LOVE 39

40 2 0
                                    

Iqram mundar mandir di dalam ruangan pejabatnya. Sudah tiga hari dia tidak dapat menghubungi Linda.

Pesanan ringkas yang dihantar kepadanya tiga hari lalu juga dia sangat yakin itu bukan dari Linda.

Sepanjang tiga hari juga dia ulang alik ke rumah sewa tunangnya itu namun rumah itu kosong seolah tiada penghuni.

Hari ini dia akan pergi sekali lagi ke rumah itu bersama-sama dengan Rayyan dan Suria yang kebetulan kembali ke KL pada hari.

Kehilangan Linda selama 3 hari Iqram hnya memberitahu Rayyan dan berpesan agar tidak memberitahu Suria kerana dia tidak mahu menganggu bulan madu mereka.

Pintu bilik Iqram diketuk perlahan. "Masuk," Laung Iqram.

"En Iqram, En. Rayyan dah tunggu kat bawah," Iqram cepat mengemas barangnya dan menuju ke bawah.

Cepat dia memasuki badan kereta dan tidk dapat mengawal riak wajahnya yang cemas.

"Iq, dah lama sangat ke tak jumpa Linda ni?" Soal Suria polos. Rayyan pula memandang Iqram penuh makna.

Iqram menggaru kepalanya tidak gatal.

Rayyan terus meluncur laju ke rumah sewa Suria, dia juga risaukan keadaan Linda.

"Sayang, biar abang buka pintu ye," Pinta Rayyan. Suria memgangguk.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu bau hanyir darah terasa begitu. Perasaannya tidak enak.

"Sayang, sayang duduk luar dulu ye. Iqram, masuk ngan aku," Suria mulai pelik namun dia tidak bertanya lebih hanya menurut.

Iqram membontoti langkah Rayyan. Bau hanyir darah yang begitu kuat membuatkan Iqram tidk tentu arah. Air matanya bertakung perlahan.

Rayyan menggosok bahu Iqram memberi semangat.

"Kau pergi cari bilik sana," Rayyan menyuruh Iqram mencari di bilik Ifah.

Iqram membuka pintu perlahan. Hampir luruh jantungnya apabila melihat keadaan Linda saat ini.

Darah berlumuran di lantai membuatkan air mata lelakinya mengalir.

Apa salah tunangnya itu sehingga diseksa begitu.

Mata Linda yang tertutup rapat, dan badan Linda yang lemah itu ditatap perlahan. Tudung yang digantung di almari berdekatan diambil dan menutup rambut gadis itu.

"Ya Allah, Lindaaaa!!" Suria berlari ke arah Linda.  Namun cepat di tahan Rayyan dan membawa Suria ke dalam pelukannya.

"Iq, cepat bawa Linda ke kereta," Arah Linda sementara tangannya masih membujuk Suria.

Iqram mendukung Linda ke kereta Rayyan perlahan.

'Aku takkan biarkan kau bebas kat luar sana laa perempuan!' jerit hati Iqram.

Gambar Ifah yang diambilnya semasa berada di bilik tadi di renyuk kuat.

Dia yakin ini pasti kerja perempuan tu!

*********

"Alhamdulillah, Linda selamat. Luka di pahanya tidak terlalu dalam tapi dia kehilangan banyak darah. Jadi kami dah masukkan darah, mungkin memerlukan masa untuk dia sedar semula." Jelas Dr. Amirah.

Iqram mengangguk lesu. Dia menjenguk Linda dari tingkap. Muka pucat gadis itu ditenung lama.

'Maafkan aku Linda! Kalau aku pergi rumah kau awal lagi, mesti takkan jadi macam ni,' Iqram menyalahkan dirinya sendiri.

Suria yang masih tetap berada di pelukan Rayyan mula reda tangisannya.

"Iq, aku kena balik dulu. Kau tengok laa Suria ni, bagi dia tenang dulu ye," Beritahu Rayyan.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang