Hujan renyai-renyai automatis membuatkan seisi rumah itu sepi. Harris yang baru sahaja sampai ke rumah disapa oleh ibunya.
"Harris pergi mana ? Malam-malam buta baru balik ?"dari pagi keluar , malam baru reti nak balik.
"Mama..Harris penat..Harris nak masuk bilik.."soalan ibunya tidak dibalas. Bukannya dia sengaja balik lewat. Ini semua gara-gara Hani.
"Mama tanya ni kenapa ?!"suara ibunya naik seoktaf. Dia mencerlung memandang anaknya
"Harris ada hal tadi ma..Dahlah Harris penat..Harris nak masuk tidur dulu.." tangan ibunya disalam lalu mengatur langkah ke biliknya.
Hatinya masih berang dengan Hani. Fikirannya terlayang mengingatkan kejadian sebentar tadi.
flashback.
Selesai celebrate , Harris membuat keputusan untuk mengikuti Hani kemana sahaja dia pergi.Dia sudah lama ragu-ragu , apakah pekerjaan gadis itu.
Mereka tiba di sebuah kelab malam. Harris tertanya-tanya , apa yang Hani buat disitu. Setelah berminit-minit menunggu gadis itu , akhirnya Hani keluar dengan perwatakan yang baru.Daripada baju kurung , pakaiannya bertukar kepada pakaian ketat dan sendat.Harris terkejut melihat rakannya .Tak sangka , sanggup Hani buat kerja haram macam ni..
Dia perlu hentikan Hani ! Kakinya bergegas menuju ke arah gadis itu duduk. Suasana kelab malam yang gelap , menyukarkan matanya untuk melihat dengan lebih jelas. Matanya meliar-liar mencari figura Hani.
Anak matanya tertancap figura Hani yang sedang duduk bersebelahan seorang lelaki. Dia menarik tangan Hani untuk keluar dari situ.
"Ishhh apa ni , sakitlah !"degusnya. Tangannya digosok-gosok menghilangkan kesakitan.
"Kau buat apa kat sini ?!"habislah aku , macam mana boleh kantoi.
"Sepatutnya aku yang tanya kau..Kau buat apa kat sini ?!"nada suaranya naik seoktaf.
Dia mencerlung memandang Hani.Hani hanya diam membisu.
"Kau kerja kat sini kan ? Ya Allah Hani..Astaghfiruallahalazim..Sedarlah..Kau tahu tak ni tempat apa ? Ini kelab malam..Sedarlah Hani.."dia meraup kasar wajahnya.
"Ehh Harris kau tak duduk kat tempat aku.. Senanglah kau cakap..Kadang-kadang dalam dunia ni , tak semua benda yang kita nak buat..Kita boleh buat..Kau ingat aku nak ke kerja macamni ? Aku takde pilihan Harris.." keluhan kasar dilepaskan.Dia tahu pasti perkara ni akan terbongkar suatu hari nanti. Sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
"Okey mungkin aku tak rasa apa yang kau rasa..Tapi kenapa ? Kenapa kerja ni ? Masih banyak lagi kerja yang halal Hani.. Kenapa kau tetap pilih kerja macamni ?" dia cuba bercakap dengan baik , walhal hatinya mula berang dengan sikap Hani.
"Ehh Harris ! Kau ingat zaman sekarang ni nak dapat kerja senang ke ? Ehh kau tak tahu betapa susahnya aku cari kerja yang elok.. Kerja yang halal..Tapi tak ada seorang pun yang nak terima aku bekerja..Alasan ? Takde sijil Spm..Kau tak duduk dekat tempat aku Harris..Aku terpaksa.." jelasnya panjang lebar.Sudah lama dia pendam semua itu seorang diri.
"Kalau kau sayangkan mak ayah kau..Kau berhenti kerja dari sini..Stoplah buat dosa Hani..Aku akan tolong kau cari kerja yang lebih bagus..Yang halal.."pujuk Harris. Sebagai seorang kawan , dia perlu bimbing dan bantu rakannya dari terus tersesat ke jalan yang salah.
"Aku tak boleh.."air matanya mula jatuh satu persatu.
"Kenapa ? Beritahu aku kenapa ?" kenapa susah sangat kau nak tinggalkan kerja haram ni ?
"Dahlah Harris..Sebelum aku panggil guard , baik kau pergi balik..Pergi baliklah ! Ini hidup aku ! Biar aku yang tentukan !" jerkah Hani lalu masuk kedalam tandas.
Harris mengeluh kasar.Kenapa susah sangat kau nak keluar dari jalan hitam ni ? Dia meraup wajahnya kasar.
"Arghh !"tangannya ditumbuk pada dinding. Dadanya berombak menahan amarah.
Hani pula hanya mampu menangis teresak-esak didalam tandas. Hatinya sakit. Kenapa dia perlu tanggung semua ni ? Aku tak sanggup Ya Allah..
end flashback.
💕💕💕💕💕
Bubur lambuk disuap kedalam mulut ibunya.Dia bersyukur ibunya sudah semakin sihat.Berkat pertolongan keluarga Alif.
"Assalamualaikum"sapa Alif dimuka pintu.
"Waalaikummussalam , Alif masuklah.." ujarnya mesra.Alif melabuhkan punggung pada kerusi bersebelahan katil makcik Mariani.
"Makcik macam mana ? Dah semakin sihat ?"soal Alif berbasa-basi.Sudah lama dia tidak bertanyakan khabar.
"Alhamdulillah..Dah semakin sihat..Berkat pertolongan keluarga kamu..Terimakasih Alif.."tutur Puan Mariani berterimakasih.
"Alhamdulillah..Takde apalah makcik.. Lagipun , saya dah anggap makcik macam mak saya sendiri..Makcik susah saya tolong.. Saya susah makcik pula tolong.."segaris senyuman diukir.
Setelah Puan Mariani lena dibuai mimpi. Mereka membuat keputusan untuk keluar mengambil angin.
"Terimakasih Lif.."ucapnya ringkas namun ikhlas. Alif hanya membalas dengan senyuman.
"Nanti kalau aku dah dapat kerja aku bayar balik ehh.."sambungnya lagi. Sudah pasti dia berasa terhutang budi dengan keluarga Alif.
"Ehh tak payah..Aku ikhlas tolong kau..Aku taknak kau sedih.."jujurnya memberitahu. Niat sebenar dia ingin membantu Aireen adalah kerana tak sanggup melihat gadis itu terus bersedih.
Aireen terharu namun pada masa yang sama , bersyukur dikurniakan sahabat yang baik seperti Alif.
"Thanks Lif..Aku tak tahu macam mana nak balas segala jasa kau.."wajahnya ditundukkan kebawah.
"Sepatutnya aku yang berterima kasih dekat kau..Kau dah banyak tolong aku selamani.."balas Alif pula.Dia bersyukur dipertemukan dengan gadis seperti Aireen.
Saat mereka sedang rancak berbual , tiba-tiba
Klik !
Beberapa keping gambar ditangkap oleh seseorang berpakaian serba-serbi hitam.
Tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya.
Don't forget to vote and share ! ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...