LOVE 14

91 4 1
                                        

"Aku.. Aku tak janji," Jawab Suria perlahan. Dia mengalihkan pandangan matanya dari terus memandang Rayyan.

Keluhan berat dilepaskan oleh Rayyan membuatkan Suria merasa kasihan melihat lelaki itu.

"Kau datang laa, lepas ni aku tak tahu bila lagi aku boleh jumpa kau," Rayyan memandang Suria penuh harapan.

Suria kembali melihat Rayyan yang menyorot ke arahnya. Mata mereka bersatu buat seketika.

"Hermm ye laa, aku datang. Sebab aku nak balas balik budi kau dah tolong aku haritu." Sekali lagi Suria mengukirkan senyuman ke arah Rayyan.

Debaran di hati Rayyan semakin rancak setelah melihat senyuman itu dan idea untuk mengusik Suria mula muncul di benaknya.

"Yeayy!!" Sedikit menjerit suara Rayyan. Bahagia sangat tu. Suria menggelengkan kepala melihat telatah Rayyan.

"Weh, Suria. Aku nak tanya something boleh?" Soal Rayyan.

Suria tidak menjawab tetapi hanya mengangkat keningnya sedikit sebagai tanda bertanya apa.

"Aku ingat lagi kau pernah bagitahu aku, hanya orang yang istimewa dapat tengok senyuman  kau. Harini dah berapa kali kau senyum kat aku. Aku ni istimewa ke untuk kau?" Berhati-hati bicara Rayyan sewaktu bertanyakan soalan itu. Senyuman lebar sudah menghiasi bibirnya.

Muka Suria berona merah, malu apabila Rayyan bertanyakan soalan itu. Dia segera mengalihkan wajahnya supaya tidak bertentangan dengan Rayyan.

"Kau jangan perasan boleh tak. Aku senyum kat kau sebab kau dah tolong aku haritu. Tu jer, tak lebih eh," Tempelak Suria. Dia dari tadi menahan debar di dada.

"Ye ke?" Tanya Rayyan sambil mendekatkan wajahnya kepada wajah Suria. Senyuman nakal diterbitkan apabila melihat wajah Suria yang bertukar merah.

Debaran di hati Suria yang semakin kuat cepat dia tepis.

"Dah laa kau, mengarut!! Dah takde apa nak cakap kan, aku pergi dulu laa," Suria terus mengangkat punggung dan berlalu pergi dari situ.

Rayyan menghantar Suria pergi dengan pandangan matanya. Dia bahagia dapat mengusik Suria pada hari ini. Ada suatu hal yang dia pasti, hati Suria sudah mula lembut untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Dalam perjalanan ke keretanya Suria tersenyum nipis. Dia tidak tahu kenapa kehadiran Rayyan dalam hidupnya membuatkan hari-harinya lebih bermakna.

"Kau kenapa senyum sorang-sorang?" Tegur Linda yang telah menunggunya di dalam parking kereta.

"Takde apalah," Jawab Suria ringkas.

"Mamat Ray tu nak apa?" Tanya Linda tidak berputus asa. Dia mahu mengorek semuanya.

"Takdelah, dia nak aku pergi tengok dia masa dia graduate nanti," Linda yang mendengar hanya mengangguk beberapa kali.

"Dah, jom ah gerak. Ke kau nak singgah mana-mana dulu?" Soal Suria.

"Aku rasa nak makan luar lah hari ni," Rengek Linda perlahan.

"Haaa boleh-boleh. Aku pun dah lama tak makan luar. Kau belanja," Laju bicara Suria.

"Amboii, nasib baik sayang." Linda hanya mengiyakan. Sudah lama dia tidak belanja kawannya itu.

Senyuman lebar terukir di bibir kedua-keduanya. Indahnya persahabatan yang tercipta ini.

*****
"Amboi! Nak pergi mana la kawan aku sorang ni, lawa bukan main ye hari ini." Perli Linda ketika melihat Suria yang sedang bersiap-siap. Bukan main cantik sahabatnya itu pada hari ini memakai baju kurung hijau muda dan tudung bawal hijau pucuk pisang, macam lah dia tidak tahu bahawa Suria akan pergi majlis garaduasi Rayyan pada hari ini.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang