LOVE 21

57 4 2
                                        

"Balqis buat apa kat sini tengah-tengah malam ni," Terpancul soalan yang dari tadi disimpan Rayyan.

"Aqis nak balik rumahhh," Meluat betul Rayyan mendengar suara gedik Balqis. Kalau tidak difikirkan itu adalah sepupunya sudah lama ditonyoh-tonyohnya mulut Balqis dengan cili.

"Ouh," Hanya sepatah yang keluar dari mulut.

"Abannggg..," Lenggok suara Balqis memanggilnya membuatkan bulu romanya meremang.

Rayyan tidak menjawab malah lebih senang menyambung pemanduannya. Dalam hati dia berdoa agar cepat sampai ke rumah Balqis.

"Abanggg, abang dengar tak Aqis panggil niii," Rengek Aqis meminta perhatian.

"Apa?" Tanya Rayyan sepatah. Tangannya ligat memutarkan streng kereta. Lebih kurang 3 minit lagi dan dia akan sampai di rumah Balqis. 'Ya Allah, cepatlah sampai,' doa Rayyan di dalam hati.

"Abang duduk sini sampai bila?" Soal Balqis.

"Kejap jer, banyak kerja kat KL," Jawab Rayyan tidak endah.

"Dah sampai," Ujar Rayyan dan memberhentikan keretanya tepat di hadapan rumah Balqis.

"Alaa, cepatnya. Nak duduk dengan abang lagi," Rengekan Balqis semakin menjadi apabila tangannya mencuba untuk meraih lengan Rayyan.

Rayyan yang perasaan dengan tingkah Balqis segera keluar dari kereta. 'Astaghfirullahalazim,' berkali-kali kata itu bergema di seluruh benaknya.

Balqis turut keluar daripada kereta Rayyan dengan mulut mencebik kerana kesal Rayyan dapat menghidu tingkahnya.

"Kirim salam Pak Long ngan Mak long, aku balik dulu," Jelas nada tidak selesa dikeluarkan Rayyan apabila dia telah menggantikan 'abang' dengan 'aku',

Rayyan terus meluncur laju ke rumah ibu bapanya yang tidak jauh dari situ.

"Aqis akan pastikan abang jadi milik Aqis!" Senyuman nakal dia berikan untuk menghantar pemergian Rayyan.

"Woi, anak dara! Kau tercegat lagi kat situ kenapa? Masuk rumah cepat dah lewat ni," Kedengaran suara Pn. Rahimah di muka pintu.

"Yelaa mak, naik laa ni," Balqis berjalan sambil menghentakkan kakinya ke tanah sudah tahu apa yang akan menimpanya sekejap lagi.

"Kau dari mana haa?!" Jerkah En. Malique.

"Dari mana ayah, Balqis kerja kan," Jawab Balqis perlahan.

"Kerja kau kata!! Habis tu ni apa?" Tengking En. Malique sambil melemparkan beberapa keping gambar ke muka Balqis.

Gambar Balqis berpelukan dengan seorang lelaki dan berjalan masuk ke sebuah kelab malam jelas kelihatan.

'Jahanam! Sape punya kerja ni,' bentak hati Balqis.

"Kau dah conteng arang kat muka aku! Kalau aku tahu kau buat benda macam ni sekali lagi, kau bukan anak aku lagi!!" Lantang suara En Malique.

Dia sedih kerana satu-satunya anaknya telah mempermalukan dirinya.

"Abang, sabar abang bawak mengucap," Pujuk Pn. Rahimah.

Balqis segera mengutip gambar-gambar yang bertaburan di lantai dan melarikan diri ke bilik.

Dia mengunci pintu serapatnya, tidak mahu diganggu. Balqis mundar mandir di biliknya memikirkan siapa yang melakukan perkara sebegitu.

Dia mengambil tempat di meja solek dan melihat dirinya di dalam cermin.

"Abang Yan, Aqis akan daptkan abang. Abang tunggu Aqis ye," Tudung di kepala di lepaskan. Dia memakai tudung apabila hendak keluar dan balik ke rumah, namun apabila berada di luar dia tidak tahu kemana tudungnya melayang.

Coretan Cinta TerindahCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang