Peperiksaan SPM semakin hampir. Hanya berbaki 2 minggu lagi. Debaran semakin terasa. Alif , Aireen , Rafi , Haris , Syasya dan Hani bertungkus lumus mengulang-kaji pelajaran. Mereka sudah berjanji untuk masuk ke universti Malaya sama-sama.
Pokok yang redup menjadi port mereka untuk belajar. Hari ini adalah hari minggu , namun mereka ingin menghabiskan hari minggu dengan mengulangkaji pelajaran.
"Lif..Yang ni macam mana ?"soal Aireen seraya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Yang ni kau kena tambah dengan x dulu.. Then alihkan y tu dekat depan..Then.." jelas Alif panjang lebar. Hani hanya memandang mereka dari jauh. Sudah lama dia memendam perasaan pada Alif. Namun , semuanya dirahsiakan. Dia juga tidak mengerti mengapa hadirnya perasaan cemburu setiap kali Alif dekat dengan Aireen. Firasat hatinya juga mengatakan bahawa Alif mempunyai perasaan terhadap Aireen.
"Fokus Hani ! Fokus !"dia menggeleng kepala menyedarkan diri dari lamunan.
"Korang..Tak lapar ke ?"suara Rafi setelah sekian lama berdiam diri.
"Kau ni..Sikit-sikit lapar..Tak boleh ke tahan sekejap perut tu..Nanti kita makanlah.." degus Syasya. Kepala digeleng buat sekian kali.
"Alahh kecoh aaa kau.."muka mengejek ditayangnya.Haih , sejak kes haritu , hubungan mereka tak berapa elok. Mesti ada sahaja yang ingin digaduhkan.
"Dahlah Haris..Jom teman aku beli pau dekat depan sana..Anyone nak tak ?" soalnya sambil memandang rakannya bersilih ganti.
"Aku nak !"suara Aireen seraya menyerahkan sekeping not kepada Rafi.
"Alif kau taknak ?"wajah Alif dipandangnya inginkan jawapan.
"Takpelah..Kau belikan je untuk diaorang.. Aku tak lapar lagi.." balasnya tanpa memandang kedua-dua rakannya itu. Sibuk mengulangkaji.
"Okey , Aireen sorang je ehh ?"mereka mengangguk sebagai balasan. Haris dan Rafi mengorak langkah ke gerai yang berada tidak jauh dari mereka.
"Lif soalan 11 tu macam mana ehh ?"soal Hani setelah sekian lama berdiam diri. Alif menerangkan jawapan kepada Hani dari A sehingga Z.
"Errr..Alif boleh aku tanya kau satu soalan ?"suara Syasya gugup. Ada sedikit getaran pada suaranya. Alif mengangkat wajah memandang Syasya.
"Kenapa 2 minggu lepas..Kau banyak tak datang sekolah ehh ? Bila aku tanya mak kau , adik kau..Diaorang cakap kau sakit.. Kau sakit apa ?"sudah lama dia ingin menanyakan soalan itu , akhirnya terluah juga.
"Errr.."Alif teragak-agak untuk menceritakan perkara sebenar.
"Takde apa..Time tu aku demam jee.." bohongnya.Segaris senyuman diukirnya.
"Yeke ? Alif..Kau tak payah tipu akulah.. Aku ni kenal kau dah bertahun-tahun..Kau tak boleh tipu aku..Ceritalah kenapa ?" suara Aireen pula. Dia kenal sangat dengan Alif. Mungkin dengan Syasya dia boleh berbohong. Tapi bukan dengan Aireen.
"Errr..Dahlah , jom kita study.."sengaja dia mengubah topik. Tak ingin membuka mulut tentang perkara yang berlaku pada keluarganya dua minggu yang lepas.
Aireen hanya mengangguk pasrah. Tak ingin menambah apa-apa lagi.Dia kenal dengan sifat Alif.Tak suka dipaksa.
"Food is here ! Nah !"Rafi menyerahkan plastik pau kepada Aireen.
"Thankyou fi !"ucapnya berterimakasih. Aireen berkongsi pau dengan Hani dan Syasya.
"Lif kau taknak ke..Haishh , sekurang- kurangnya jangan bagi perut tu kosong.. Nanti masuk angin..Kitaorang susah.." bebel Haris. Degil betul. Alif ini memang keras kepala sikit.
"Korang ni kan time study..Study.. Makan , makan.."getus Alif mula protes. Nasib baik kawan , sabar jelah..
"Betul lah Haris cakap tu..Kau jangan keras kepala sangat boleh tak ? Kitaorang ni risaukan kau..Taknak kau sakit.."bebel Aireen.Kepala digeleng. Entah ikut perangai siapalah degil sangat.
"Nantilah aku makan.."terpujuk dengan pujukan rakan-rakannya. Nak berdarah telinga dengar masing-masing membebel.
"Korang..Aku gi toilet jap ehh.."suara Hani. Mereka mengangguk sebagai balasan.
Sambil-sambil mereka berborak , tiba-tiba
Ting !
Satu notification masuk.
'Assalamualaikum Aireen..Ni cik Hasnah.. Mak kamu Aireen..Mak kamu pengsan , terkena serangan jantung..Sekarang makcik dah bawa pergi hospital.. Datang sekarang , dekat Hospital Kajang..Makcik takut , keadaan mak kamu makin teruk..'
Aireen tersentak sebaik sahaja membaca mesej itu. Semua memandangnya aneh.
"Kenapa ?"soal Syasya risau memandang wajah kalut Aireen.
"Aku kena balik sekarang.."cepat-cepat Aireen mengemas barang-barangnya. Beg digalas dibahu. Sebaik sahaja Aireen ingin pergi dari situ , Alif menahannya.
"Alif tepilah..Aku kena balik sekarang juga !" matanya sudah mula berkaca.
"Beritahu aku kenapa ? Kenapa dengan mak kau ?"makcik Mariani itu sudah seperti ibunya sendiri.Penting untuk dia tahu.
Aireen hanya diam membisu.Air mata mula menitik satu-persatu.
"Mak aku ada dekat hospital..Dia terkena serangan jantung.."kalini air matanya tak henti-henti mengalir.
"Ya Allah ! Biar aku hantar kau pergi hospital.."dengan cepat-cepat Alif mengemas dan menggalas begnya.
"Aku nak ikut !"suara Syasya lalu mengemas begnya lalu mengikut Aireen dan Alif.
💕💕💕💕💕
Aireen menghampiri Cik Hasnah. Mereka masih lagi belum mendapat khabar berita dari doktor.Sudah sejam setengah mereka menunggu.
Akhirnya , Doktor Mia keluar dari bilik ICU ingin berjumpa dengan ahli keluarga mangsa. Dia menghampiri Aireen dan makcik Hasnah.
"Adik ni anak kepada Puan Mariani Mokhtar ke ?"soal doktor berwajah bujur sirih itu.Aireen membalas dengan anggukan.
"Puan Mariani dalam keadaan tak stabil..Tapi jangan risau , dia tak ada apa-apa masalah yang teruk..Pernafasan beliau juga normal , cuma jantung dia agak laju sikit..Mungkin effect terkejut masih belum hilang..Nadi dia juga , alhamdulillah normal.."jelasnya panjang lebar. Segaris senyuman dilemparnya. Aireen hanya melepaskan keluhan lega.Bersyukur kerana tiada apa-apa masalah yang serius.
"Boleh saya tahu , macam mana Puan Mariani boleh terkena heart attack ? Apa yang dia nampak ?"soalnya seraya memandang Aireen dan Cik Hasnah bersilih ganti.Aireen hanya menggeleng sebagai balasan.
"Saya pun tak tahu doktor..Saya datang-datang je tengok Puan Mariani dah tersungkur jatuh atas lantai.."suara Makcik Hasnah pula. Doktor Mia mengangguk faham.Semua jawapan ada pada empunya badan.Namun , biarlah Puan Mariani berehat dahulu.
Agak-agak kenapa Puan Mariani jadi macamtu ehh ? Kesian Aireen ☹️ Hehehe , thankyou kerana masih lagi setia membaca ! Don't forget to vote and share ❤️
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...