LOVE 6

156 8 2
                                    

"Eh Suya, kau tak nak bangun ke? Harini dah la first time masuk kelas, kau memang sengaja nak lambat ke apa?" Soalan daripada Laura menyedarkan Suria dari lamunannya.

Suria bangun dari katil untuk membersihkan diri dan berkemas untuk ke kelas. Hari ini merupakan hari pertamanya sebagai pelajar universiti.

Kenangan itu telah lama berlalu dalam hidupnya, dan disebabkan perkara yang berlaku pada malam ni, Suria terus membenci lelaki. Sungguh lelaki semua sama. Hanya kesempurnaan yang dinilai oleh lelaki pada perempuan. Dia benci lelaki!! Lelaki tidak layak untuk disayangi kerana lelaki hanya tahu menyakiti.

Suria menoleh sekilas ke arah jam di tangan kirinya. "Huh, dah lambat dah ni," Jam menunjukkan pukul 9.25 pagi. Manakala kelasnya pagi ini bermula pukul 9.30 pagi.

Suria berlari-lari anak menuju ke arah fakultinya. Langsung dia tidak menyangka impiannya untuk masuk ke IIUM tercapai, lebih-lebih lagi dia mendapat course yang dia ingingkan. Phsychology.

"Aduh," Adu Suria perlahan apabila dia dilanggar oleh seseorang.

"Tak nampak ke orang tengah kalut, langgar-langgar pulak," Angin Suria tidak menentu apabila dia melihat orang yang melanggarnya ialah seorang lelaki!! Bencii!!

Suria terus pergi meninggalkan lelaki itu tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Suria?" Sebut lelaki itu perlahan. Dia tersenyum melihat karenah perempuan yang berlalu pergi. Macam-macam perangai budak yang baru masuk ni. Fikir lelaki itu. Dia menggeleng kepala perlahan dan mengorak langkah  menuju ke arah fakulti Law.

"Pagi-pagi dah kacau mood aku, serabut betul," Rungut Suria perlahan sebelum mengambil tempat di sebelah Hanisah.

"Suria, kenapa muka masam jer," Tanya Hanisah prihatin.

"Tak de pape pun, saje je tak nak senyum," Jawab Suria perlahan.

"Macam-macam la awak ni Suria," Ujar Hanisah.

Tidak beberapa lama kemudian, Prof Henry mula menapak masuk. Kelas pertamanya pada pagi itu menyegarkan matanya kerana dia sungguh berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai psikologi.

*****

"Eh Suya, kau tahu tak?" "Tak," Pantas Suria menjawab.

"Ish kau ni, dengar laa dulu," Rungut Laura disaat Suria seperti tidak mahu mendengar soalannya.

Suria memandang Laura dengan satu senyuman yang agak sukar untuk dilihat oleh orang lain melainkan mereka yang betul-betul rapat dengannya.

"Apa dia Laura sayang?" Tanya Suria sebelum meneruskan makan.

"Kau perasaan tak laki tu asyik tengok kau je?" Tersedak Suria di buatnya dengan soalan tak semenggah dari Laura. Air di tepi pantas diambil dan diteguk.

Nafas dicari Suria sebelum menjawab soalan Laura. "Biarlah dia, tak pernah tengok perempuan agaknya," Jawab Suria lancang. Dia tidak suka bercakap pasal lelaki.

"Kau ni, sampai bila nak benci lela.." Belum sempat Laura menghabiskan soalannya Suria terlebih dahulu menjawab.

"Sampai bila-bila!" Jawab Suria sedikit lantang sehingga ada beberapa orang di sekelilingnya memandang ke arahnya.

Suria tidak menghiraukan pandangan orang sekelikingnya. Dia terus mengangkat punggung dan berlalu dari situ.

Dia tidak marahkan Laura, dia cuma tidak suka soalan itu dilontarkan oleh orang yang dekat dengannya.

Biarlah masa yang menentukan bilakah hatinya akan terbuka semula kepada lelaki.

Tetapi wujudkah lelaki itu nanti? Lelaki yang akan melembutkan semula hati Suria untuk menerima Cinta?

Rayyan yang dari tadi yang ralit memerhatikan Suria terkejut apabila perempuan itu tiba-tiba bangun dalam keadaan marah.

'Perasankah aku tengok dia?' detik hati Rayyan.

"Woi, Ray, kau kenapa tengok perempuan tu macam tu, kau kenal ke?" Tanya Iqram mengejutkan Rayyan dari tingkahnya yang masih memandang Suria.

"Eh tak ah, aku cuma pelik tiba-tiba nak tinggikan suara macam tu," Jawab Rayyan menafikan kebenaran.

Rayyan sudah lama mengenali Suria. Rayyan ialah senior Suria dia sekolah menengah dulu. Sudah lupakah Suria pada dirinya, sedangkan Suria laa dulu yang selalu mengganggunya. Dia tersenyum sendirian memikirkan kenangan dulu.

"Eh, kau ni Ray. Senyum sorang-sorang pulak, kau dah angau ke?" Tanya Iqram pelik dengan kawan baiknya yang satu itu. Sudah jatuh cinta pada perempuan tadikah? Detik hati Iqram.

Rayyan menggelengkan kepala. "Senyum pun tak boleh ke?" Tanya Rayyan kembali.

Iqram menunjukkan penumbuknya ke arah Rayyan. Tawa mereka berdua lepas.

"Eh, tapi baik kau hati-hati dengan Suria tu, dengar cerita dia tu anti-lelaki. Memang dia tak boleh kalau ada perkara yang berkaitan dengan lelaki. Kerja dia nak marah je. Katanya benci sangat ngan lelaki." Terang Iqram panjang lebar memberi peringatan.

"Mana kau tahu citer ni?" Tanya Rayyan. Dia sendiri pun tak tahu.

"Kau ni, dah sebulan dah junior kita masuk, aku korek cerita dari diorang la, aku kan artis meletop, kena la tahu semua cerita," Iqram menjongketkan keningnya sambil tersenyum memandang Rayyan.

"Hek eleh kau, apoo," Ketawa Rayyan lepas melayan karenah sahabatnya itu. Makin dilayannya makin menjadi. Namun tidak dinafikan, dengan anugerah yang Allah berikan pada dia iaitu memiliki wajah yang tampan, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan menjadi artis.

'Apa dah berlaku dalam hidup kau Suria, sampai begitu sekali kau membenci lelaki?' soal Rayyan dalam hati. Matanya melirik ke arah tempat yang Suria pergi setelah melangkah keluar dari cafe itu.

Kali terakhir dia mengetahui perkembangan Suria ialah sewaktu dia berumur 16 tahun. Setelah itu, Suria sudah tidak menghantarkan padanya sebarang mesej.

🌷🌷🌷🌷🌷

Nak tahu apa yang akan berlaku dalam kehidupan Suria dan Rayyan lepas ni, tunggu lah next chapter..🤣🤣

Supoort author tauu

Tekan bintang vote okeyy ⭐😘

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang