28

45 10 2
                                    

Sebuah kereta Myvi tiba di perkarangan rumah Haji Sulaiman.

"Assalamualaikum !"laungnya garau.

"Waalaikummussalam..Baba atok datang !" jeritnya seraya bersalaman dengan datuknya.

"Alya sihat ?"soalnya berbasa-basi.Sudah lama dia tidak melihat wajah cucunya seorang ini.

"Alhamdulillah sihat.."segaris senyuman dilemparnya. Manis .

"Atok jomlah masuk !"dia menarik tangan atoknya , lalu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ayah dah sampai.."suara Haji Sulaiman seraya bersalaman. Dia melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan ayahnya.

"Tujuan angah panggil ayah datang ke sini.. Untuk tolong ubatkan Alif..Angah syak dia terkena buatan orang..Sejak dua menjak ni , kami selalu kena ganggu..Angah pula sentiasa dapat mimpi ular.."jujurnya menceritakan.

"InsyaAllah ayah tolong..Mana Alif ?" matanya meliar-liar mencari Alif.

"Ada dekat atas..Alya pergi panggilkan along.."sebaik sahaja Alif turun , lampu rumah mereka berkedip-kedip , sekejap hidup , sekejap mati.

Alya dan ibunya berlindung di belakang Haji Sulaiman manakala atoknya berdiri berhadapan Alif.

"Kenapa kau ganggu budak ini ?" dia tahu sekarang makhluk itu berada didalam badan cucunya.

"Hahahaha ! Sesiapa sahaja yang menganggu keturunan aku ! Dia akan ditimpa bala !"jeritnya garau. Ngilaian menguasai dirinya.

"Apa yang budak ni dah buat pada keturunan engkau ?" semua memandangnya menginginkan jawapan.

"Dia buat keturunan aku sedih.."dengan tiba-tiba suara garau tadi bertukar kepada suara seorang nenek tua.

"Kau saka keturunan ke ?" Alif mengangguk sebagai jawapan.

"Sudahlah jangan kau ganggu keluarga ini lagi..Pergilah kau ke tempat asal usulmu.."

"Aku tak kacau mereka..Aku cuma ganggu budak ini..Yang menganggu rumah ini bukan aku !"tempelaknya

"Jikalau bukan engkau ? Siapa ?" dengan tiba-tiba , makhluk lain pula merasuki badan Alif.

"Hahahahah ! Aku sihir ! Hahahah !" ngilaian menguasainya.

"Siapa tuan kau ? Kenapa kau ganggu budak yang tidak berdosa ini ?!" tengkingnya. Makhluk sebegitu tak boleh berlembut.

"Aku takkan beritahu !"tegasnya degil. Haji Ismail membaca ayatul kursi sekuatnya.

"Arghh ! Baiklah..Aku mengaku.. Arghh ! Diam ! Tuan aku..Ha..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya , Alif tersungkur pengsan di atas lantai.

"Ya Allah.."Haji Ismail segera membacakan ayat suci Al-Quran pada ubun-ubun Alif.

"Alhamdulillah..Kedua-duanya dah lari.. Nanti ayah pagar semula rumah ni.. Ada yang terbuka sedikit.."ucapnya lalu meminta untuk pamit pulang.

💕💕💕💕💕

Hani membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat Syasya , Aireen dan Cik Ani di sebelahnya.

"Alhamdulillah..Kau dah sedar.."ucap Aireen bersyukur.

"Kenapa dengan aku ?"soalnya lupa. Seingatnya dia hanya pengsan setelah saka opahnya menganggunya.

"Cik Ani..Saya minta maaf..Saya takde niat nak lukakan cik Ani macamtu.."pintanya memohon maaf. Air mata satu persatu mula menitik.

"Takde apa..Cik Ani tak ambil hati pun.." segaris senyuman diukirnya.

"Aireen dah dekat seminggu aku duduk rumah kau..Malamni , kalau boleh aku nak balik..Banyak benda yang aku perlu selesaikan.." dia banyak berhutang budi dengan keluarga itu , namun dia masih lagi mempunyai tanggungjawab sendiri , hutang ayahnya masih belum langsai , bil api , bil air..Banyak yang perlu dia selesaikan.

Dont forget to vote and share ! 💕

ANGKARA ! Where stories live. Discover now