1 April 2018.
1.30 petang.
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang bagi Tingkatan 3.
"Baiklah kelas kita dah tamat..Jangan lupa petang ni , kelas tambahan..."pesan Cikgu Suraya.
"Reen jom kita makan dekat kedai depan sana..Aku dah lama tak makan bihun sup..." ajak Syasya
"Ha okey juga..Kita ajak Rafiqah sekali..." cadang Aireen.
"Tak payahlah..."halang Syasya.Bukannya dia sengaja ingin menghalang Aireen mendekati Rafiqah namun dia tak mahu , Aireen terus disakiti. Aireen itu gadis yang baik , semua orang dia percaya. Sedangkan Rafiqah dalam diam sebenarnya bencikan Aireen.
"Ishh..Kau ni tak baiklah..Dia kan kawan kita juga..."tegas Aireen berdegil.
"Reen ! Tak payahlah..Lepas apa yang dia buat dekat kau..Kau masih percayakan dia ? Dia curi kertas exam kau..Dia buat fitnah tentang kau dan Harris..Dia putar-belitkan cerita pada cikgu Suraya..Ish , aku tak fahamlah dengan kau ni..Kau dah tahu perangai dia yang sebenar , kau tetap nak berkawan dengan dia ?"panjang lebar Syasya membebel.
"Setiap orang buat salah Sya..Aku tak berdendam pun dengan dia..."balas Aireen. Syasya hanya mendengus kasar.Aireen ni degil betul.Mudah sangat percaya cakap orang.
"Okey , aku minta maaf Sya..."sambung Aireen lagi apabila menyedari sikap Syasya yang protes dengannya.
"Dah jom kita pergi makan..."Syasya menarik tangan Aireen untuk keluar dari kelas.
Tanpa mereka sedar , Rafiqah mendengar setiap perbualan mereka. Harris dan Alif hanya memandang Rafiqah dari jauh. Mereka ragu-ragu untuk mendekati Rafiqah setelah semua temberangnya diketahui.
3.30 petang
Semua pelajar 3 Al-Falsafah memasuki kelas. Aireen dan Syasya melabuhkan punggung di kerusi masing-masing.
"Bangun ! Assalamualaikum cikgu !" lantang Sufian selaku ketua kelas bersuara.
"Waalaikummussalam..."semua mengalihkan anak mata ke arah Rafiqah.
"Fiqah ! Bangunlah ! Cikgu Suraya dah masuk !"bisik rakan sekelasnya , namun tiada sahutan.
"Takpe..Biar cikgu kejutkan..."kata cikgu Suraya.Mereka hanya menganguk pasrah.
"Rafiqah..Rafiqah..."cikgu Suraya menepuk-nepuk badan Rafiqah untuk bangun namun hampa tiada respon. Cikgu Suraya mula panik , dia mengangkat wajah Rafiqah dan cuba menyedarkan anak muridnya namun masih sama.Tiada respon.
"Ya Allah..Sufian tolong panggilkan bahagian keselamatan kesini..."arah cikgu Suraya.Sufian bergegas menuju ke bilik rawatan.
4.30 petang.
Doktor mengesahkan bahawa Nurul Rafiqah tidak dapat diselamatkan. Doktor menjelaskan bahawa punca kematian Rafiqah kerana stress dan kekurangan banyak darah.Doktor juga memberitahu bahawa arwah mencuba untuk membunuh diri dengan menggores tangannya menggunakan pisau.
"Cikgu Suraya macam mana dapat tak call ahli keluarga Rafiqah ?"soal cikgu Saiful selaku guru disiplin.
"Dapat..Tapi ahli keluarga minta kita kebumikan dahulu arwah..Mereka akan sampai esok..."balas cikgu Suraya lembut.
"Esok ? Kenapa lambat sangat ? Takkan family dia taknak tengok arwah untuk kali terakhir ?"dia memandang cikgu Suraya aneh.
"Mereka sekarang berada di Jepun..Ambil masa untuk sampai ke sini..Mak arwah taknak lambat-lambatkan pengebumian Rafiqah..."jelas cikgu Suraya.
![](https://img.wattpad.com/cover/248694947-288-k138814.jpg)
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...