LOVE 37

54 2 2
                                    

Penat betul Suria harini. Sehari suntuk dia melayan semua tetamu yang hadir.

Siang sudah beransur malam. Suria menukar pakaiannya dan melemparkan diri ke atas katil. Penat betul. Tanpa sedar, dia terlelap dengan sendiri.

"Rayyan, kenapa tak tukar baju lagi ni?" Soal ibu mertuanya.

Rayyan menggaru kepala yang tidak gatal. Sejujurnya, dia hilang arah. Tidak tahu bilik Suria yang mana satu.

"Yan pergi tingkat atas, belah kanan paling hujung. Haa tu bilik Suria." Tunjuk Pn. Nadine.

"Haa okeyh. Terima kasih maa," Ucap Rayyan sambil tersenyum sebelum berlalu pergi ke bilik Suria.

Pintu bilik dibuka perlahan dia melihat Suria sedang nyenyak tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia mendekati Suria dan mengambil tempat di sisinya.

Rambut Suria yang jatuh terjuntai menutup mukanya diselak perlahan. Muka penat Suria ditenung perlahan.

"Aku akan buat kau bahagia, Suria" Ujar Rayyan sebelum mengucup dahi isterinya lembut bimbang akan menyedarkan Suria.

Rayyan mengambil tuala dan berlalu ke bilik air, ingin menyegarkan badan yang melekit.

Suria mengesat matanya perlahan apabila tersedar dari tidur. Dia melihat jam di dinding yang menujukkan pukul 10 malam.

"Aku tak solat isyak lagi," Kata Suria perlahan dan menuju ke bilik air.

Pintu itu ditolak kuat. "Arghhh," Jerit Suria.

Rayyan bertindak menutup mulut Suria.

"Shhh, bising laa sayang." Kata Rayyan apabila melepaskan tangannya dari mulut Suria.

"Sayang? Hey, awak buat apa kat sini?" Soal Suria pelik bercampur marah

Ketawa Rayyan bergema di dalam bilik air itu.

Tangannya menyentuh dahi Suria.

"Sayang demam ke ni?" Tanya Rayyan.

"Esh, jangan pegang laa." Ujar Suria.

"Sayang, kita dah kahwin kan semalam, kenapa sayang ni," Rayyan memandang Suria yang penuh tanda tanya itu.

Suria menggaru kepalanya tidak gatal. Serta merta gambaran akad bermain di kepalanya.

"Hehe, sayang lupa bang, sorry eh," Sedar akan kesilapannya Suria meminta maaf.

"Abng mandi tak kunci pintu kenapa?" Tanya Suria sebelum matanya memerhatikan Rayyan dari atas ke bawah. Baru sedar lelaki itu hanya memakai tuala.

Suria melarikan pandangannya dan berjalan ke belakang perlahan-lahan.

Senyuman nakal terukir di bibir Rayyan. Dia berjalan mendekati Suria, semakin dekat dan semakin dekat.

Debaran di dada Suria semakin kuat. Entah bagaimana dia tersilap langkah dan terjatuh ke belakang.

Tangan Rayyan pantas menyambut. Muka mereka yang berada begitu dekat dapat membuatkan dadanya berombak kuat. Penangan Rayyan terlalu kuat untuk ditolak.

Belum sempat Suria menolak tubuh lelaki itu, Rayyan terlebih dahulu memangkunya ke katil.

"Abang! Abang nak buat apa ni?" Suria mulai panik. No! No! Dia masih belum bersedia.

Rayyan tidak menjawab malah mendekatkan mukanya dengan Suria.

Suria tidak mampu berbuat apa-apa, dia menutup mata rapat.

Dia dapat merasakan kucupan hangat di dahinya. Hanya itu.

Suria memberanikan diri membuka mata. Rayyan masih lagi berada dekat dengannya.

"Abang taknak, dalam hubungan kita, sayang rasa terpaksa." Rayyan mencuit hidungnya sambil bangun dan berlalu bilik air semula.

Fuhh. Suria menarik nafas lega.

"Takut jugak sayang ni ek?" Soal Rayyan sambil merenung ke arah Suria yang diam tidak berkutik itu.

"Pergi ambik air sembahyang, abang tunggu. Kita solat sama-sama ye?" Ujar Rayyan setelah tidak mendapat jawapan soalannya sebentar tadi.

Mata Suria bersinar-sinar menoleh ke arah Rayyan.

"Okey abang, kejap eh," Rayyan mengangguk perlahan.

Usai solat dan wirid, Rayyan menadah tangan untuk memohon kepada Ilahi. Sayu hati Suria mendengar doan Rayyan. Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi.

Solat berimamkan suami sendiri antara perkara yang indah selepas perkahwinan. Tapi tidak pasti kenapa, malam ini hatinya tersentuh.

"Sayang, kenapa ni? Suka sangat nangis kan?" Tanya Rayyan.

Tangisan Suria yang semakin kuat membuatkan Rayyan memeluk isterinya dan membiarkan Suria menangis di bahunya.

Tangan Rayyan menggosok belakang Suria bagi menenangkannya.

"Abang..," Panggil Suria perlahan.

"Akankah ada bahagia untuk sayang?" Soalnya sebelum kembali memeluk Rayyan erat.

"Kenapa cakap macam tu? Semua orang berhak hidup bahagia. Sayang pun sama," Ujar Rayyan.

"Tapi abang..," "Dah, takde tapi-tapi. Sayang ni cakap merapu ni mesti sebab penat ni," Sampuk Rayyan.

"Jom tidurr," Ajak Rayyan seraya menyeka air mata Suria daripada jatuh.

Suria hanya mengikut suaminya itu dari belakang. Dia memang sangat penat harini. Terlalu penat.

********

Ifah dari tadi memerhatikan gelagat budak lelaki yang berada tidak jauh dari situ.

"Akid, mama rindu Akid," Mutiara jernih itu tumpah.

"Nanti, mama datang dengan papa, okey." Sesekali Ifah menyeka air matanya sendiri.

Telefon berdering memaksanya untuk menjauh dari kawasan itu.

"Apa? Kau tunggu dekat situ, kejap lagi aku sampai," Dadanya turun naik menahan marah.

Ifah pantas membawa kereta menuju ke lapangan terbang. Dia perlu tiba di KL secepat mungkin.

"Rico! Briz!" Laung Ifah apabila tiba di rumah banglo miliknya.

"Macam mana dia boleh hilang??" Soal Ifah geram.

"Minta maaf boss, kami tak tahu. Balik-balik jer dia dah takde," Jelas Rico.

"Kurang ajar sape yang culik Hakim." Bergetar suara Ifah menahan marah. Tangan menggepal penumbuk.

Telefon Ifah Berdering, tanpa melihat nama pemanggil dia terus mengangkat.

"Hello, Hakim akan ada dengan aku, sampai dia sembuh," Beritahu seseorang di hujung talian.

"Tak guna kau Haqeem. Aku dah cakap jangan masuk campur! Kenapa kau degil sangat ah?" Bentak Ifah.

Ketawa jahat Haqeem lepas. "Aku takkan biarkan kau sakiti orang yang aku sayang," Jawab Haqeem tenang. Panggilan ditamatkan

"Tak guna kauu!!" Ifah membaling telefon tepat ke dinding.

"Aku nak kau cari Haqeem, sampai jumpa!" Arah Ifah.

"Baik boss!" Rico dan Briz melangkah pergi.

"Kejap! Cari dia di Johor. Aku yakin dia ada di sana," Rico dan Briz sekali lagi memgangguk dan berlalu pergi.

Pandangan mata Ifah bertukar.

"Kau takkan lepaa dari aku, HAHAHAHHHAHAHAHA," Azwani telah keluar.

Pistol yang tersimpan kemas di dalam laci diambil.

"Haqeem, Haqeem. Aku Azwani laa, kau dah buat satu kesalahan besar bila kau cari pasal dengan aku." Pistol itu dicium perlahan sebelum pergi meninggalkan rumah itu dengan senyuman jahat.

🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Hermm author kurang ideaaaa.. Ottohke?☹️

Jangan luoa votee😀

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang