LOVE 40

48 2 0
                                    

"Weh, kau rasa macam mana?" Soal Haqeem memandang Hakim yang sedang terbaring di hadapannya.

Hakim tersenyum dan mengangguk lemah. Keadaannya sudah semakin membaik cuma mulutnya masih belum boleh mengeluarkan suara.

Cerita yang disampaikan oleh Haqeem kepadanya begitu memeranjatkan dirinya terutama berita mengenai isterinya Nazifah.

Memang salahnya. Dia yang menjadi punca merek berkahwin awal dan dia langsung tidak menyangka perkahwinan itu mengahasilkan cinta buktinya ialah anak mereka.

Andai dia dapat putarkan masa pada malam itu, sudah pasti dia akan mengawal nafsunya dan perkara sebegini tidak akan terjadi.

Mereka terlanjur mencintai antara satu sama lain dan kini, isterinya ingin membalas dendam bagi pihaknya.

"Kau fikir apa?" Haqeem menepuk bahu Hakim perlahan apabila melihat Hakim yang jauh di awangan.

Hakim menggeleng perlahan.

Haqeem menggenggam tangan Hakim kuat.

"Sepanjang kau hidup dengan dia, kau tak rasa dia pelik ker?" Soal Haqeem.

Fikiran Hakim menerawang jauh kemudian menggeleng perlahan.

Haqeem mengangguk-angguk melihat reaksi Hakim.

"Kim, aku nak keluar jap pergi tandas," Pinta Haqeem sebelum berlalu meninggalkan Hakim bersendirian.

Hakim membuang pandangan ke luar jendela.

<><><><><><><><><><>

"Ifah sayang! Ada nampak kunci kereta abang tak?" Laung Hakim dari dalam bilik. Kakinya bergerak mencari kunci keretanya.

"Mana sayang aku ni? Kat dapur kut," Fikir Hakim.

Sedang tekun dia mencari, tanpa sedar dia menjatuhkan satu fail dari almari.

"Aik, tak pernah-pernah aku tengok fail ni," Hakim membuka fail itu perlahan.

Nur Nazifah Azwani binti Mohd Khair
Dengan ini disahkan menghidap Boder..

"Abang!!" Panggil Ifah.

Hakim cepat memasukkan surat itu kedalam fail dan menyimpan kemas.

"Yee," Sahut Hakim

"Ni kunci kereta kat luar ni bang," Bagitahu Ifah.

"Ouh," Hakim berlari mendapatkan Ifah.

"Thank you sayang. Abang keluar dulu ye," Hakim pantas mengucup lembut dahi Ifah sebelum pergi ke tempat kerja.

Fail itu kekal menjadi tanda tanya.

<><><><><><><><><>

"Sayang, abang rindu sayang," Suara yang tidak berbunyi itu jelas bergema di setiap sanubarinya.

Tanpa sedar air mata Hakim mengalir perlahan. Dia tidak mahu isterinya bertindak dengan lebih jauh.

Haqeem mundar mandir mencari tandas namun masih tidak ditemui.

"Aduhh," Adu Haqeem apabila bahunya dilanggar oleh seseorang.

"Weh, Haqeem." Panggil lelaki yang merempuhnya sebentar tadi.

"Iq.. Iqram. Kau buat apa kat sini?" Soal Haqeem.

"Aku yang patut tanya kau, kau buat apa dekat sini? Kau sakit ker?" Soalan bertubi dari Iqram membuatkan Haqeem terdiam. Patutkah dia memberitahu Iqram mengenai Ifah?

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang