LOVE 26

53 2 1
                                    

"Aku tak tahu, aku tak tahu aku sape," Jawab Shaqeer.

Suria pelik. Dia kemudian menyuruh Shaqeer pergi dari situ. Suria masuk kembali ke dalam biliknya dan menukarkan telekung dengan tudung yang telah tersedia di situ.

Dia perlu mencari ibu bapanya. Suara Shaqeer sama dengan Naufal.

"Ma, abah, siapa Shaqeer tu sebenarnya?" Suria terus bertanya kepada ibu bapanya apabila Shaqeer tidak berada di situ.

"Abah jumpa dia, masa tu dia ada dekat depan masjid. Abah tengok dia macam tak tentu arah, abah pergi cakap dengan dia, pastu dia bagitahu abah, dia terlibat dalam kemalangan dan hilang ingatan, dia tak ingat pun siapa dia. Jadi, abah ambil dia sebagai anak angkat" Terang En. Luthman panjang.

Suria mengangguk-angguk mendengar cerita ayahnya. Jadi kemungkinan besar Shaqeer ialah Naufal.

"Dah, jom makan. Nanti sejuk lauk ni," Ajak Pn. Nadine.

"Jom! Kakak lapar dah ni," Rengek Suria. Benar kata Linda, dia memang seseorang sukar untuk berhenti makan apabila dalam satu perjalnan yang panjang.

Mereka menjamu selera petang itu dengan kehadiran Shaqeer yang masih menganggu pemikiran Suria tentang kebenaran dirinya.

"Abah, selalunya abah pergi solat kat masjid ker?" Tanya Suria.

"Selalunya tapi malam ni tak kut, sebab abah nak solat kat rumah dengan anak abah ni," Jawab En. Luthman.

"Hehe, okey abah." Suria tersenyum lebar.

"Shaqeer jadi imam ye nak," Pinta En. Luthman.

Shaqeer mengangguk. Sudah lama dia tidak menjadi imam.

"Shaqeer minta diri dulu pakcik," Shaqeer yang sudah selesai makan meminta diri ke bilik. Untuk mengambil wuduk mungkin.

Semakin lama Suria melihat Shaqeer, perasaannya semakin tidak menentu.

"Kakak masuk dulu ye," Suria juga meminta diri ke bilik.

Suria mengambil di hadapan meja soleknya. Laci yang menyimpan pelbagai surat ketika zaman sekolahnya dibuka perlahan.

Sampul surat yang berada di bahagian paling atas di ambil. Sampul itu dibuka perlahan.

Allahuakbar Allahuakbar!! Bunyi azan maghrib berkumandang mematikan niatnya untuk melihat surat yang tersimpan kemas di dalam sampul itu.

Suria berlalu untuk mengambil wuduk dan menuju ke ruang solat. Semua orang sudah berada di situ, hanya dia yang terakhir.

Setelah En. Luthman selesai iqamat, mereka bersiap sedia untuk solat. Disebabkan ketinggian Shaqeer yang mencecah hampi 185 meter ketinggiannya, Suria dapat melihat susuk tubuhnya dari belakang. Dia dapat rasakan sesuatu yang aneh dalam hatinya.

"Allahuakbarr!" Suara itu sangat Suria kenali.

Shaqeer memulakan bacaan Al-Fatihah.

Jntung Suria berdegup laju. Memorinya mengenai suara itu kembali bermain di fikirannya. Kaki Suria menggigil.

Pandangan matanya berbalam- balam. Peristiwa pada hari itu berputar kembali. Suara seorang lelaki mengejeknya kedengaran jelas di telinganya saat ini.

Mata Suria tertutup rapat, lututnya lemah, kakinya layu tidak bermaya, tidak lama kemudian semuanya kelam.

<><><><><><><><>

"Hahahahaha, apa kau ni, mengarut laa," Suria menafikan kata-kata Raiza.

"Eh, aku nampak laa dalam mata kau, kau sayang dia kan? Kan? Kan?" Sekali lagi Raiza menebak hati Suria.

"Haha. Dah, kau takyah nak merepek kat sini," Suria menggelengkan kepala apabila melihat Raiza yang bersungguh-sungguh mengatakan bahawa dia menyayangi Raiq.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang