LOVE 15

67 2 0
                                    

"Suria?" Dengan ragu-ragu dia memanggil perempuan itu. Dia yakin dia tidak salah. Itu pasti Suria. Gadis yang dicarinya selama ini.

Suria menoleh ke belakang untuk melihat gerangan empunya suara itu. Matanya terpaku, kakinya bagaikan beku. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Mulut Suria ingin mengeluarkan kata-kata namun matanya terlebih dahulu berbicara. Mutiara jernih yang keluar dari tubir mata itu seolah menjawab semua rindu yang selama ini ditanggungnya.

Dia menguatkan semangat dan mengangkat kaki menuju ke arah pemilik suara itu. Tanpa sedar, perempuan yang berada di depan matanya sekarang itu turut mengalirkan air matanya.

Nafas yang panjang diambil, sebelum memulakan bicara, "Ifah," Hanya itu yang keluar dari bibirnya.

Ifah mengesat air mata Suria yang mengalir laju membasahi pipinya.

"Kau, kau buat apa kat sini?" Tersekat-sekat suara Suria ketika bertanyakan soalan itu.

"Aku datang sini, cari kau laa," Laju Ifah menjawab pertanyaan itu. Bibirnya mengukirkan senyuman.

Suria pelik mendengar jawapan Ifah. 'Cari aku?' hati kecilnya bertanya sendiri.

"Kenapa kau cari aku? Kau nak jumpa aku ker?" Tanya Suria setelah perasaannya sedihnya telah dibendung.

"Takdelah, buat apa jumpa kau," Remuk hati Suria mendengar pernyataan itu. Dia kaku. Hanya air matanya yang kembali laju menuruni pipi.

"Aku datang sini, bukan nak jumpa kau, tapi aku datang sini sebab nak peluk kau, sahabat." Panjang bicara Ifah sebelum menarik Suria ke dalam pelukannya.

Tangisan Suria semakin kuat semasa berada di pelukan Ifah sebelum akhirnya tangisan mereka bersatu kerana rindu.

Setelah agak lama mereka berpelukan barulah Suria meleraikan pelukan itu.

Matanya sudah mula membengkak. Macam-macam perkara yang dia ingin ceritakan kepada Nazifah.

Setelah perpindahan sahabatnya itu ketika mereka berumur 16 tahun ini kali pertamanya mereka bertemu selepas 5 tahun berlalu.

"Aku tahu kau ada banyak benda nak cerita dekat aku," Perlahan sahaja ayat itu keluar dari mulut Nazifah sebelum dia menarik tangan Suria menuju ke bangku berdekatan.

"Sekarang ni aku nak cerita kat aku semua perkara yang dah berlaku lepas aku pindah," Panjang permintaan Ifah membuatkan Suria terdiam.

"Aku taknak lah ungkit benda yang dah lepas." Perlahan suara Suria keluar.

"Kenapa?" Tanya Ifah perlahan.

"Disebabkan perkara yang lepas aku jadi macam aku yang sekarang, betul, memang aku banyak sakit hati sebab benda lepas, aku banyak menangis, tapi aku tak lupa disebabkan semua benda yang berlaku tu lah aku kuat," Suria mengukirkan senyuman.

Hanya itu yang mampu dia lakukan untuk saat ini. Dia tidak mahu merosakkan pertemuannya dengan Ifah pada hari ini dengan air mata. Biarlah dia bergembira buat hari ini.

Ifah seolah faham akan maksud yang ingin disampaikan oleh Suria.

"Okey so sekrang ni kau nak pergi mana? Shopping nak?" Tanya Ifah.

Suria hanya memandang sekilas ke arah Ifah, " Aku tahu kau dah lama sangat tak jumpa aku tapi takkan lah kau dah lupa aku suka buat apa?" Tanya Suria agak sinis.

"Alah kau ni, aku tahu dan aku ingat kau suka apa, jom ah. Kat mana?" tanya Ifah.

"Haa jom ikut aku, aku bawa kau" Ifah hanya mengangguk perlahan mendengar pelawaan Suria. Kereta X70 meluncur laju di bandaraya menuju ke sebuah restoran yang suedah lama dia ingin kunjungi.

Niatnya pada hari ini ingin membawa RTayyan ke restoran tersebut namun setelah apa yang dilihatnya pada pagi tadi betul menghancurkan moodnya hari itu.

Sebaik sahaja sampai di restoran itu, mereka mengambil tempat yang berda di hujung restoran, kononya inginkan privasi.

"Suya, nak tanya sikit ni," molek sahaja susunan bicara Nazifah.

Suria hanya memandang Ifah dan mengangkat sebelah keningnya sebagai tanda bertnya.

"Macam mana kau boleh ada kat tasik tu sorang-sorang dengan baju cantik macam ni, tak logik ah kalau kau memang nak ke tasik pakai lawa-lawa macam ni,?" panjang soalan dari Ifah membuatkan dia mengheman nafas panjang.

setelah selesai membuat pilihan makanan Suria memulakan ceritanya, dari awal dia bertemu Rayyan sehinggalah hari ini.

Ifah keliatan begitu teruja mendengar ceria Suria. namun ada satu soalan yang bermain di fikirannya.

nama lelaki itu, Rayyan. Adakah Rayyan yang berada di cerita Suria adalah Rayyan yang sama dengan masa lalu itu.

"Kau kata nama lelaki tu Rayan?" Suria hanya mngangguk kecil.

"Aku kenal ke Rayyan tu?" tanya Ifah in tahu.

"Kenapa kau tanya macam u? Kau rasa Rayyan ni, Rayyan yang kita kenal dulu ke?"

"Eh takdelah, tanya je," Ifah menghadiahkan senyuman pahit kepada Suria.

harapannya agar Rayyan yantg dikenali Suria sekarang ini bukanlah Rayyan yang sama dengan yang pernah kenal dahulu.

rasa berdebar mula menyinggah ike hatinya, takut andai kebenaran itu akan terbongkar.

Suria begitu berselera menjamu makanannya tengah hari itu manakala Ifah masih dihuni rasa takut dan gelisah. dia perlu mencari Rayyan, dia tidak mahu rahsianya yang selama ini disimpan bocor begitu sahaja disebabkan oleh kelalain Rayyan.


🐣🐣🐣🐣🐣

Tak menarik sangat.. Maaflah author kering idea🤯
IFAH TELAH BERJAYA MENEMUI SURIA, APAKAH RANCANGAN IFAH UNTUK MEMBANTU SAHABATNYA ITU KEMBALI SEMULA BERJUMPA DENGAN KAWAN-KAWANNYA?

RAHSIA APAKAH YANG DISIMPAN OLEH iFAH  DAN TIDAK MAHU sURIA MENGETAHUINYA?

TERUSKAN BERSAMA CCT💗💗
JANGAN LUPA VOTE OKEYHH😉😗

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang