LOVE 38

53 2 2
                                    

"Sayang, bangun sayang. Lewat dah ni, nanti terlepas subuh." Kejut Rayyan.

Semalam mereka selamat sampai di Bali yang menjadi pilihan mereka berdua untuk berbulan madu.

Suria mengesat matanya perlahan. "Pukul berapa dah abang?" Tanya Suria mamai lenguh di bahunya sudah sedikit berkurang.

"Pukul 5.30. Sayang bangun pergi mandi, abng tunggu sayang," Perintah Rayyan.

Suria mengangguk dan berjalan perlahan ke bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk.

"Abang, jom gi jalan-jalan kat pantai," Ajak Suria setelah selesai sarapan.

Rayyan memaut tangan Suria erat dan tersenyum ke arahnya.

"Sayang nak gi mana-mana pon boleh, nak masuk bilik pon boleyh" Rayyan menjawabnya dengan nakal.

Kuat tangan Suria mencubit pinggang Rayyan. Suaminya yang satu ini, kalau sehari tak merapu memang tak sah.

"Sakitlah sayang," Rengek Rayyan manja.

Suria tersenyum puas dapat mengusik suaminya itu. Nakal sungguh!!

"Jom sayang," Rayyan menarik tangan Suria berlari ke arah pantai.

Suria berlari mengikut langkah Rayyan dari belakang. 'Macam budak-budak!' desis hati Suria. Senyuman mekar dibibir. Sungguh dia bahagia.

Mereka mengambil tempat di atas batang pokok yang tersidai di bawah pokok kelapa.

"Sayang, abang nak tanya sayang satu soalan ni," Ujar Rayyan.

Suria mengangkat muka dan menoleh ke arah Rayyan penuh tanda tanya.

"Sayang, sayang abang tak," Soal Rayyan.

"Apa abang ni tanya soalan macam tu?" Suria menunduk malu.

"Ye laa, sayang abang ke takk?" Soal Rayyan sekali lagi.

Suria tidak menjawab. Sejujurnya, dia belum pasti dengan perasaannya sendiri. Apa yang dia tahu, dia menginginkan Rayyan dalam kehidupannya.

Rayyan turun dari pondok dan bertinggung di hadapan Suria.

Dia memegang dagu Suria dan mengangkat wajah Suria memandangnya.

Mata mereka bertaut seolah berbicara sesama sendiri.

"Abang sayangkan sayang," Suria memandang dalam ke bebola mata itu. Yang dia lihat adalah keikhlasan.

"Abang tak sempurna, sayang. Tapi abang akan cuba untuk jadi yang terbaik dalam hidup sayang." Pandangan matanya redup memandang Suria.

Kedua-dua tangan Suria di raih, "Abang akan jaga sayang, lindungi sayang. Abang takkan biarkan sesiapapun sakitkan hati sayang. Tapi sayang, abang nak minta satu benda dari sayang," Rayyan menghentikan bicaranya.

"Apa?" Tanya Suria perlahan.

"Abang nak sayang percayakan abang, walau apapun yang jadi," Pinta Rayyan.

Hati Suria tersentuh. "Sayang akan percayakan abang dan sayang nak, abang pun percayakan sayang," Suria meminta perkara yang sama, matanya berkaca-kaca menahan air mata yang bertakung dari tadi.

Baginya kepercayaan adalah tonggak utama dalam perhubungan.

Rayyan mengangguk perlahan dan memeluk Suria.

Dia tidak akan pernah melepaskan Suria. Itu janjinya pada dirinya sendiri.

Suria membalas pelukan Rayyan. Untuk pertama kalinya, dia merasakan betul-betul selamat ketika berada di pelukan Rayyan. Dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.

Coretan Cinta TerindahTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang