11

68 16 8
                                    

Suasana hening buat seketika. Limau purut yang disorok di belakang almari ditenungnya lama. Limau purut itu memburuk dan membusuk. Benar firasat hatinya , ada benda tak elok menumpang dalam bilik gadis itu.

"Zak kita nak buat apa sekarang ?"soal Puan Mariani risau

"Kak jangan risau..Saya akan cuba buang sedikit demi sedikit..Tapi ada satu masalah , saya tak dapat nak kesan dekat mana benda tu berada.."jujurnya meluahkan

"Habistu kita nak buat macam mana ?" wajah bekas adik iparnya ditatapnya penuh pengharapan

"Saya kena bercakap dengan benda tu sendiri..Itu je cara yang saya dapat lakukan.." jelasnya pasrah

Puan Mariani mengangguk lemah.Jika itu saja caranya , dia sanggup. Asalkan anaknya sihat kembali.

"Aireen paklong terpaksa guna kamu sebagai perantara" Aireen hanya mengangguk pasrah demi menyelamatkan rumah dan keluarganya.

Razak membaca ayat pada ubun-ubun Aireen lalu , makhluk halus menguasai dirinya.

"Siapa kau ?" tegang sahaja wajahnya saat itu.

"Aku sihir !" jeritnya kuat

"Mana tempat kau ? Tunjuk dekat aku !" tegas Razak

"Taknak !" degusnya

"Kau jangan sampai aku gunakan kekerasan!" gertaknya lalu membaca ayatul kursi

"Arghh ! Okey , aku akan beritahu ! Diam !" bentaknya

Aireen bangun dari duduknya lalu menuju ke suatu arah. Dia menuju ke arah belakang pintu.

"Alif letakkan garam pada belakang pintu" arahnya mendatar

"Lagi !" tegasnya lalu mengikut sahaja kemana Aireen pergi.

Aireen menuju pula ke arah satu meja yang dipenuhi dengan gambar dan buku.

"Alif letakkan garam dekat situ" arahnya lagi

Aireen mengatur langkah pada pintu bilik air pula.

"Alif campakkan garam pada bahagian pintu bilik air"sambungnya

Setelah itu Aireen kembali pada duduknya di atas katil.

"Check betul-betul , ada ke lagi ? Kamu jangan bohong saya ! Kalau tak saya bunuh kamu !"gertak Razak. Tiada guna berbaik dengan makhluk sebegitu.

Aireen mengangguk lalu menuju ke arah almari dan akhir sekali dia berdiri di sebelah katil. Alif melempar garam seperti yang disuruh oleh Ustaz Razak.

Razak membaca ayat Alquran lalu menyentuh ubun-ubun Aireen. Makhluk itu keluar dari tubuh gadis itu lalu Aireen terjelopok pengsan di atas katil.

"Alhamdulillah , dalam bilik ni semua dah buang..Dekat ruang tamu , bilik kak Ani dan luar rumah Insha Allah hari lain pula saya buang..Saya juga sudah pasang pendinding pada seluruh bilik ni..Insya Allah dia takkan berani ganggu Aireen lagi.."jelasnya panjang lebar

"Terimakasih Zak" ucap Puan Mariani berterima kasih . Razak membalas dengan anggukan seraya segaris seyuman diukirnya. Dia meminta diri untuk pulang setelah berjam-jam berada di sana.

💕💕💕💕💕

Tangannya dihentak pada dinding. Sihir yang dihantar pada Aireen semakin lemah.

"Tak guna kau Aireen ! Takpe , kau tunggu ! Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !" monolognya sendirian seraya ngilaian menguasai dirinya.

"Syasya dan Alif ! Kau memang menyusahkan kerja aku ! Kau tunggu , lepas ni your turn !" senyuman jahat diukirnya

💕💕💕💕💕

Nasi berlaukkan ikan sweet sour itu tidak selera dijamahnya.

"Kenapa tak makan Haris ?"tegur ibunya pelik

"Tak sedap ke ?"soal ibunya lagi

"Ehh takdelah ma , sedap..Cuma Haris kenyang lagi.."bohongnya seraya segaris senyuman diukirnya

"Kenapa ni ? Ada masalah ke ?" soal ibunya seperti tahu sahaja bahawa anaknya sedang ada masalah.

"Kalau Haris cakap pasal ni..Mama janji jangan marah Haris ?" semua yang berada di meja makan memandangnya pelik

Ibunya mengangguk "Kenapa ?"dia memandang pelik wajah anaknya.

"Kenapa...Mama taknak Haris cari angah ?" akhirnya terluah juga apa yang dipendamnya

Ibunya mengeluh kasar.

"Sebab dia bukan anak mama , dia tu anak perampas !" jujurnya. Malas lagi dia ingin berkias.

"Sampai hati mama.." Haris memandang wajah ibunya geram

"Mama angah tu tanggungjawab mama ! Mama tak boleh nafikan semua tu ! Walaupun dia bukan anak kandung mama , tapi...dia berhak dapat kasih sayang mama" getusnya geram seraya melangkah pergi dari meja makan.

dont forget to vote and share !

ANGKARA ! Where stories live. Discover now