Seisi kelas 5 Brave 1 bising dan heboh dengan berita Kem 9A yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah tak berapa lama lagi.
"Kau ada dengar cerita tak pasal kem tu ?" bisik Rafi pada rakan-rakannya
"Kem apa ?" Alif dan Haris memandang Rafi dengan penuh tanda tanya
"Alahh kem 9A tu la.." desis Rafi geram
"Bila ?"soal Hani dengan riak excited
"Start hari khamis nanti tak silap.." belum sempat Rafi menghabiskan ayatnya Ustazah Aini sudah menyampuk
"Baiklah kelas , duduk tempat masing- masing" lantang suaranya memberi arahan
Seisi kelas 5 Brave 1 menjadi senyap sunyi dan tekun memandang wajah manis ustazah itu.
"Saya tahu dah ramai yang tahu tentang Kem 9A yang pihak sekolah akan anjurkan nanti , bermula 28 Sep hingga 30 sep iaitu selama 3 hari 2 malam..Tempat masih belum pasti.." jelas Ustazah Aini selaku guru kelas mereka. "Bayaran tetap dikenakan sebanyak Rm20 seorang , cukup untuk membiayai makanan dan bas" sambungnya lagi
"Tolong maklumkan juga pada kawan-kawan kamu yang tak hadir harini.." pesannya pada pelajar 5 Brave 1
💕💕💕💕💕
Pondok di bawah sebatang pokok redup itu menjadi port kebiasaanya mereka melepak.
Angin sepoi-sepoi membuatkan keadaan hening seketika.
"Aku harap-harap nanti kita satu kumpulan.." kata Syasya sayu sambil memandang rakan-rakannya
"Takpe bab tu kau jangan risau..Aku ada.." lagak Alif
"Haah kan , ya tak ya juga ! Kau kan ketua pengawas ! So kau lah yang bahagi kumpulan kan ?" Syasya memandang wajah Alif penuh pengharapan
Alif membalas dengan aggukan.
"Yeayyy !" Rafi , Haris dan Alif hanya menggeleng melihat sifat kekanak-kanakan Syasya dan Hani
💕💕💕💕💕
Aireen tergelak riang melihat aksi comel Park Bo Young dan Park Hyung Sik dalam drama Strong Woman Do Bong Soon.
Puan Mariani menggeleng manja melihat karenah anak gadisnya itu. Senang hatinya melihat anak tunggalnya gembira begitu."Adik ibu nak pergi kedai runcit pak Mat sekejap..Adik duduk elok-elok kat rumah okey" pesan Puan Mariani lalu menyarung sandal dan menutup pintu.
Hmm...Hmmm..Hmmm..
Suara seorang wanita sedang menyanyi.
_______"Ibu?" Aireen memperlahankan volume televisyen. Dia bangun dari duduk lalu menuju ke arah bunyi.
Pintu bilik ibunya dikuak sedikit. Dia melihat seorang wanita memakai baju kebaya merah sedang menari.
Aireen mula takut dan tak keruan. Dia melangkah setapak kaki ke belakang.
Dua tapak.
Tiga tapak dan
___________Dia terlanggar seseorang
Aireen memusingkan kepalanya ke arah belakang dan dia terlihat wajah wanita yang menari tadi bertukar buruk.
Arghh !
Aireen berlari bersembunyi di dalam biliknya . Dia tercungap-cungap mencari nafas.
La,la,la,la,la,la..
Aireen mendengar tapak kaki seseorang menaiki tangga.
Satu , dua , tiga , sudah sampai ... ngilaian dari makhluk itu semakin menambahkan ketakutan Aireen.
Tiba-tiba
Azan di televisyen berbunyi. Aireen memandang jam di dinding biliknya. Jam menunjukkan pukul 4.15 petang.
Aireen melepaskan keluhan lega. Ucapan syukur tak henti-henti diucapnya.
Aireen menarik tombol pintu berhati-hati.
"Bismillahirrahmanirrahim" ucapnya seraya pintu terbuka.Kosong .
Aireen memandang sekelilingnya , kosong. Dia turun ke bawah dengan berhati-hati.
Tok Tok Tok
Ketukan pintu mendebarkan Aireen , dia mengambil kayu besbol yang sentiasa tersedia di sebelah pintu. Aireen membuka pintu hadapan dengan berhati-hati.
"Assalamualaikum" ucapan salam mengurangkan debaran di dadanya.
"Waalaikummussalam , sekejap" Aireen mengambil tudung sarung yang tergantung di dinding lalu disarung dikepalanya.
Keluhan lega dilepaskan sebaik sahaja pintu terbuka. Aireen memeluk erat Syasya
"Kenapa ni reen ? Kau okey tak ?" soal Syasya risau apabila Aireen menangis teresak-esak didalam dakapannya
Aireen tidak membalas dan hanya tangisan menguasai dirinya.
Alif memandang Aireen sayu. Kasihan kau Aireen , aku janji aku akan cari siapa angkara semua ni ! getusnya didalam hati
Puan Mariani yang baru sahaja pulang dari kedai runcit bergegas menuju ke arah anaknya .
"Ya Allah kenapa ni ?" Puan Mariani memandang Alif dan Syasya menginginkan jawapan.
Alif dan Syasya menjungkit bahu sebagai jawapan.
"Bawa Aireen masuk.." kata Puan Mariani seperti tahu sahaja apa yang sedang berlaku pada anaknya itu
Tanpa mereka sedar , ada satu mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Dia tersenyum sinis "Padan muka kau !" getusnya perlahan
Hmmm siann Aireen😭Siapalah jahat sangat buat Aireen macamtuu🤬 Dont forget to vote and share ! 💕
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...