LOVE 41

45 3 0
                                    

"Ouh, Rayyan dah kahwin?" Jelas kedengaran suara Balqis sedikit kecewa.

Jika dulu mungkin dia akan meronta-ronta meminta agar dikahwinkan dengan Rayyan.

Namun sekarang tidak lagi. Selepas peristiwa yang memalukan pada malam itu, En. Malique mengahantar Balqis ke pondok.

Di situ macam-macam perkara yang dia belajar dan kini, hidupnya berubah 360°. Dia benar-benar malu untuk berhadapan dengan Rayyan.

"Kamu masih sayangkan dia ye?" Soal Pn. Rahimah.

"Mana ada mak," Nafi Balqis.

"Mak yang lahirkan kamu Balqis, mak kenal sangat dengan kamu." Ujar Pn. Rahimah.

Dia sangat bahagia melihat penampilan baru Balqis sekarang, berpurdah. Betullah orang kata, semua orang boleh berubah. Tinggal kita, nak ke taknak.

Balqis melemparkan senyuman kosong kepada ibunya.

"Nanti Aqis ikut mak pergi rumah mak ngah. Mak nak pergi jumpa Rayyan, katanya balik kampung harini." Pinta Pn. Rahimah.

"Baiklah mak," Jawab Balqis sebelum berlalu ke bilik.

***********

"Sayang, bangunn, dah sampai ni," Rayyan menepuk bahu Suria perlahan.

Lena betul dia tidur.

"Maaf abang, sayang tak perasan tertidur." Suria mengesat matanya.

Rayyan tersenyum memandang isterinya itu.

Suria membuka pintu kereta dan mengambil udara segar. Maklumlah Kedah. Tambah-tambah lagi rumah Rayyan dikelilingi sawah padi. Segar betul udara di sini.

"Sayang, sayang naik dulu ye, abang nak ambil beg kat bonet," Suria mengangguk mendengar arahan Rayyan dan berjalan ke tangga rumah ibu mertuanya.

"Assalamualaikum,"

"Assalamualaikum," Sekali lagi Suria memberi salam.

"Waalaikummusalam," Jawab En. Fakhrullah di muka pintu.

"Eh, Suria, masuklah. Rayyan mana?" Soal ayah mertuanya.

"Ade kat kereta lagi ayah," Ujar Suria. En. Fakhrullah mengangguk.

"Mak mana ayah?" Tanya Suria sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan bapa mertuanya.

"Mak kamu ada kat dapur tu, tengah masak makan malam," Jawab En. Fakhrullah.

"Ouh, Suria masuk dulu ye ayah," Setelah mendapat keizinan En. Fakhrullah Suria pantas menuju ke dapur.

"Mak! Banyaknye mak masak," Tegur Suria sedikit memeranjatkan Pn. Asyidatul.

"Ish bertuah punya menantu, bila sampai?" Soal Pn. Asyidatul.

Suria bersalaman dengan ibu mertuanya sebelum menjawab sebentar tadi.

"Kenapa mak masak banyak sangat ni?" Suria mengulangi kembali soalannya yang tidak berjawab sebentar tadi.

"Malam ni mak panggil mak long datang makan dekat sini." Jelas Pn. Asyidatul.

Mulut Suria melopong.

"Nak Suria tolong apa-apa tak?" Soal Suria sambil melihat-lihat apa yang perlu dibantu.

"Eh, takde apa dah. Sikit je lagi nak siap. Kamu pergi rehat mandi-mandi dulu," Suruh ibu mertuanya.

Suria hanya mengangguk perlahan sebelum mengangkat kaki ke arah Rayyan dan menuju ke bilik mereka.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang