LOVE 9

92 5 1
                                    

"Eh Suya, cuba tengok lelaki tu, hensem kan?" Ujar Hanisah sebaik sahaja Suria mengambil tempat di sisinya, masih berbaki 5 minit sebelum kelas bermula.

"Hurrmm," Kata Suria tanpa memandang ke arah lelaki itu. Tidak berminat.

"Eii kau ni, tengok laa dulu," Hanisah tahu perangai sahabatnya yang satu itu, namun baginya tidak salah jika dia mahu memberi peluang kepada lelaki lain yang ingin mendekatinya.

Suria hanya mengerling sekilas ke arah lelaki itu. Senyumannya terus mati. Fikirannya mula bercelaru. Dalam banyak-banyak lelaki dekat uni ni kenapa kau yang menarik perhatian kawan-kawan aku hah? Haqeem!!

"Takdelah hensem sangat, mata sepet," Nada dingin Suria telah kembali. Siapa suruh hancurkan mood dia pagi-pagi macam ni.

"Ish kau ni, tak baik lah, body shamming." Hanisah tidak menyukai kata-kata yang diujarkan Suria.

"Semua ciptaan Allah elok," Sambung Hanisah.

"Haa, memang laa elok, tapi tak semestinya boleh pandang sesuka hati ja, apa yang haram untuk kita pandang," Jawab Suria tenang.

Zasss!! Sentap betul. Inilah dia Suria, kalau berdebat dengan dia, memang kalah teruihhh. Mulut laserr betul.

Hanisah yang mendengar pernyataan dari Suria terus mengunci mulut. Nanti dia sendiri yang makan cili. Tak mahu bergaduh dalan dewan kuliah ni, nanti jadi benda lain.

Suria tersenyum lebar apabila melihat Hanisah yang terdiam itu. Menjadi juga ya. 'Ya Allah, aku tak nak jumpa lelaki tu,' doa Suria di dalam hati. Hatinya sudah berkecai seribu pada malam itu. Sukar untuk dicantumkan kembali.

*****
Suria berjalan laju menuju ke arah Laura yang menunggunya di cafe. Dia tahu Haqeem berada di belakang sejak tadi lagi. Dia tidak mahu berjumpa lelaki itu.

Semakin besar langkah yang Suria ambil semakin laju langkah Haqeem. 'Ya Allah lambat lagi ke cafenya?' getus Suria di dalam hati.

"Suria! Kejap la," Panggil Haqeem yang mula perasan dengan sikap Suria yang tidak mahu berjumpa dengannya.

Suria tidak menyahut. Dia terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan panggilan Haqeem. "Alhamdulillah, sampai pun," Omel Suria perlahan, sambil mencari kelibat Laura.

Dia melihat Laura berada di meja hujung yang agak jauh dari orang ramai. Dia terus menarik nafas lega seraya mengambil tempat di hadaoan Laura.

"Kau kenapa ni? Macam tak cukup nafas je? Ada orang kacau kau lagi ker?" Tanya Laura merujuk kepada Rayyan. Rasanya hampir satu universiti itu tahu Rayyan adalah satu-satunya lelaki yang berani mendekati Suria.

"Haah, memang ada yang kejar aku, tapi bukan orang, haiwan," Sinis bicara Suria mematikan pelbagai soalan yang bermain di fikirannya.

"Ish kau ni, Istighfar, tarik nafas panjang-panjang hembus, sabar," Suria hanya menurut apa yang Laura katakan. Memang dalam masa sekarang, kalau dia melayan amarahnya, Suria akan berubah menjadi seseorang yang agresif. Habis semua orang dilempangnya nanti.

"Kenapa kau kejar Suria?" Tanya Rayyan kepada Haqeem yang berada di luar cafe. Dari tadi dia hanya memerhatikan Haqeem yang berada di belakang Suria. Suria pula macam dalam keadaan takut dan meluat.

"Kau? Kau kenal Suria?" Mukanya berubah pelik. Femes ke Suria kat U ni?

"Itulah kau tak tahu," Tangan Rayyan mula memaut bahu Haqeem dan mengajaknya berbual di sebuh bangku di situ.

"Suria tu, dia dah start terkenal lepas beberapa minggu dia berada dekat sini," Rayyan memulakan cerita.

"Suria? Terkenal? Kenapa?" Senyuman meniti di bibir Rayyan. Dia tidak tahu kenapa, setiap kali dia ingin bercerita tentang Suria, ada debaran yang hadir di dada.

"Dia, antara perempuan yang tak boleh bekerjasama dengan lelaki. Dia benci lelaki. Kalau ada lelaki yang kacau dia, pasti dia akan marah, tengking. Pernah dia tampar sorang lelaki ni sebab kacau dia. Dia memang tak suka. Atau boleh dikatakan, dia sangat-sangat lah anti lelaki." Terang Rayyan panjang. Senyuman terus meniti di bibir.

'Hancur sampai begitukah hati kau Suria, aku minta maaf,' hati kecil Haqeem berkata-kata.

"Kau tahu ke kenapa dia jadi macam tu?" Itu sebenarnya tujuan Rayyan menceritakan hal itu kepada Haqeem. Selepas melihat perubahan di wajah lelaki kacukan cina itu, dia sangat yakin, punca Suria jadi macam tu, mesti ada kaitan dengan lelaki di hadapannya sekarang.

"Eh, tak tahu, tadi aku jalan saja belakang dia, tak tahu, tak kenal pun dia sebelum ni," Nafi Haqeem. Nampaknya, dia perlu usaha lebih gigih untuk bercakap dengan Suria.

Rayyan hanya tersenyum. Dia tahu benar jika Haqeem menipu. Raut wajahnya jelas kelihatan tidak selesa kalau dia menipu. 'Kalau betul kau pernah sakitkan hati dia, aku takkan biarkan kau ulangi lagi Qeem,' desis hati Rayyan.

"Hermm nda pa lah kalau begitu, just nak pesan, hati-hati lah, dia bukan sembarangan perempuan," Rayyan mengangkat punggung dan menepuk bahu Haqeem perlahan.

Haqeem mengangguk lemah mendengar peringatan itu. Dia perlu berhati-hati dalam percakapannya selepas ini.

Rayyan berlalu masuk ke cafe. Perutnya sudah berbunyi dari tadi minta diisi. Fikirannya menerawang jauh. Masih ada 3 minggu lagi apa yang perlu dia lakukan. Suria! Suria! Bikin angau.

🕊🕊🕊🕊🕊

Kenapa sebenarnya Haqeem nak sangat jumpa dengan Suria?? Apakah rahsia disebaliknya. Nantikan chapter seterusnya.

Jangan lupa vote okeyhh😘😘 mmuahh

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang