LOVE 35

50 3 0
                                    

Baru sahaja Suria ingin melelapkan mata, telefonnya berbunyi kuat. "Sape pulak laa telefon malam2 ni," Rungut Suria.

"Eh, tunang kita laa." Cepat-cepat Suria menjawab panggilan itu. Rindu sebenanrnya ingin mendengar suara lelaki itu.

"Assalamualaikum, cik tunang," Suara garau itu terlebih dahulu memberi salam.

"Waalaikummusalam," Jawab Suria. Mendengar suara lelaki itu sahaja sudah cukup membuatkan dia berbunga. Sudah jatuh cinta mungkin. Tapi belum pernah jumpa. Aih, pening-pening.

"Dah nak tido ker?" Soal Haqil di hujung talian.

"Bolehlaa, ngantuk sikit," Jujur Suria.

"Hermm, Suriaa." Panggil lelaki itu.

"Aku nak minta maaf, kalau sepanjang pertunangan kita, aku buat kau sakit hati," Telus suara Haqil kedengaran di telinga Suria.

"Eh, takpelah takde apa-apa pun," Ujar Suria.

"Aku betul-betul minta maaf ni, aku rasa bersalah dengan kau. Kau yang banyak uruskan tentang hal kahwin, majlis. Semua kau yang uruskan, aku minta maaf..," Sekali lagi Haqil memohon maaf. Dia memang betul-betul rasa bersalah.

"Ye, Haqil. Takpe, saya okey ja. Lagipun saya tak sabar nak kahwin ni," Teruja betul Suria dibuatnya. Kahwin dengan lelaki yang dia tidak pernah jumpa. Walaupun jauh di sudut hatinya, dia seolah dapat mengagak siapa sebenarny Haqil.

"Amboi, tak sabar nak kahwin. Gatal jugak kau ni kan," Haqil tersenyum lebar.

"Apa awak ni, bukan tak sabar nak kahwin sebab tu," Suria mendengus perlahan.

"Ouh, bukan eh? Aku je laa fikir ke situ," Haqil menggaru kepala yang tidak gatal

"Bukanlah," Nafi Suria.

"Saya sebenarnya, tak sabar nak jumpa awak," Jelas Suria dengan senyuman yang sangat manis diukir.

"Alahai cik tunang ku, dua hari lagi, kahwin laa kita. Sabar yee, sikit je lagii," Haqil mula membayangkan hari perkahwinannya nanti. Berdebar pula rasanya ingin melafazkan akad nikah.

"Tapi kan Haqil, betul ke awak ni hensem?" Soal Suria lagi. Sudah berapa kali dia bertanyakan soalan itu pun dia tidak tahu.

Suria bukanlah seorang yang cantik, tapi, tidak dinafikan dia seseorang yang sedap untuk dipandang dan pandai membuat orang selesa bila berada dengannya.

"Haih kau ni kan, nasib baik jauh kau tahu tak, kalau dekat dah aku ketuk jugak kepala kau ni. Berapa kali aku nak bagitahu, aku hensemmmmmmmm sangatttttt," Jawab Haqil bersemangat. Tawanya bergema seketika kemudian.

"Hermm, ye eh?" Soal Suria tidak percaya.

"Esh dia ni kan. Kau saba jap, aku hantar gambar kat kau,"

Ting. Satu wasap masuk.

"Wah, awak betul-betul hantar gambar. Kejap-kejap nak tgk," Teruja betul Suria dibuatnya.

"Esh, suka main-main laaa, mana mukaa??" Soal Suria

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Esh, suka main-main laaa, mana mukaa??" Soal Suria.

"Haa nk tgk muka, tunggu 2 hari lagi ye cik tunang." Usik Haqil.

Suria menarik nafas dalam. Lelaki ini memang nak kena cubit dengan Suria nanti.

"Ye laa, encik tunang yang suka perasan," Perli Suria.

"Haa tunggu laa kau 2 hari lagi, baru kau tahu langit tinggi ke rendah," Haqil cuba menakutkan Suria.

"Kenapa? Saya tak takut laa," Jawab Suria berani.

"Ehem, kalau dah halal kan boleh buat apa saja," Nakal suara Haqil.

"Eem, saya rasa awak dah ngantuk sangat dah tu, saya pun dah nagantuk ni, saya tido dulu, okey bye, Assalamualaikum," Panggilan ditamatkan.

Meremang bulu roma Suria mendengar suara Haqil sebentar tadi. Dia tahu lelaki itu tidak main-main.

'Adoiii, macam mana ni. Malam pertama? Arghh, no! Aku kena larikan diri.' fikir Suria.

"Aku suruh dia tidur atas sofa laa," Muncul idea bernas.

"Haish, tapi aku kena hormat suami," Suria menggaru kepalanya.

"Nak buat macam mana ni, adoii," Suria berpusing ke kanan dan ke kiri. Runsing betul.

Suria menampar pipinya kuat. "Apa kau fikir ni Suria!!" Laju dia beristighfar di dalam hati.

"Tidur, Suria, tidurr!!" Suria memejamkan mata rapat.

Belum sempat Rayyan menjawab salam, panggilan ditamatkan.

"Haa tahu pun kau takut eh," Senyuman nakal terukir di bibir Rayyan.

Dua hari lagi dan dia akan bergelar suami kepada Suria.

"Aku dah bagitahu kau Suria, lama dah. Aku kan jaga kau, dan kalau kau tunggu aku, aku jadikan kau isteri aku yang sah," Omel Rayyan sendiri.

**********

Haqeem mengekori Ifah dari tadi. Dia tahu, kehilangan Hakim dari hospital kaitan dengan Ifah.

"Aik, kenapa dia datang sini?" Soal Haqeem kepada dirinya sendiri.

Haqeem melompat pagar untuk masuk ke dalam rumah banglo milik Ifah.

Setelah melepasi Rico dan Briz, Haqeem membontoti langkah Ifah menaiki tangga dan menuju ke sebuah bilik.

Sepanjang dia dikurung disini selama sebulan, dia tidak tahu apa yang berada di sini, melainkan bilik tempat dia dikurung sahaja.

"Dia buat apa sebenarnya datang sini? Nak jumpa sape?" Omel Haqeem sendiri.

"Abang!" Jerit Ifah.

"Abang? Hakim ker?" Haqeem berjalan perlahan di belakang Ifah dan masuk ke bilik itu.

Ifah mengambil tempat di sisi Hakim. Tangan Hakim diambil dan dikucup perlahan.

"Abang, Suria nak kahwin dah. Ifah akan biarkan dia bahagia kejap dengan suami dia, lepas tu Ifah akan buat hidup dia sengsara bang," Cerita Ifah.

'Suria nak kahwin?' remuk hati Haqeem. Tidak tercapai hasratnya untuk menjaga Suria. Namun itu tidak penting sekarang. Hakim, dia perlu selamatkan Hakim, tapi macam mana?

Perlahan-lahan, Haqeem berjalan keluar dari bilik itu. Dia perlu memikirkan sesuatu.

"Abang, Ifah tido dengan abang ye malam ni," Ifah berbaring di sisi Hakim dan memeluk tubuh lelaki itu.

"Ifah rindu abang," Rintih Ifah.

"Tapi Ifah taknak abang ganggu rancangan Ifah," Jelas Ifah.

"Maafkan Ifah bang. Ifah janji, lepas semua ni selesai, Ifah akan bawa abang pergi kimoterapi,"

Hakim yang ketika itu tersedar dari tidurnya tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia juga rindukan Ifah. Dia tidak mahu, Ifah terpesong makin jauh.

Akhirnya Ifah tertidur dengan memeluk Hakim. Esok dia akan bertolak ke Terengganu.




🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊

Bab ni hambar sikit heheheh author takde idea sagt huwaa😭

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang