Untuk meraikan kemenangan anak masing-masing. Mereka sebagai ibu-bapa mengadakan majlis kesyukuran di Dewan Kampung Kemboja.
"Aireen !"Syasya memeluk erat menyambut kedatangan Aireen dan Puan Mariani.
"Makcik jemput masuk..Aireen jom ! Semua orang dah tunggu kau !"Syasya menarik tangan Aireen menuju ke suatu tempat.
Mereka tiba di sebuah pondok kecil.
"Ehh kau dah sampai.."Hani memberi isyarat tangan pada Aireen dan Syasya untuk duduk di sebelahnya.
"Korang buat apa kat sini ? Kenapa tak masuk dalam ?"soal Aireen aneh.
"Tunggu kau lah.."balas Rafi selamba.
"Hah ?"dia masih tak mengerti dengan apa yang berlaku.
Tiba-tiba ,
"Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Aireen Natasya..Allah selamatkan kamu.."tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja nyanyian habis.
"Cepat tiup kek !" Aireen meniup lilin kek yang dipegang oleh Alif.
"Terimakasih korang.."ucapnya terharu.
"Kitaorang doakan semoga kau berjaya dunia akhirat !"tutur Syasya manakala yang lain mengaminkan doa Syasya.
"Dah jom makan..."ajak Rafi sambil menyentuh perutnya. Hehe.
"Kau ni tak habis-habis makan..Makan je banyak..Badan tak gemok-gemok.." bebel Syasya.
"Elehh , kau jealous sebenarnya kan , sebab aku kurus ?"sengaja dia mencari gaduh.
"Ishhh Rafi ! Syasya ! Dah-dah lah tu..Korang ni pantang berjumpa..Mesti gaduh.."giliran Harris pula bersuara. Ada aku nikahkan dua orang ni. Gaduh je keje.
Syasya membalas dengan jelingan. Rafi menarik tangan Harris untuk pergi dari situ. Perutnya sudah berkeroncong berbunyi.
"Hani..Jom temankan aku ambil kuih.." Syasya menarik tangan Hani. Sejujurnya , memang sengaja Syasya membiarkan mereka berdua. Dia tahu , Alif sudah lama memendam perasaan terhadap Aireen.
"Mana kau beli kek ni ?"soal Aireen memulakan bicara.
"Entahlah..Mak aku yang belikan.."balas Alif ringkas lalu sekeping kek disuap ke dalam mulut.
"Ehh Aireen..Hai.."satu suara menyapa telinga mereka berdua. Aireen mengalihkan wajah ke arah suara.
"Ehh Zafrel..Hai.."segaris senyuman diukirnya.
"Awak buat apa kat sini ? Tak makan ke ?" soal Zafrel lalu melabuhkan punggung disebelah Aireen.
"Belum lagi..Saya nak makan ramai-ramai.." jelas Aireen lagi.
"Ouh..Mana yang lain kenapa berdua je ?" soalnya lagi.Seketika dia memandang Alif yang kaku ditepi.
"Diaorang pergi ambil makanan.."balas Aireen lagi.Suasana hening buat seketika.
"Reen..Mak kau mana ?"Alif bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
"Mak aku ada dekat dalam..Lif kau taknak makan ke ?"giliran Aireen pula menyoal.
"Takpe.."balas Alif acuh tak acuh. Sejujurnya dia menyampah dengan sikap Zafrel yang berlagak baik dihadapan Aireen. Banyak-banyak perempuan , Aireen juga kau nak ! Degus suara hatinya.
"Ehh takpe Lif..Kau pergilah ambil makanan..Biar aku temankan Aireen.. Don't worry..."suara Zafrel pula.
"Takpe..."jelingan benci diberinya.
"Takpe kalau macamtu , biar saya pergi ambilkan makanan untuk korang..Korang tunggu dekat sini , okey..."belum sempat Aireen pergi , Zafrel dan Alif lebih pantas bersuara ,
"Aireen !"jerit mereka serentak.
Dia memusingkan kepala memandang dua lelaki itu.Apa kena dengan dua mamat ni ?
"Kenapa ?"senyuman pelik ditayangnya.
"It's okay..Awak stay dekat sini..Biar saya pergi ambilkan makanan.."kata Zafrel.
"Takpe , kau duduk kat sini biar aku pergi ambilkan makanan.."giliran Alif pula bersuara.
"Takpe-takpe..Biar saya pergi ambilkan okey ? Alif , Zafrel..Korang just tunggu dekat sini..."dengan cepat-cepat Aireen pergi dari situ.
Suasana janggal buat seketika. Hanya kicauan burung menemani mereka.
"Apa plan kau lepasni ?"kata Zafrel memulakan bicara.
"Kerja kot..."balas Alif acuh tak acuh.
"Ouh..."dia mengangguk faham.Entah mengapa suasana menjadi begitu janggal.
"Kau..Ada perasaan dekat Aireen kan ?" soal Alif serius.
"Errrr..Kalau ya pun kenapa ?"tenang dia membalas.
"Dalam ramai-ramai perempuan..Dia juga yang kau nak.."sinisnya perlahan.
"Kau pun mesti ada perasaan dekat dia juga kan ?"teka Zafrel.
"Aireen tu siapa je taknak kan dia.. Cantik , lemah lembut , baik , sopan..."puji Alif jujur. Zafrel mengangguk tanda setuju.
Tanpa mereka sedar , ada sepasang telinga sedang mendengar perbualan mereka.
💕💕💕💕💕
Lampu jalan menerangi malam itu. Sepasang kaki sedang berjalan menuju ke arahnya.
"Ada apa awak nak jumpa saya ?"soal Aireen aneh.
"Saya nak bagi awak sesuatu.."balas Zafrel gugup.
"Apadia ?"dia memandang lelaki itu dengan wajah berkerut.
Seutas rantai dikeluarkan daripada kotak. Rantai tiba di tangan Aireen.
"Apani ?"
"Hadiah ulang tahun awak..Terimalah..." ikhlas Zafrel bersuara.
"Ya Allah susahkan awak je Zafrel..Terima kasih.."ucapnya terharu.
"Takde apa lah..Hal kecil je.."segaris senyuman diukirnya.
Suasana menjadi canggung buat seketika.
"Aireen.."gadis itu memaling wajah memandang Zafrel.
"Saya..Err..Saya..Sebenarnya..Err..Aduh.." entah mengapa begitu susah untuk dia mengutarakannya.
"Saya sebenarnya apa ? Awak okey tak ni ?" risau juga dibuatnya.
"Saya sebenarnya sukakan awak !"akhirnya terlepas juga segala rasa yang dipendamnya selama ini.
Aireen memandang lelaki itu aneh.Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Saya serius Aireen.."Aireen terhenti dari lamunannya.
"Err..Zafrel..Saya minta maaf..Saya takde niat untuk lukakan hati awak..Tapi.. Saya lebih selesa kalau kita terus berkawan.." jelas Aireen gugup , bimbang jika kata-katanya mengguriskan hati lelaki itu.
"Okey..Takpe , saya faham..Saya cuma nak awak tahu tentang perasaan saya..."segaris senyuman diukirnya.
💕💕💕💕💕
"Aireen ! Aireen ! Aireen !"
"Erghh ! Tak habis-habis nama kau ! Dah naik meluat laa aku dengan kau ! Entah apa yang baik sangat dengan perempuan tu pun aku tak tahu !" hatinya sedang bergelora menahan amarah.
"Takpe..Kau tunggu..Aku akan tamatkan semua ni !" tangan dihentak pada dinding.
Maaf dah lama menghilang ! Vote and comment for next chapter ❤️. We have a few chapter more !
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...