Surat pengunduran diri diserahkan kepada bosnya. Dia sudah fikir masak-masak. Dia tidak mahu bekerja disini lagi. Dia tak mahu terus berada di jalan gelap ini. Dia mahu berubah.Benar kata Harris , dia perlu mengubah nasib hidupnya sendiri.
"Huh ! Surat pengunduran diri ? Hahaha !" Fakhrul hanya ketawa terbahak-bahak.
"Kau fikir senang ke nak keluar dari jalan ni ? Hah ? Kau masih banyak berhutang dengan aku ! Kau ingat..Siapa yang buat kau masuk jalan ni ? Ayah kau kan ? Kau yang pilih untuk kerja disini !" dia mencerlung memandang gadis dihadapannya.
"Yang lain aku akan bayar sendiri guna duit aku.."balas Hani terketar-ketar.
"Huh ? Kau tak payah merepeklah ! Kau takkan mampu !"dia tergelak sakan.
"Aku janji aku akan bayar ! Tolonglah.. Aku nak pergi dari sini..Aku merayu Fakhrul.." pinta Hani tersedu-sedan.
"Okey..Kau nak pergi sangat kan ? Pergilah.."senyuman meleret diukirnya.
Saat Hani ingin keluar dari bilik itu , "Kau nak tahu kenapa nenek kau mati ?" langkahnya terhenti disitu.
"Kau agak-agak kenapa ehh ?" suara Fakhrul berbaur sindiran. Hani memusingkan badannya memandang Fakhrul.
"Kau buat apa dengan nenek aku ?" dadanya mula berombak menahan marah.
"Aku tak buat apa pun dekat nenek kau.. Dah nenek kau tanya.. Aku siapa ? Cucu dia kerja apa..Aku terus terang jelah..Yang kau tu kerja dengan aku sebagai GRO..Apa salah aku ke ?"senyuman sinis dilemparnya.
Luluh hatinya saat mendengar pernyataan yang keluar dari mulut bosnya. Tiada dia sangka neneknya mati oleh kerana kesilapan dia sendiri.Dia menyesal. Hani tersungkur jatuh ke lantai. Air matanya mula menitik satu-persatu.
"Tak guna kau menangis dekat sini..Nenek kau pun dah takde..Tak payah laa nak menyesal sangat..Aku tak paksa kau untuk kerja dekat sini..Kau yang pilih Hani.." dia memandang gadis dihadapannya dengan pandangan benci.
💕💕💕💕💕
Bihun sup tidak lalu dijamahnya.Fathia dan Puan Indah memandang aneh lelaki itu.
"Harris kenapa tak makan ? Tak sedap ke ?" soalan dari Puan Indah menyedarkannya dari lamunan.
"Mama..Siapa angah ?"Harris memandang ibunya inginkan jawapan.Sudah berhari- hari dia memikirkan perkara ini.
Keluhan berat dilepaskan.
"Mama..Tolonglah..Beritahu Harris perkara sebenar..Sampai bila lagi mama nak berahsia dengan Harris.."kali ini nada suaranya naik seoktaf.
Puan Indah menundukkan wajahnya kebawah.
"Sebenarnya..Mama tak kenal siapa angah.." Harris tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.
"Mama pernah jumpa angah sekali sahaja.. Itupun saat dia masih bayi..Saat tu , mama sedih..Mama sakit hati..Mama tak sangka papa sanggup duakan mama..Tapi apa yang mama tahu , bayi tu perempuan.." jelas ibunya gugup. Tiada guna lagi dia menyimpan rahsia ini.Suami dan madunya sudah lama meninggal dunia.Anaknya pula sudah besar panjang dan mereka berhak untuk tahu.
"Apa nama dia ?"soal Harris sekilas pandang.
"Tak silap mama Safiyya..Itu sahaja yang mama tahu Harris..Tapi apa yang pasti.. Emak dan nenek dia sudah meninggal.." jelas Puan Indah.Harris mengangguk faham.Walau apapun cara , dia perlu berjumpa dengan adik tirinya. Dia juga ingin membetulkan semula hubungan antara mereka sekeluarga.
💕💕💕💕💕
Kakinya mengorak langkah ke Dewan Gemilang.Harris mengambil tempat untuk duduk di sebelah Rafi dan Alif. Hani dan Syasya pula duduk bersebelahan Aireen.
"Ya Allah aku tak sabarnya nak tengok result SPM aku.."tutur Rafi teruja.
"Semoga kita semua lulus.."mereka mengaminkan doa dari Aireen itu.
"Tak kisahlah berapa pun result korang.. Kita jangan lupa satu sama lain okey ?" suara Syasya pula.Haih , nanti pasti masing-masing dah buat haluan sendiri. 5 tahun mereka bersama.Susah senang semuanya bersama.Dia takkan melupakan setiap kenangan mereka bersama.
"Aku takkan lupakan korang.."ujar Harris pula.Akan dia semat segala kenangan baik dan buruk mereka bersama.
"Aku harap persahabatan yang kita jalin ni adalah persahabatan yang ikhlas.."tutur Aireen pula.Dia bersyukur dikurniakan rakan yang baik seperti mereka semua. Mereka hanya membalas dengan senyuman.
"Perhatian buat semua pelajar ! Pertama sekali , cikgu nak ucapkan tahniah kerana berjaya menduduki SPM ! Result kamu yang inilah menentukan masa depan kamu ! Cikgu tahu , setiap pelajar pasti inginkan yang terbaik untuk masa depannya.. Cikgu doakan semoga kamu lebih berjaya diluar sana..Hadapi setiap dugaan dengan tenang.. Gunakanlah segala ilmu yang telah cikgu-cikgu kamu berikan selama 5 tahun.." lantang Cikgu Samsudin selaku pengetua bersuara.
"Baiklah setiap pelajar boleh pergi ke ruangan kelas kamu masing-masing.." semua pelajar mula bising dan heboh menuju ke ruangan kelas masing-masing.
Mereka beratur untuk mengambil result masing-masing. Hati mereka saat itu jangan dikatakan berdebar , nak pecah pun ada. Ambil result SPM lebih berdebar dari menduduki SPM.
Setelah selesai mengambil result masing-masing. Mereka bertemu di port biasa mereka melepak iaitu sebuah pondok di sebelah kantin.
"Bismillahirrahmanirrahim.."dengan lafaz bismillah mereka membuka balutan kertas.
"Alhamdulillah.."ucapan syukur tak henti-henti diucapnya.
"Alif kau dapat berapa ?"soal Harris. Alif itu pelajar target sekolah.Pasti dia dapat result yang bagus.
"11 A.."tuturnya senang. Semua tumpang gembira dengan result Alif.
"Aireen kau ?"suara Syasya pula.Semua memandang Aireen inginkan jawapan.
"10 A 1 B..."setitik air mata jatuh dari matanya. Tak sangka dia bakal mendapat keputusan yang begitu bagus.
"Waaa congrats Reen..Aku bangga dengan kau..."Syasya memeluk erat rakannya.
"Hani ? Rafi ? Harris ? Sya ? Korang dapat berapa ?"Alif mula bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
"Aku dapat 9A 2b"tutur Hani senang. Walaupun tak mencapai target , namun dia tetap bersyukur.
"Aku dapat 9A 1b 1c"Harris dan Rafi bersuara serentak. Mereka ketawa melihat karenah dua sahabat itu.
"Syasya kau ?"Hani memandangnya inginkan jawapan.
"Aku dapat...10A 1c !"mereka semua tumpang gembira atas result masing-masing.
"Tahniah Sya !"Hani memeluknya erat. Mereka bersyukur kerana dapat result yang begitu cemerlang.
Hihi , maaflah chapter ni bosan sikit.. Sis kekeringan idea actually😭Maafkan sis.. But don't worry..Sis akan tetap berjuang hingga ke penamat cerita ni ✨❤️ Don't forget to vote and share utk next chapter ! We have a few chapter more 😆
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...