Seisi kelas 5 Brave 1 bising dan heboh dengan kehadiran seorang ustazah baru .
"Bangun ! Assalamualaikum ustazah" lantang sahaja suara Syafiq , selaku ketua kelas.
"Waalaikummussalam..Duduk" balas Ustazah Aini mesra.
"Saya Ustazah Aini selaku guru kelas kamu dan guru pendidikan Islam.." jelasnya memperkenalkan diri.
Alahai cantiknya .
Sekali pandang macam Mira Filzah
Dua kali pandang macam Neelofa
Tiga kali pandang macam jodoh aku. Ehh tiber !"Cantiknya..Kalau macam ni tak fokus aku belajar.."omel Alif sendirian.
"Haishh tu lahh.." seloroh Rafi pula.
"Mengada lah kau" sinis Hani menyampuk.
"Diamlah kau !" degus Rafi.
Hani membalas dengan jelingan.Lelaki semua sama , pantang nampak lawa sikit.
"Baiklah kita akan mulakan sesi pembelajaran kita. Kelas buka buku teks muka surat 56" katanya mesra.
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
"Ehh kau okey tak reen ? Aku tengok kau ni lain macam jee.."tegur Hani risau.
"Entahlah Hani..Aku rasa macam tak sihat.." rungutnya lemah.
"Jomlah aku hantar kau pergi bilik kesihatan..Nanti makin teruk.."gumamnya risau.
"Takpelah..Sikit je ni..Nanti okey lah ni.." jelasnya menenangkan Hani
"Betul ni ?"
Aireen membalas dengan anggukan lalu segaris senyuman palsu diukirnya.
Hani hanya mampu mengalah.Bukannya dia tak kenal dengan sifat degil Aireen Natasya.
💕💕💕💕💕
Seisi kelas 5 Brave 1 bising sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu rehat.
"Reen jom rehat" ajak Hani pada Aireen yang sedang tidur
Dia membuka matanya yang terasa berat.
"Feel better ?"soal Hani risau.
Aireen mengangguk lemah.
Hani membantu Aireen untuk bangun lalu memimpinnya berjalan.
Mereka tiba di kantin lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Reen kau okey tak ?" soal Syasya risau
"Entahlah Sya.." balasnya lemah.Ada sedikit getaran dalam suaranya
"Kau masih kena ganggu ke ?"suara Alif pula
Aireen mengangguk. "Semalam aku kena kacau lagi teruk dari sebelum ni.." akhirnya terluah juga apa yang dipendamnya
"Kacau macam mana ?"soal Rafi ingin tahu
"Semalam.."
flashback.
Tudung bawal dikepalanya dibaiki buat sekian kali.
"Adik ! Cepat ! Nanti klinik tutup pula !" sahut Puan Mariani dari ruang tamu
"Okey ibu kejap !"
Dia mengambil telefon dan begnya lalu bergegas turun dari tangga.
"Ibu , Ibu kat mana ?"
Dia mencari ibunya di sekeliling rumah namun tiada.Mungkin sudah ada didalam kereta , getusnya didalam hati.
"Ibu..Ouh ibu.." panggilnya diluar rumah
Aireen mengalihkan anak matanya terhadap satu susuk tubuh di hadapannya.
"Laaa kat sini ibu rupanya.." dia menghela nafas lega
"Ibu kenapa ni ?"soalnya apabila melihat ibunya seperti baru lepas nampak hantu.
"Ibu okey tak ?" soalan dari Aireen menyedarkan Puan Mariani
"Okey"balas Puan Mariani lalu segaris senyuman diukirnya.
Setelah sampai di klinik ,
_____Sunyi.
"Ibu okey tak ni ? Dari dalam kereta lagi ibu diam ?" soalnya membuka mulut
"Tadi waktu ibu keluar rumah , ibu nampak satu susuk tubuh dekat depan pagar rumah kita.."akhirnya terluah juga apa yang dirahsiakannya
"Susuk tubuh ? Siapa ? Ibu kenal ke ?" bertubi-tubi soalan yang dilemparnya
"Tak , ibu tak nampak muka dia.." jelasnya
"Hah ?" bingung dia memikirkan
"Apa yang ibu nampak..Dia pakai topi hitam , spek mata hitam , mask hitam , dan hoodie hitam.." jelas ibunya lagi
Aireen tidak membalas malah hanya berdiam diri. Siapa yang tak habis-habis nak ganggu mereka sekeluarga ! Siapa dia ! Dan apa yang dia mahu !? Bertubi-tubi soalan bermain di fikirannya.
end flashback.
Kelima-lima rakannya hanya memasang telinga.
"Siapa yang tak habis-habis nak ganggu kau dengan Rafi ni ? Aduhh pening lah aku.." bebel Syasya
"Reen rumah kau ada cctv tak ?"suara Alif
Aireen membalas dengan gelengan.
"Rumah jiran kau ? Cik Epul takkan takde ?" soal Alif lagi
"Mungkin ade kot.."balasnya ragu-ragu
"So , kau cakap kau jumpa doktor..Kau sakit ke ?"suara Hani pula risau
"Haah kau sakit ke ?" soal Haris ingin tahu
"Doktor cakap maybe aku penat..But kau jangan risau lah..InsyaAllah okey lah tu nanti.." jelasnya
Mereka menghela nafas lega. "aku doakan semoga kau cepat sembuh" ucap Rafi mendoakan rakannya.
"Aamin.."
Hehehe , dont forget to vote and share with your friends 👉👈 Thankyou ! 💘
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...