Hujan renyai automatis membuatkan seisi kelas 5 Brave 1 bising.
"Diam !" tengking Sir Sunan sebaik sahaja sampai di kelas 5 Brave 1. Seisi kelas itu hening buat seketika.
"Saya ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dengan kamu semua ! Memandangkan kelas kamu adalah kelas pertama dari enam kelas , saya ingin kamu semua cadangkan tempat yang kamu ingin pergi untuk kem 9A ! Pihak sekolah cuma inginkan calon-calon SPM bercuti sambil belajar !" jelasnya panjang lebar.
"Alif , selaku ketua pengawas dan pelajar target , ada tempat yang awak ingin pergi ?" sambungnya lagi. Semua mata tertumpu padanya.
"Pulau ?" cadangnya gugup
"Good idea ! Ada bantahan ?" Sir Sunan memandang kesemua pelajar, tiada bantahan.
"Okey , Aireen pulau apa yang kamu teringin nak pergi ?" sambungnya lagi
"Pulau Redang" terpacul nama itu dibibirnya.
"Hmm , good idea but that was too far.." gumamnya sambil membelai misai nya.
"Alaaa please sir.." suara Syasya dengan wajah manja
"Please.." pujuk mereka semua
"Yerlah-yerlah , but it just for 2 days.." akhirnya dia terpaksa mengalah. Dia sanggup asalkan pelajarnya selesa dan tenang saat kem itu berlangsung.
💕💕💕💕💕
Berus giginya diletakkan pada hujung beg. Dia tersenyum senang apabila semua barangan keperluannya sudah lengkap didalam beg galasnya.
Pin !
Bunyi hon kereta.
"Aireen ! Cepatlah !"jerit Syasya dari luar.
Aireen bergegas memakai tudung lalu mengangkat beg galasnya. Dia bersalaman dengan ibunya lalu mengatur langkah kedalam kereta ayah Syasya.
Sampai sahaja di sekolah , mereka bergegas mengangkat beg masing-masing untuk diletakkan kedalam bas. Syasya mengambil tempat untuk duduk di tepi tingkap manakala Aireen disebelahnya. Hani pula duduk disebelah Isya. Alif dan Rafi pula duduk bersebelahan dibelakang seat Aireen dan Syasya.Haris duduk bersebelahan tingkap dan Syafiq disebelahnya.
"Baiklah semua pelajar sudah ada ?" soal Sir Sunan selaku penyelaras utama kem 9A
"Yes sir"sahut Syafiq selaku ketua kelas
Mereka memulakan perjalanan dengan bacaan doa. Perjalanan mereka mengambil masa 3 jam untuk ke Pulau Redang.
Syasya mengeluarkan telefon bimbitnya untuk berswafoto bersama Aireen. Alif dan Rafi menggeleng kepala melihat karenah Syasya dan Aireen. Zafrel yang berada tidak jauh dari situ hanya tersenyum manis melihat Aireen.
"Ehem" gumam Izzul yang menggeleng kepala melihat Zafrel tersengih-sengih memandang Aireen . Dah macam kera sumbang.
Zafrel hanya membalas dengan jelingan.
"Kalau dah suka tu , confess je lah..Nanti terlepas.." sinis Izzul lalu menepis bahu Zafrel
Zafrel hanya membalas dengan senyuman sinis.
💕💕💕💕💕
Setelah berjam-jam berada didalam bas , akhirnya mereka telah sampai ke destinasi yang dituju.
Mereka turun dari bas lalu berkumpul pada suatu tempat. "Attention to all students ! After this korang boleh masuk dalam bilik masing-masing.. Cikgu akan sebut nama kumpulan masing-masing.. Satu group dua bilik , lelaki dan perempuan ! Faham ! Group pertama , Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen..Group kedua..."
"Pukul 2.00 kita akan mulakan kem ! So to all students , please dont waste my time ! Tepati masa ! Kalau ada yang ponteng , saya tak teragak-agak untuk call parents awak datang sini ambil awak bawa balik ! Faham ! Tempat dan masa semuanya dah ada dalam jadual.."sambungnya lagi memberi arahan
Aireen , Hani dan Syasya menuju ke bilik yang bernombor 18.
"Oh my god ! Cantiknyaaaaaa !!!" jerit Syasya sebaik sahaja sampai di bilik mereka
Hani tersenyum puas melihat bilik yang luas dan unik.Tak rugi aku bayar mahal-mahal , hasilnya sangat memuaskan hati.
Aireen meletakkan begnya disebelah almari. Dia mengambil tempat untuk berehat di atas katil. Hani melabuhkan punggung di sebelah Aireen.
"Reen kau okey tak ?"soal Hani setelah melihat rakannya menyentuh kepalanya.
"Aku okey je , just penat sikit.." senyuman palsu diukirnya
"Sorry reen , aku dah lama tak lawat kau.." dia memegang erat tangan Aireen
"Its okay lah..Aku tahu kau sibuk.." Aireen memeluk erat rakannya itu
Syasya hanya tersenyum manis melihat momen sweet Aireen dan Hani.
"Korang..."panggilnya meleret
Hani dan Aireen memandang Syasya aneh. Mereka mengangkat kening sebagai balasan.
"Jom selfie.." ajaknya manja.
"Jom !!"
Don't forget to vote and share ! ♡
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...