LOVE 49

73 2 0
                                    

Bang. Bang. Bang.

Tiga das tembakan dilepaskan.

Darah yang memancut laju dari dada lelaki berbaju putih membuatkan dia jatuh terduduk.

"Sayang," Panggilnya perlahan.

Tangan Ifah menggigil. Matanya dibuka perlahan.

Air matanya bertakung.

"Abang," Langkahnya lemah menuju ke arah lelaki itu.

Hakim memuntahkan darah yang bertakung di dalam mulutnya.

Hakim menggunakan seluruh tenaganya. Tangan Ifah digapai dan membawa tubuh isterinya ke dalam dakapan.

"Abang tahu, say..ang tak senga..ja. Abang ma..afkan sayang," Kata Hakim separuh nafasnya hilang.

"Abang!! Ifah minta maaf." Mutiara jernih itu tumpah.

Dia tidak mahukan semua ini.

"Shh-uhh, biar..kan a..bang, peluk say-ang unt..uk kali ter..akhir."

Hakim mengemaskan pelukan.

Lailahailallah!!

Genggaman tangannya terlepas.

Mukanya bersandar pada bahu Ifah.

"Abang!! Kenapa abang?! Abang, Ifah sayang abang. Kenapa abang tinggalkan Ifah macam ni, abang dah janji dengan Ifah kan," Nafasnya tersekat.

"Abang!!" Ifah menggoncang bahu Hakim.

Pelukan dikemaskan. Dia tidak mahu melepaskan Hakim

Rayyan yang dari tadi memerhati menahan sebak. Baru sahaja dia bertemu dengan Hakim, kini, dia telah pergi.

Takdirmu sungguh sukar untuk dijangka ya Allah!!

*********

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" Soal Rayyan cemas.

"Alhamdulillah, nampaknya Puan Suria telah menunjukkan respon positif terhadap jantung barunya." Jelas Doktor Ariff.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah!!

************

"Encik Rayyan, Alhamdulillah, Puan Suria selamat. Tikaman di perutnya tidak terlalu dalam. Namun maafkan kami En. Rayyan, kami tidak dapat selamatkan anak dalam kandungannya." Jelas Dr. Ariff.

Rayyan meraup mukanya perlahan. Nafas ditarik panjang.

"Tapi encik, keadaan puan Suria masih kritikal. Dia perlu melakukan pembedahan segera."

Muka Rayyan berkerut seribu.

"Pembedahan apa doktor?" Soal Rayyan polos.

"Puan Suria menghidapi penyakit jantung berlubang. Sudah beberapa kali dia menangguhkan pembedahan namun kini jantungnya tersangat lemah. Dia perlu melakukan pembedahan dengan segera." Sekali lagi Dr. Ariff menjelaskan.

Rahang Rayyan jatuh. Dia terduduk.

Air matanya bertakung hebat.

'Kenapa sayang tak bagitahu abang!’ rintih hati Rayyan.

"Doktor, tolong buat yang terbaik untuk isteri saya," Kata Rayyan sebelum pandangan matanya memudar.

**********

"Ariff, aku dah boleh tengok Suria ker?" Soal Rayyan.

Doktor Ariff mengangguk. "Rayyan, ingat apa aku pesan?" Soalnya perlahan.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang