14

52 13 2
                                    

Cuaca mendung pada petang itu automatis membuatkan seisi bilik itu bising.

"Attention to all students !" laung Cikgu Sunan kuat.

"Ketua kelas periksa kelas kamu dah cukup ke belum !" Syafiq membilang bilangan pelajar kelas 5 Brave 1.

"Syasya dengan Aireen mana ?" soalnya apabila bilangan pelajar perempuan tidak mencukupi

"Entah" balas Alif dan Rafi mendatar

"Ishhh , buat hal betullah.." bentak Syafiq

"Nanti diaorang datang lah tu.."suara Haris menenangkan

"Sir , dua orang lagi takde.."suara Syafiq gugup.Bimbang jika dia akan dimarahi.

"Siapa ?"matanya meliar-liar memandang pelajar 5 Brave 1.

"Syasya dan Aireen" ada sedikit getaran pada suaranya. Siapa sahaja tak takut pada cikgu Sunan , ketegasan dia membuatkan semua pelajar takut padanya.

"Mana dia pergi ? Isya pergi tengok kenapa dia tak datang lagi ? Suruh diaorang datang cepat !"arahnya tegas. Tampak wajah garangnya , tiada sedikit senyuman pun tercalit di bibirnya.

"Syasya ! Aireen !"sahut Isya dari luar pintu

Tok Tok Tok

Ketukan dipintu bertubi-tubi , namun tiada sahutan. Dia memandang pada tingkap luar. Dia melihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil , Aireen. Dia mencari pula kelibat Syasya , namun kosong tiada sesiapa.

Tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahunya
___________

Dia memusingkan kepala ke arah belakang. Dia menghela nafas lega.

"Sya kau buat apa lagi kat sini ? Cikgu Sunan tunggu kau tu , better kau pergi cepat , karang mengamuk habis kau" dia memandang Syasya yang kaku tidak bergerak

"Aireen biar aku kejutkan..Kau pergi dulu.." pesannya seraya melangkah masuk kedalam bilik itu.

Isya memandang Aireen yang sedang terbaring di atas katil.

"Ya Allah Aireen !"dia terkejut melihat tubuh Aireen dipenuhi dengan darah.

Isya bergegas menuju semula ke tempat mereka berkumpul . Dia tercungap-cungap mencari nafas . Semua memandangnya pelik.

"Aireen mana ?"soal Cikgu Sunan tegang

"Aireen.."dia cuba menenangkan dirinya daripada panik

"Tadi saya datang ke bilik Aireen..Saya nampak dia terbaring atas katil , then bila saya nak kejutkan dia..Badan dia penuh dengan darah.."ceritanya menjelaskan semua

Cikgu Sunan terkejut lalu menyuruh guru yang lain memulakan dulu kem 9A.

Pelajar 5 Brave 1 juga turut terkejut sama.
"Ya Allah..Selamatkan Aireen.."desis Alif perlahan

Cikgu Sunan bergegas menuju ke bilik Aireen. Dia melihat tangan dan muka pada gadis itu ada kesan luka.

"Sir..Macam mana ni ?" rintih Isya ketakutan

"Kamu pergi belajar dulu..Biar sir yang selesaikan.."arahnya pada Isya

Isya mengangguk tanpa membantah.

"Ustazah , tolong kejutkan dia.." katanya sambil memandang Ustazah Aini di sebelahnya.

"Aireen..Aireen.."tiada sahutan. Ustazah Aini dapat rasakan sesuatu benda pelik didalam bilik itu.

Ustaz Adam pula memandang sekeliling bilik itu. Dapat dia rasakan aura aneh di bilik itu.

"Ustaz tolong panggil bahagian rawatan ke sini.."arah Cikgu Sunan lagi. Ustaz Adam mengangguk tanpa membantah.

"Saya rasa budak ni mesti kena buli.." suara Cikgu Sunan mengutarakan pendapat

"Tak mungkin cikgu..Hani dan Syasya kawan baik dia.." dalih Ustazah Aini pula

"Bilik ni ada CCTV tak ?"matanya meliar-liar memandang sekeliling bilik itu. Namun hampa , tiada.

Ustaz Adam tiba bersama beberapa orang guru dan pekerja bahagian rawatan. Dia mengangkat Aireen lalu diletakkan pada katil kecemasan untuk dibawa ke bilik rawatan.

♡♡♡♡♡

Doktor Nadia menjelaskan bahawa ada kesan pergelutan dan tikaman pada badannya. Cikgu Sunan buntu memikirkan perkara yang menimpa pelajarnya itu. Dia membuat keputusan untuk memanggil Syasya dan Hani.

"Cikgu panggil kamu sebab nak tanya beberapa soalan , tolong jujur dengan saya ! Kalau saya tahu ada yang menipu , saya tak teragak-agak untuk laporkan kes ni pada pihak atasan !"tegasnya memberi amaran

"Hani ceritakan dekat saya apa yang sebenarnya berlaku ?"soal Cikgu Sunan serius.Tegang sahaja wajahnya saat itu.

"Pukul 1 tadi saya keluar bersiar-siar dekat tepi pulau..Lepas tu saya masuk balik bilik tengok Aireen sedang berbaring..Saya tanya dia kenapa , dia cakap dia pening rasa nak pitam..Saya nak temankan dia tapi dia cakap takpe..Then saya pergi ambilkan minyak angin dekat beg saya..Masatu Aireen meraung kuat sangat..Dia cakap badan dia rasa berat.."Cikgu Sunan memberi isyarat supaya dia berhenti disitu.

"Masatu Syasya ada dalam bilik awak tak ?" semua memandang Hani inginkan jawapan

"Ada tapi masatu Syasya tidur , dia sakit perut sebab period.."jelasnya tanpa berkias sediktpun.Cikgu Sunan memberi isyarat supaya dia menyambung cerita.

"Lepastu Aireen cakap tolong pasangkan ayat Al-Quran kuat-kuat..Saya tolong bacakan ayat Al-Quran dekat tepi telinga Aireen..That time Syasya macam tengah gelisah..Dia tengking saya kenapa baca Al-Quran kuat-kuat..Ganggu dia nak tidur.. Saya terus stop baca Al-Quran..Masuk je pukul dua saya terus ajak Syasya pergi ke tempat berkumpul tapi Syasya cakap dia sakit perut..So saya tinggalkan dia dengan Aireen..After that , saya tak tahu apa yang berlaku.."jujurnya panjang lebar.

Korang rasa siapa yang buat Aireen macamtu ? Hani ke Syasya ? 😌 Jangan lupa vote ! ♡

ANGKARA ! Where stories live. Discover now