lagi gadis ini atau sesiapapun melainkan dengan izin Allah !" Syasya tersungkur jatuh ke atas lantai."Alhamdulillah."tutur ustaz Adam bersyukur.
Hmmm , persoalan masih belum terjawab 🤔 Siapa dalang semua ni ? 🤫👻 Don't forget to vote and share ! ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...