LOVE 44

50 2 0
                                        

Pesanan ringkas yang masuk mematikan lamunan Linda.

Dah tido ker?

Mesej yang dihantar oleh Iqram dibalas ringkas.

Belum

Fikiran Linda memutarkan memori tentang Ifah. Dimana dia sekarang? Dia khawatir Ifah akan melakukan perkara di luar jangkaannya.

Ifah adalah seorang yang psiko. Apabila memikirkan kembali tentang Ifah Linda jadi takut. Namun dia lebih risau akan Suria.

Suria masih belum mengetahui apa-apa yentang Ifah. Bahkan masih menyangka Ifah adalah sahabatnya.

Telefon berdering.

"Assalamualaikum," Iqram terlebih dahulu memulakan bicara.

"Waalaikummusalam," Jawab Linda.

"Kenapa tak tidur lagi ni awak?" Soal Iqram.

Linda mengeluh perlahan.

"Saya tak sedap hati laa awak," Keluh Linda.

"Tak sedap hati kenapa? Pasal esok ker?" Iqram mula menyoal.

"Entah laa, saya tak tahu nak cakap macam mana," Jelas Linda.

"Awak, jangan fikir macam-macam sangat. Esok kan kita dah nak kahwin. Nikmati malam last awak sebelum jadi isteri saya esok." Kedengaran jelas ketawa nakal Iqram di hujung talian.

"Esh apa awak ni," Linda tersenyum malu.

"Tido ye Linda sayang. Saya tak sabar nak jaga awak, my wife to be." Ujar Iqram lembut.

Aih. Romantiknyaa.

Linda tidak menjawab hanya senyuman lebar menghiasi bibir apabila mendengar perkataan sayang keluar dari mulut tunangnya yg satu itu. Perasaan tidak hatinya beransur-ansur hilang.

"Iqram," Panggil Linda.

"Ya," Sahut Iqram ringkas.

"Terima kasih," Ringkas namun telah mewakili seluruh perasaannya.

Senyuman Iqram mekar. Comel laa Linda ni.

"Sama-sama. Dah tidur ye, esok nak jadi isteri saya," Suka benar dia mengusik Linda. Nakal.

"Ye laa awak pun tidur. Assalamualaikum," Linda mematikan panggilan. Tidak mampu dia bercakap lama malu, risau jantungnya meletup disebabkan layan Iqram.

Iqram lah lelaki pertama yang berjaya membuka pintu hatinya dan membuatkan Linda selesa apabila berada dekat dengannya.

Linda sayang Iqram. Titik.

********

"Aku dah jumpa dia," Sebaris ayat yang dilontarkan oleh Haqeem membuatkan jantung Hakim berdebar ringan.

"Dia ada dekat mana?" Soal Hakim.

"Kau jangan risau, setakat ni, dia tak buat apa-pa yang mencurigakan. Tapi esok, kau kena ikut aku." Jelas Haqeem.

"Ke mana?" Hakim agak teruja. Sudah hampir sebulan dia tidak keluar dari rumah sewa mereka.

Kakinya pun sudah pulih sepenuhnya.

"Ikut jer, esok kau tahu," Haqeem tidak dapat menyembunyikan riak wajahnya.

Berita yang disampaikan oleh kawannya sebentar tadi agak menganggu ketenangan jiwanya pada malam ini.

'Suria! Tolong jaga diri elok-elok,' harap Haqeem di dalam hati.

'Rayyan, aku harapkan kau,'

Keluhan berat dilepaskan sebelum mata dipejam rapat.

Coretan Cinta TerindahCerita yang bikin terobses. Temukan sekarang