"Maiyah, PRS ada annual dinner jugak ke?" Tanya Suria yang ketika itu sedang bersenang lenang di atas katil.
Sumaiyah memandang Suria lama seolah tidak percaya dengan soalan yang diajukan padanya sebentar tadi.
"Wei, ni PRS laa, mesti la ada, yang pasti akan lebih gempak daripada MPP." Suria hanya tersenyum sumbing mendengar jawapan.
Bagi Suria kata-kata 'Membangun Bersama' itu hanyalah manis di mulut, bukan pada perbuatan.
Tiada satu pun perbuatan yang pemimpin-pemimpin sekarang ni buat yang mampu membuka hati ramai pihak untuk memberikan kerjasama.
Apa yang terlihat ialah semua organisasi betungkus lumus untuk membangunkan organisasi masing-masing.
Kadang-kadang geram Suria melihat semua itu. Dia selalu pertikaikan, macam ni namanya nak membangun bersama. HA HA HA HA, salah tempat ni. Okey done merapu.
"Suya!!" Kelihatan muka farah terjengul di pintu dorm.
"Apo? Rindu la tu," Suria tersenyum senget. Suka sangat dia menyakat Farah tu walaupun kadang-kadang agak rimas. Heheh sorry Farah.
Farah tidak menjawab sebaliknya menagmbil tempat disisi Suria.
"Kau takde kerja sekolah ke?" Tanya Farah. Suria mengeluh perlahan. Memang kebiasaan di hujung minggu sebegini Suria akan menyiapkan kerja sekolahnya yang tak tersentuh atau tertangguh tapi dia tidak tahu kenapa, minggu ini terasa berat sekali tangannya untuk menyentuh kerja sekolah itu.
Suria menunjukkan ke arah timbunan buku yang berada di tepi katil.
"Banyak weh, tapi malas gila nak buat." Jujur Suria, dia sebenarnya lebih suka melayan perasaanya sendiri daripada membuat kerja sekolah itu. Baginya itu bukanlah kehidupan yang dia mahukan.
"Kau fikir apa sebenarnya? Hamez?" Suria menjeling geram ke arah Farah. 'Choi!! Tak habis-habis Hamez. Menyampah tahu tak??!!' Bentak Suria di dalam hati.
Hamez bukanlah seseorang yang penting dalam hidupnya, dia cuma berminat untuk berkawan sahaja dengan gerangan itu, tidak lebih dari itu. Dia tidak faham kenapa kawan-kawannya tidak mengerti akan perasaanya yang satu itu.
"Okey-okey, dok. Gura jah. Kau rindu Rayyan?" Perlahan sahaja Farah menyebut nama Rayyan, tidak mahu didengari oleh orang lain.
Suria menggeleng. Benar rindunya terhadap lelaki itu ada, tapi bukan itu yang difikirnya sekarang.
"Aku rindu Ifah." Serentak dengan itu air matanya mengalir perlahan. Sahabatnya yang berpindah pada awal tahun ini.
Sungguh dia agak berat untuk melepaskan Ifah pergi, namun apa kudrat yang dia ada, dia yakin, perancangan Allah itu lebih baik.
"Kakau Ifah ada ni, mesti Ifah tengah lepak ngan aku, dengan sifat bolok dia tu," Mutiara jernih itu masih hangat di tubir matanya. Dia rindukan sahabatnya itu.
Tidak pernah lepas dalam doanya untuk mendoakan sahabatnya itu. Semoga masih ada dalam perancanganNya untuk mempertemukan dia dan Ifah kembali.
*****
"Suya, petang ni ada kelas kimia tau, gabung dengan Hamzah." Bersinar-sinar mata Suria mendengar perkataan Hamzah. Setelah sekian lama dia menunggu untuk menggabung kelas dengan Hamzah."Serius aa weh?" Tanya Suria kepada Adibatul meminta kepastian. Adibatul sudah faham benar dengan sikap Suria yang pantang dengar nama kelas Hamzah tu menggeleng perlahan.
"Ye, betul. Kau jangan nak mengada, aku korek biji mata kau nanti. Jaga sikit mata tu eii," Pesan Dibat tegas.
Suria mempedulikan kata-kata Dibat sebentar tadi. Sudah lama dia nantikan saat ini. Dia bukannya suka sangat pun sebenarnya, tapi baginya ini peluang untuk dia memerhatikan tindak tanduk lelaki itu, yang berjaya menarik perhatian Suria untuk mengenalinya dengan lebih dekat.
Walaupun dia sendiri tahu lelaki itu tidak akan berminat untuk berkawan dengannya. Ha ha ha... Putih tulanglah Suria nampaknya untuk kenal dengan lelaki original Sabahan itu.
Haishh Suria. Baru berumur 16 tahun. Namun lagaknya sudah seperti seseorang yang akan berkahwin tidak lama lagi dan dalam proses mencari calin suami idaman.
Suria tersenyum sendirian memikirkan dirinya sendiri. Jam menunjukkan pukul 12.20. "Jom rehat." Suria mengajak rakan sekelasnya yang lain untuk sama-sama rehat. Sudah tidak sabar dia hendak memasuki kelas pada petang ini, dengan kelas Hamzah. Hermm eksaited lebih ni.
🌷🌷🌷🌷🌷
Haa.. Nak thu apa yang akan terjadi dalam kelas nanti? Tunggu chapter seterusnya. Hahahhha wait n see
Vote okeyhh.. Tekan bintang kecil kat bawah😘😘😘

KAMU SEDANG MEMBACA
Coretan Cinta Terindah
CasualeKejadian yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia begitu membenci lelaki. Namun tiada yang tahu, jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang akan membuatkan dia kembali kepada cinta. "Lelaki hanya tahu menyakiti, muktamad!!"...