LOVE 4

140 6 0
                                    

1 tahun kemudian

"Suya, boleh jawab dok kimia tadi?" Suria hanya tersenyum mendengar soalan itu.

"Alhamdulillah," Hanya itu yang mempu di keluarkan dari mulutnya.

Cepatnya masa berlalu, tinggal beberapa hari sahaja lagi, sebelum mereka semua menghabiskan peperiksaan SPM.

Ramai yang tidak sabar untuk menghabiskan peperiksaan ini dengan cepat, termasuklah Suria.

Dia sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam universiti walaupun dia sudah sedia ketahui, alam universiti itu lebih mencabar.

Demi mencapai impiannya, dia tekad. Kali ini dia kuat setelah beberapa kali dia jatuh tersungkur.

Suria bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang selalu membantu dan memberi semangat andai dia rebah.

"Alhamdulillah ala kulli hal," Senyuman lebar diukir Suria.

"Kau beli hadiah ape dowh untuk dinner last nanti?" Soal Anis.

"Mana boleh bagitahu, orang special je boleh dapat tu," Suria menegenyitkan mata ke arah Anis.

"Hek eleh, tengok-tengok aku yang dapat." Celah Beela.

"Kalau kau dapat, kau la yang special tu," Ketawa Suria lepas.

"Kau tak nak bagi hadiah kat Hamez ker? Confess ke? Tanya Anis, ingin tahu.

Hahhhhahahh, jangan nak buat bodoh kat situ. Aku bukannya minat mamat Sabah tu pun, buat apa confess. Aku waras lagi.. Hahahhaha" Jawab Suria jujur, dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap lelaki itu. Hanya berminat untuk berkawan dengannya kerana perwatakannya yang mampu menarik perhatian Suria. Lebih dari itu tidak pernah.

"Kalau dia yang confess?" Tanya Deeja.

Sekali lagi tawa Suria pecah. "Bukan ke dia dah confess eh? (Dekat crush dia la, yang pasti bukan aku,) Dah laa merapu korang ni. Aku tak suka dia. Stop here." Suria menggeleng kepala dengan sikap sahabat-sahabatnya yang tidak habis-habis ingin mengenakan dia dan budak Original Sabahan itu.

Suria sendiri sudah tawar hati dengan perasaannya sendiri. Cinta itu sudah lama tidak berputik di dalam hatinya. Rasa itu sudah lama tidak memunculkan diri.

Degupan jantungnya juga sudah tidak lagi berdebar apabila memikirkan soal hati dan perasaan terutamanya cinta. Perasaan itu sudah tiada. Hatinya kerap kali terluka meninggalkaan kesan parut yang mendalam.

*****
Hermm malam yang dinanti oleh semua telah tiba. Malam last boleh spend time dengan kawan-kawan. Esok masing-masing akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Esok last weh," Kata Farah perlahan.

"Nanti jarang doh boleh main dengan batch," Sampuk Safwa.

Argh malas rasanya untuk Suria memikirkan perkara itu. Last tak last, dia tak sabar ingin keluar dari kepompong itu.

Batch? Bukan wujud pun. Memori dengan batch pun dah tak wujud selama 2 tahun ni. Bukan dia tidak menyayangi batch itu, kawan-kawannya itu, tapi mereka sendiri yang menyebabkan nama batch itu sudah lagi tidak wujud dalam kamus hidup Suria.

"Bagus la last, takyah hadap muka korang lagi," Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut.

Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Apa? Salah ke apa yang aku cakap?" Tanya Suria tegas.

Mereka berbisik sesama sendiri dan menjeling ke arah Suria.

Suria merasakan dirinya tidak diperlukan di situ mengambil keputusan untuk keluar daripada dewan itu.

Tubir matanya terasa hangat. Ada air yang mengalir laju dari situ.

Suria membuka pintu dewan itu laju, "Aduh," Suara seorang lelaki menjerit kecil membuat Suria menoleh ke arah lelaki itu sekilas. Air mata di pipi sempat diseka.

"Sorry," Hanya itu yang keluar dari mulut Suria dan dia terus berlalu pergi ke tepi dewan dan berlabuh di sebuah bangku di situ.

"Aku rindu kau Ifah," Mutiara jernih mula tumpah di pipi.

"Diorang semua tak faham aku, kenapa? Kenapa?" Suria memukul dadanya yang terasa perit.

"Aku berpura-pura kuat 2 tahun ni, sebab aku tak nak diorang semua nampak aku lemah,"  Air matanya mengalir laju.

"Tapi aku salah, semua ni hanya membuatkan aku makin lemah," Rintih Suria. Esakannya semakin kuat.

Setelah dia merasakan tangisannya mula reda, dia mengangkat kaki ke tandas untuk membasuh muka. Takkan dia nak masuk ke dalam dewan dengan mukanya yang sembab.

"Oh mak kau!!" Tekejut Suria apabila dia membuka pintu tandas terjengul kepala seorang lelaki disitu.

Suria mengurut dadanya perlahan. Debaran di dada yang tadinya laju sudah mula menurunkan rentaknya.

"Kau sape? Kau buat apa kat sini?" Tanya Suria bertalu. Kalau tidak silapnya itulah lelaki yang dilanggarnya dengan pintu tadi. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu. Ingin dikatakan batchmatenya, jauh sekali.

Tidak ada batchnya yang berwajah seperti itu.

Lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kau okey?" Tanya lelaki misteri itu.

"Tak sekarang ni, aku tak kenal kau, kau sibuk urusan aku kenapa?" Tanya Suria tegas. Dia tidak suka diganggu oleh orang yang tidak dia kenali.

Melihat raut wajah lelaki itu yang tiada tanda seperti ingin menjawab soalan Suria menyebabkan Suria memilih untuk melangkah pergi meninggalkan lelaki itu berseorangan di situ.

"Pelik betul, dah la muncul tiba-tiba, tanya soalan pelik-pelik pulak, haihh," Rungut Suria sendirian.

Sampai di pintu dewan, Suria mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam dewan.

'Sabar Suya, sehari lagi,' pesan Suria pada dirinya sendiri. Senyuman yang paling ikhlas dikekalkan di bibir.

🌷🌷🌷🌷🌷

Nak tahu sape lelaki itu? Teruskan membaca Coretan Cinta Terindah.. Hehehe..

Vote okeyhh😬😬

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang