Kem 9A telahpun berakhir setelah 2 hari berlangsung. Mereka beransur pulang ke rumah masing- masing.
"Assalamualaikum mak !"laung Aireen dari luar.
"Waalaikummussalam ! Ya Allah Aireen !" Puan Mariani memeluk erat anak gadisnya.
"Kamu sihat ? Mak rindu adik.."soalnya didalam pelukan.
"Alhamdulillah sihat mak..Adik pun rindu mak.."balasnya didalam dakapan.
Ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh. Senyuman meleret diukirnya.
"Awww sweetnyaa..Takpe kau tunggu kalini aku kasi chance dekat kau untuk bahagia.. But there's no more second chance.."terus bertukar riak wajah mukanya.
"Tak guna punya perempuan tua ! Dia pergi pagar rumah ! Aku kena cari jalan !" dia mendengus geram seraya mengorak langkah ke suatu tempat.
♡♡♡♡♡
"Kakak !"Fifi memeluk Syasya erat. Syasya membelai lembut rambut adiknya.
"Alhamdulillah angah dah sampai.."Syasya bersalaman dengan ibu dan abangnya
"Ibu , along..Angah naik bilik dulu ya , penat.."senyuman palsu diukirnya.
"Jangan lupa solat Zuhur...Dah nak Asar ni." pesan ibunya.Syasya membalas dengan anggukan.
Fifi mengikuti kakaknya ke bilik. Dia melabuhkan punggung diatas katil.
"Kakak okey tak?"Fifi memandang kakaknya pelik
"Kakak okey.."senyuman kelat diukirnya.
"Kakak tipu..Fifi kenal kakak macam mana.. Kakak gaduh dengan Aireen ehh ?"teka adiknya.
Keluhan kasar dilepaskan.
"Mana adik tahu ?"soal Syasya dengan riak sedikit terkejut.
"Adik teka jee.."balasnya selamba.
"Yeke ?"Syasya mengecilkan matanya ke arah adiknya. Fifi tergelak besar memandang kakaknya.
"Hahaha ! Takdelah akak..Kak Hani beritahu adik.."jujurnya menjelaskan.
"Bila Hani beritahu?"soalnya pelik
"Haritu adik telefon kakak tapi kakak tak angkat, so adik telefonlah kak Hani..Kak Hani cakap kakak ada masalah..Adik tanya kenapa , kak Hani cakap kakak gaduh dengan Aireen.."jelasnya panjang lebar.
Syasya mengangguk faham.
♡♡♡♡♡
Malap.
Berasap.
Tangannya menghentak dinding.Dahinya berpeluh-peluh menahan amarah.
"Tok , sekarang saya kena tukar orang.. Rumah dia dah dipagar !"tangannya dikepal menahan marah.
"Siapa pula?"soalnya serius.
"Tulis nama dia disini.."sehelai kertas diserahnya.
Dia mengambil kertas itu lalu menulis
'Muhd Alif Aiman Bin Hj Sulaiman'
Senyuman meleret diukirnya.
"Ganggu sahaja , aku taknak dia sakit.." katanya seraya menyerahkan kertas tadi.
Tok bomoh mengangguk faham lalu memberikan satu botol kecil kepadanya.
"Letak ini dalam makanannya.."tegasnya memberi arahan
"Baiklah tok.."senyuman jahat diukirnya.
♡♡♡♡♡
Ting !
Notification masuk.
Syasya menekan mesej yang baru masuk.
'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati ! Jangan fikir kau sudah terlepas ! Semua kawan-kawan kau akan jatuh ke tangan aku !'
Tangan Syasya terketar-ketar ketakutan. Oppo ditangannya jatuh ke lantai. Dia sudah
tidak sanggup hadap semua ini. Air mata yang berkaca segera jatuh membasahi pipinya.Dia takut namun pada masa yang sama dia risaukan rakan-rakannya.Dia tak mahu kerana dirinya , nyawa rakan-rakannya dalam bahaya.
Ini tak boleh jadi. Aku kena kuat ! Aku kena lawan ! Bisik suara hatinya memberi semangat.
Syasya mengambil telefon di lantai lalu menekan button call.
Tut tut tut..
Panggilan diangkat.
Syasya menarik nafas sedalamnya.
"Kau nak apa hah ?!"jerkah Syasya memberanikan diri.
"Hahaha ! Aku nak kau dan kawan-kawan kau tersiksa !"dapat Syasya dengar suara entiti itu. Namun suara itu sangat susah untuk dipastikan samada lelaki atau perempuan.
"Kenapa !? Apa yang kitaorang dah buat ?!" soalnya dengan nada meninggi.
"Kau tanya aku apa korang buat ! Huh ! Jawapan itu hanya ada pada kau ! Aku bagi korang sebulan untuk datang melutut minta maaf ! Lepas habis je SPM , everything will be clear !"ngilaian menguasai dirinya.
Syasya mematikan panggilan.
"Pengecut !"desisnya , seraya senyuman jahat diukirnya.
dont forget to vote and share ! ♡
YOU ARE READING
ANGKARA !
Mystery / Thriller[Karya kedua✨] 🏆PEMENANG BEST STORYLINE THE PERFECT SHINING AWARD 2021 Kerana sebuah angkara , hancur semuanya ! 'Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !' Enam sahabat iaitu Alif , Haris , Rafi , Syasya , Hani dan Aireen. Pada mulanya , i...