LOVE 48

43 2 0
                                    

"Abang?" Panggil Suria.

Rayyan tidak menjawab. Tangannya yang berlumuran darah memaksanya menolak kuat tubuh Azwani.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?!" Soal Azwani. Perasaan marahnya terhadap Suria kian membara.

Kalau dia perlu membunuh Rayyan sekalipun dia sanggup. Suria tidak boleh bahagia.

Rayyan memegang kedua belah tangannya yang terluka disebabkan pisau tadi. Darah yang tidak henti mengalir membuatkan matanya berpinar.

"Abang, jangan tengok darah bang," Suria mengingatkan di belakang.

Rayyan mengangkat muka memandang Ifah sebelum menarik nafas panjang.

"Kau nak apa haa dari isteri aku?!" Urat yang kelihatan menegang di lehernya jelas menunjukkan bahawa dia sedang menahan marah.

"Aku nak bunuh dia, kenapa? Kau nak gantikan tempat dia?" Tanya Azwani sinis.

Rayyan menggenggam penumbuk. Sakit di tangannya sudah tidak dihiraukan. Bercakap dengan orang yang tidak 'sihat' memang perlu banyak bersabar.

"Ke kau nak aku bunuh kau sama macam aku bunuh abang kau? Hahahahahhahahaha," ketawa jahat Azwani lepas.

Mata Suria membulat. Kebenaran yang tidak diduga. Tidak menyangka begitu rupanya perangai sebenar Nazifah Azwani.

"Kau jangan cabar aku laaa pompuann!!" Jerkah Rayyan.

Azwani tersenyum. Nampaknya lelaki di hadapannya ini sedikit sebanyak telah masuk ke perangkapnya.

"Sayang sangat kau dekat Rykarl eh, tetapi lelaki macam tu memang patut mampuss!!" Azwani sengaja menaikkan kemarahan Rayyan.

Dengan itu, Rayyan sendiri yang akan mendekatinya tanpa perlu dia bersusah-susah melawan lelaki itu.

"Kau memang nak kena!!" Rayyan berjalan laju ke arah Azwani.

Dia sudah tidak dapat menahan marahnya. Geram. Benci. Dendam. Semuanya kini berkumpul di satu tempat memaksanya untuk melenyapkan perempuan itu sekarang juga.

Azwani mengundur beberapa tapak ke belakang sehingga dia bersandar pada dinding.

Rayyan pelik dengan sikap Azwani yang sangat tenang.

Langkahnya diperlahankan. Matanya tertumpu pada tangan kiri Azwani yang tersorok di belakang.

Pasti ada sesuatu.

Rayyan kembali berjalan ke arah Azwani laju.

Sebaik sahaja Rayyan berada di hadapan Azwani, pisau yang sedia ada di tangan kirinya di keluarkan untuk menghunus dada bidang lelaki itu.

Rayyan yang sudah dapat mengagak tindakan itu menyepak kuat pergelangan tangan Azwani sehingga pisau itu jauh terpelanting.

"Aku tak bodoh la pompuan!" Rayyan mencengkam kuat bahu Azwani dan menolaknya rapat ke dinding.

Azwani terdiam. Otaknya ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri.

Mata Rayyan yang memandang tepat ke arahnya sukar untuk ditafsirkan apa yang akan dilakukan oleh lelaki itu.

"Psst," Suria menoleh ke belakang.

"Shuhh," Haqeem memberi isyarat tangan di mulut.

Haqeem melepaskan ikatan di tangan Suria.

Hancur hatinya apabila melihat pergelangan tangan itu berlumuran darah.

Ifah dah melampau!! Bentak hatinya.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang